Wednesday, December 11, 2013

banjir, rojak keling, musuh ketat, happiness

4 quick things...

1) Pasal bas ekspress kan tinggi? jadi boleh nampak walaupun North-South Highway tak banjir, perjalanan dan pergerakkan kenderaan macam biasa, tapi, boleh nampak impak banjir tu.
- sepanjang lebuhraya bahagian Johor, bahagian Melaka ada tempat memang pada pandangan aku dah tahap teruk la.
- ladang kelapa sawit area Johor  dah ada part dah separuh pokok kelapa sawit tu dah tenggelam..
- pasal ada bahagian kawasan Melaka tu dah kira juram bawah la berbanding ngan lebuh raya tinggi, jadi nampak clear la jugak. But of course Kuantan and its surrounding area suffers more worst on a larger scale. Kesusahan, kerugian, kehilangan,kepanickan,  kestresssan, kebimbangan, kerisauan, kehausan, kelaparan, kebingongan, macam2 la kalau kita fikir keadaan dorang cammana sekarang, kalau kita taruk diri kita kat kasut dorang ( if we are in their shoes la gitu maksud aku). Semoga Allah permudahkan dugaan cobaan dorang. Amin.

2) Ni rojak keling.



Ok, mungkin zaman ni ada anggap guna perkataan tu seperti merendahkan martabat. OK Fine, tapi rasanya, at least la, at least in Singapore, berpuluh2 tahun lama nya, makanan ni dipanggil Rojak Keling and I guess there was never any "malicious" intention dari 'countless to infinity' people yang panggil makanan ni Rojak Keling. So ok, whatever you want to called it Rojak India, Rojak Mamak, Pasembur? ok fine with me..
Anyway, I think Keling was never intended to be perkataan mengaibkan semasa digunakan seratus? seratus lima puluh tahun dahulu?

3) Aku nak tengok rencana ni..
Roy Keane & Patrick Viera - Best of Enemies. Giler best nye judul rencana. Siot la dorang dua ekor ni. Terbaik. Arsene Wenger panggil dorang apa? two competitive ANIMALS. haha...





4) Ada masa lapang jadi apa lagi,  so aku masuk youtube nak tengok cammana sekarang TOTO main Live setahun dua ni. Terbaik la, walau tak kira Steve Lukather pakai ke tak pakai Second Guitarist, walau dia panggil sapa main bass, walau dia tukar2 penyanyi, sekarang Joseph William masuk balik, Bobby Kimball dah takde.
Dan drummer dorang, masih pada aku la, antara drummer terbaik dalam dunia hari, Simon Philips.

Terus terang, cam aku dah pernah berbual, aku dah pernah tengok Dream Theater, Mr Big, Toto main full show. Ni kira Big Three la jugak kan? tapi pada aku Toto pukul abis walaupun aku enjoy tengok tiga2.

Ni satu fan video yang memang kualiti terbaik giler aku tak tahu cammana dan apa gadget equipment dia boleh rakam quality Hollywood movie ni, padahal dia kat audience, dan tentu banyak movement dan sound interference. Bila dia masuk zoom, giler hebat.
Lepas minit ke lima gitu, dorang swich masuk jam dan improvise rasanya macam Michael Jackson's Bad je, dan Simon Philips masuk keluar Drum Solo.., dahsyattt...
Steve Lukather ni apa pun, ialah gitaris lagu MJ Beat It, walau producer panggil Eddie Van Halen tukang solo. So rasanya memang ni MJ Bad kot? Hentam je la.

Maybe one of the best band in the world la , nak cakap best tak boleh la, tu Iron Maiden dah sign kontrek seumur hidup haha.





aku suka lagu ni, lagu jiwang2 cinta2 love love gitu, tapi tetap terbaik, ok la TOTO ni banyak lagu meleleh haha. korang tengok starting tu penyanyi latar tu buat love2 sign gitu kot? Gelak sey. Aku tengok ni, siap singalong weii!!!..life simple pleasures.. HAHAA. bassist dia senyummmm saje, nampak gigi memancar2.
kameraman ni fan TOTO tahu sequence kot, lepas minit kelima terus melekat kat drummer Simon Philips. Hensem sey dekni tapi ada misai kot sekarang, dia maintain je eh.


SSEKIANSS UOLSS.

7 comments:

berteromber said...

tu hari aku pegi Home Fair...ada satu booth ni jual sistem AV dia main bluray live Toto - Africa...pergh!!!...memang syiok dorang bawak live...aku terpaku sampai 3 kali dia ulang2 lagu tu...kalau tak bini tarik gi tempat lain...mau 10 kali aku tercegat tengok....hahaha...

btw...kebetulan paper The Sun ni hari pun ada cerita pasal rencana Roy Keane & Patrick Viera ni...memang tak sabar nak tengok..

Watikah Sinar said...

Istilah keling dlm permainan sepaktakraw, woit main keling ker?? Hehehe...

P/S: Best show rock konsert 80an lihat disini (klik)

Rafi said...

Roy n patrick tu pasal apa eh?maklum umah aku astro pun takdak..

deaf-angel said...

pasal dorang rivalries la, ni dua kan tak berkenan ngan satu sama lain.

Ala...Astro takde ke, SCV takde ke, MIO takde ke
takjadihal...aku pun mana ada.

Adi Herman said...

Kalau di sarawak, dalam bahasa iban Keling bermaksud jejaka yang boleh dianggap perwira.

deaf-angel said...

thank you..

dilabangiWORLD said...

WAH CENGKODOK ang tu buat aku lapq aa dep