Wednesday, February 26, 2014

mat jenin dan kota Belgrade/ Serbia / sejarah beribu tahun Yugoslavia lama...

(Cerita blog kali ni ambik dari diari rahsia Mat Jenin.)


Aku pelan2 ada masa aku ngah carik info pasal Sejarah negara2 yang dulunya gabungan Yugoslavia.

- Berapa lama sejarah kota Belgrade tu sendiri, dari sebelum masehi, dah ribu2 tahun...

- Berapa lama tentera dan kerajaan Islam ada kat kota Belgrade.
Kota Belgrade ni sebenarnya satu masa dahulu berapa ratus dahulu waktu dibawah kerajaan Islam ada 250 masjid dalam kota ni. Sekarang cuma tinggal satu sahaja.

- Cammana Yugoslavia ni berpecah?
- Cammana Croatia lepaskan diri dulu?
- Cammana orang Croatia bina tentera untuk Negara dorang?

- Cammana orang Bosnia pulak nak berpecah dari Yugoslavia?
- Apa rintangan penubuhan Bosnia pasal dalam kawasan Bosnia pun terdiri dari berbagai kaum?
- Apa tu masalah Kosovo?

Aku juga tengah cari segala toknenek informasi tentang satu sejarah satu persembahan yang dalam keadaan Negara sedang berperang tapi tetap diadakan di Sarajevo dengan bomb meletup sana sini...dan peluru dan mortar bendentum sentiasa..
Cammana dorang boleh masuk kat dalam wilayah perang tu sendiri tanpa kena tembak, terpijak periuk api, atau kena bom..

Kenapa akhirnya band solo Bruce Dickinson yang main?? Sejarah semua cerita pasal dorang pergi masuk zon perang untuk buat konsert percuma.. Apa yang dorang bawak bersama untuk jadi bahan dagangan untuk keselamatan dorang kalau ditahan mana2 pihak bersenjata yang sokong lain2 fahaman. (Termasuk foto2 kumpulan Iron Maiden dengan barisan Bruce walau tu jam zaman dia keluar dah untuk jadi solo). Betapa kuat foto2 band Iron Maiden jadi bahan dagangan dan bukti walau dalam suasana perang.

Tapi sapa band sebelum tu yang dijemput?? Yang mungkin TAKUT dan Tarik diri???
dan juga SAPA BAND PERTAMA YANG DIJEMPUT???? BAND PALING BESAR!! untuk beraksi untuk berapa ratus orang di Sarajevo dan Bosnia. Makin korek makin rasa Bruce Dickinson ni patut jadi presiden United Nations haha.

Gambo dua ni, Kubu kotak kat tengah...itu lah pertama sekali sejarah kota Belgrade ribu2 tahun dahulu. Berbagai tentera dan kerajaan lain2 dah berperang untuk kubu ni.
Bermacam2 tentera dalam ribu tahun berebut kubu tu...
Belakang tu semua ialah kota Belgrade.....

Iron Maiden akan main kat taman bersebelahan kubu ni dengan rasanya ada tempat untuk 30,000 peminat rakyat Serbia dan band rock baru Ghost jadi pembuka hari Selasa 17hb Jun ni.






Mereka bukan Negara European Union. Berbanding ngan tempat lain....harga murah banyak!!
termasuk tiket konsert Iron Maiden walau untuk diri paling depan nye section...

Maklum balas baik aku jangan gatal nak pergi Bulgaria, tapi bandaraya Serbia ni selamat... Insyallah.

SELAMAT, SEBERAPA MURAH dan BERSEJARAH...ni la kalau ikut sususan kalau aku nak backpack sorang2 tengok Iron Maiden main kat tempat pelik2 sebelum dorang berhenti main, yang tinggal tak lama lagi....


Banyak risiko nak buat benda2 obsess syok sendiri ni...
1001 benda boleh terjadi yang buat aku tak dapat pergi.....Kerja, hal peribadi, hal keluarga..
lagi apa?
aku ada baca, banyak terjadi orang dah ada tiket Hellfest, tapi tak dapat masuk kawasan kerana butir maklumat tiket dah dicuri orang lain yang dah masuk dulu...
dan lagi ni nak pergi ke Serbia.....

tapi.........  ONWARDS WE CATAPULT!!!! jangan malu jangan segan,  buat muka tebal!!! Tidur kat airport!!  Ikat perut!!!!   Jiaoyou!!!




yang berangan tak sudah...,
Mat Jenin

7 comments:

berteromber said...

dulu-dulu tau pasal negara2 blok komunis macam Yugoslavia ni dari World Cup la...Espana 82 kan ada Yugoslavia...

Portdy said...

aku suka deaf bila dia buka sisi dokumentarism dalam diri dia ni, hehehehe

Watikah Sinar said...

Recomended thrash metal yg mungkin anda terlepas pada era 80an dululihat disini (klik)

Adi Herman said...

Sekarang cuma ada satu saja masjid di Belgrade? Sedih...

lieyalatif said...

wahhh ni bukan dah angan2 mat jenin ni....dari tulisan mcm dah nekad nieh....hope ade peluang dan rezeki ...demi minat lautan api sanggup ku redah yea tak heheeheheh

Rafi said...

Macam biasa yg kempunan cam aku ni tunggu review n foto dari abg deaf je laa..

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

1992, Denmark replace Yugoslavia dalam Euro 92. Datang santai-santai tau-tau Champion. Peter Scmichael keeper masatu.