Wednesday, December 18, 2013

2 Raksasa 2011 live - Sweet Charity & Blues Gang - boxset 2 dvd + 1 cd

Ni kira boxset jugak la ye, “dua raksasa 2011” Sweet Charity dan Blues Gang live konsert 1hb Oktober 2011 Stadium Merdeka. Dalam ada 2 dvd, 1 cd.



Aku enjoy kualiti video dan angle2 kamera2 video yang disajikan.  Sound pun baik. (MATAKUCING, if you are reading this, AKU TAHU KAU BOOTLEG NI SHOW!! AKU NAK AUDIENCE FAN-RECORDING SHOW NI!!!! KASI AKU RECORDING KAU PLESSS, aku nak unedited, the genuine truth, warts and mistakes and all. ).
Video dia Terang ler band2 yang main, audience shots banyak dan menarik, memang terhibur la tengok, aku rasa korang semua mesti suka.
Ok ni packaging dia...





Lepas bukak, mula2 aku pasang dvd 1, Blues Gang. Ok, aku tengok sikit, skip, skip,tengok sikit, skip, skip, skip,skip...tengok lagu Mak Siti lama sikit, skip skip, Apo Nak Dikato, skip skip, Khatulistiwa, skip, Mama Saya Mau Kahwin..
Ok... done!!! I am not a big fan of Blues Gang, ok aku tahu la lagu2 dorang sikit2, certain more famous songs.
Lepas tu aku pasang dvd 2, Sweet Charity... Wahhh ada satu video shot, akak tu singalong Sejuta Wajah ngah dukung anak dia...caught on camera. Now that is a fan.
dvd kedua fokus pada show Sweet Charity ni, alrite la pada aku.. Terusssss..aku skip sampai part Jangan Tunggu Lama2/Jangan Tak Jadi... pasal...last two shows Sweet Charity main yang aku pergi tengok PWTC KL, dan Esplanade Singapore dorang tak main Jangan Tak Jadi.
Jangan Tak Jadi...what a song... Favourite la kira.  Anyway, Sweet Charity is superb on this dvd from my quick browse thru of the second dvd.

Ok...third disc ialah dalam bentuk cd, 12 lagu campur2 sebahagian persembahan dua2 band malam tu.
Ni senarai kandungan kedua2 dvd dan satu cd tersebut.





Anyway, ni aku baca paper Ramli Sarip nak buat shows satu Malaysia ye? I think he is doing his part untuk Hamid Black Dog Bone..


Cakap pasal band2 otai lama gini....band2 yang members dia dah menjangkau sekian2 umur...
Masa aku nengok Maiden kat Frankfurt malam kedua, aku borak2 ngan satu peminat dari Jerman ni. Dia bukak story pasal dia dah beli tiket untuk tengok The WHO main kat Wembley Stadium sebulan lagi. Tiket yang dia beli ialah paling mahal, pasal dia beli tiket khas untuk dia berada paling depan pentas, dan jugak dia dapat akses ke soundcheck The WHO sehari sebelum dorang main kat Wembley tak salah aku. Tiket eksklusif gitu. 300 atau 400 euro kot tiket ekslusif? Lebih kot...aku dah lupa.. 
Jadi bila dia dah tahu lepas tu aku nak backpack gi Donington Park, dia cakap aku, APASAL minggu tu aku tak pergi tengok The WHO main kat London O2? Pasal minggu Download Festival tu The WHO main London O2 dua malam. Dia cakap aku, ni la antara kali terakhir boleh tengok The WHO. The WHO ni, aku bukan tahu sangat, walau antara peberet aku Steve Harris ialah dia main My Generation. Tapi dalam klasifikasi muzik rock omputeh, The WHO ni main live ni, macam legend la.
Orang Jerman tu cerita la, pertama kali dia tengok The WHO main, bila The WHO nye gitaris Pete Townshend start buat aksi “windmill” dia, dia bilang tu paling best la dia pernah tengok orang buat persembahan live gitu.. dan dia tahu mungkin The WHO lepas tu tour takkan main live banyak2 lagi... dah la dorang tinggal dua je hidup...bassist ngan drummer dah takde.

Tapi aku cakap tak la, aku dah siang2 buat program, lagipun aku budget semua dah ngam2...planning semua dah aku tak boleh tukar dah... Gigit jari je la, walaupun peluang dah ada...tapi rasanya sold out kot dua2 malam London 02.

Tu la, bila band2 gini dah berumur, dah on the last lap gitu...Peminat betul2 raikan, betul2 make an effort to see them, the survivors, play..
.
.
.
.
.
.
Anyway, kalau korang minat la lagu2 Melayu, tak kesah la korang peminat Blues Gang & Sweet Charity atau taka tau suka dengar lagu rock atau blues Melayu atau tak, aku rekemen beli boxset ni...
Ni cam aku rekemen korang beli May punye 25th anniversary boxset yang hebat giler tu terutama buku kat dalam tu, bukan peminat rock pun takpe...tapi nilai kandungan tu memang terbaik untuk dihargai.


5 comments:

Ijau D. Koceng said...

ada masuk astro fiesta hujung tahun lps... layan HD (portdy pun ada beli boxset ni klu xsilap)

personal opinion (lps tgk versi astro fiesta), blues gang main lg best sbb ada 2-guitar attack

Rafi said...

ini boxset memang alrite la..2 legend.walaupun Blues Gang tu tak berapa nak rock

berteromber said...

Ijau...aku pun tgk kat astro...memang sound Blues Gang lebih sedap dari Sweet Charity...Julian ngan sapa ntah sorang lagi gitaris BG tu aku dah lupa memang best giler...

Teringat dulu masa 80an dorang buat tour sama2...URTV siap buat poster Rosli Mohalim vs Julian Mokhtar....

lieyalatif said...

sweet chrity ngan blues gang...aduuuuhhhh otai lagenda rock nieh...dulu membesar dgn lagu2 dieorg lah....

Adi Herman said...

Yup aku masih ingat lagi show ni ada pasang kat astro fiesta...memorable.