Wednesday, May 28, 2014

darah dan revelations..

2 benda nak cakap...

DARAH.

Aku pernah kerja kat satu tempat ni suatu masa dahulu, ada satu orang berumur tu jam, dari India. Dia beragama Hindu, dia cerita kat aku tentang kehidupan kat sana, dia cerita pasal kat sana la, kadang2 hidup masyarakat majmuk  hidup dan tinggal sesama, yang berlainan agama contoh agama Hindu dan Islam.

Akhir sekali, dia cakap kat aku, kalau seseorang tu agama Islam ke agama Hindu ke, kalau ada masalah kesihatan, kemalangan dan sebagainya, kau pergi HOSPITAL apa darah ko dapat? Darah siapa?? KORANG TANYA DOKTOR TAK?? DARAH SAPA NI??

Ini seorang dari India, seorang dah berumur punya cakap ngan aku...betapa aku boleh belajar dari apa dia cakap ni.

So pada aku, tak mau la terlampau over, bukan nak fikir pasal macammana kita nak kawal keadaan apa yang kita nak makan mulai sekarang, apa Pelajaran kita dapat dari situasi ni, tapi kita sibuk pasal darah dalam badan kita.

I mean, setiap hari gaji kita dapat hasil kita kerja, atau sumber pendapatan kita, KITA PUT FOOD ON THE TABLE, 
korang ada fikir, dan ada tanya adakah sumber tu semua 100% halal ke??

Sorry la, KALAU MAKAN RASUAH!, MENIPU!, WALAU SATU SEN PUN KORANG CLAIM TERLEBIH!! secara sedar putar belit untuk dapatkan pendapatan lebih ngan niat keuntungan tanpa betul2 jujur,  lepas tu duit rasuah duit tipu tu korang beli makanan 100% halal pun
darah kat badan keluarga korang tu suci ke??
Buat apa nak fikir jauh, fikir FOOD ON THE TABLE AJE!!

Sorry la, aku tak backing sapa2, cuma aku cakap macam tadi, I think paling penting lets belajar dari peristiwa cekelet ni. Kita sendiri kena belajar dan fikir cammana kita boleh cuba pastikan lebih baik lagi apa kita makan tu sesuai untuk kita atau tak.


REVELATIONS.

tido lambat semalam, bangun awal hari ni haha, nasib baik ngah off day..bertenggek kat tenet, tunggu orang ambik merchandise stand nye fotos, apa je la...haha... nerd siot!.

Kul 2 pagi tadi, malam pembukaan Maiden England 2012-2014 tour untuk PUSINGAN paling terakhir HISTORY tour dalam sejarah Maiden. kat Barcelonaa.....

Aku rasa untuk aku sendiri, aku dah take for granted kecemerlangan aksi dan gaya persembahan Maiden bila main di atas pentas, ngan PENAMPILAN tip-top mereka, 
ngan BERAKSI SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENGHIBURKAN para hadirin yang dah bayar duit tiket, dan KUALITI danMUTU persembahan mereka secara live,  jadi tak pernah terlintas kat aku kualiti persembahan mereka setiap show dorang main mana2 dalam dunia.
Serious berbual, GREATEST SHOW ON EARTH!!

Jadi untuk pusingan akhir kalinya....tour sejarah....aku pun sedih...masa dah makin surut haha....bagus la jugak...aku boleh move-on la ye?? hahahaha...tapi of course happy dan tumpang bangga, dorang nye populariti maintain giler malam makin popular dari mungkin zaman 80an dulu.

Susah nak cakap ni untuk sebuah band rock macam Iron Maiden yang kureng dapat liputan semasa.



- Masalah ialah, dengan penambahan 2014 nye leg Maiden England, akan melambatkan album baru. Album baru lambat, maka lambat la lagu2 baru, album baru lambat, maka makin lambat la dorang nak pusing World Tour nanti untuk main kat Malaysia, Singapore, Indon dan rantau south east asia ni dan of course Australia.
Dan aku rasa ni mungkin kali terakhir dorang akan datang rantau ni untuk main pasal promote next new album.

- ok, jadi Maiden ni, pada aku la, secara peribadi memang macam siak la Steve Harris dan Bruce Dickinson pasal ni dua orang yang susun lagu apa nak main, dorang sangat play-safe, untuk aku dorang nak main untuk GENERAL PUBLIC sangat sampai pilihan lagu sangat GENERAL PUBLIC.

tapi kalau fikir, baik nyanyi dangdut sekalipun, dari dorang tak main langsung kan??

Anyway, aku rasa bukan aku sorang je risau pasal Adrian Smith tentang hal ni, Adrian Smith dah cakap dia nak main lagu2 rare la gitu....nampak nye permintaan dan harapan dia masih kurang dilayan.

Aku rasa Adrian Smith ada makan hati tak? Dia ada rasa bingit giler tak? haha... 

Apa pun, Adrian Smith dikhabarkan pakai gitar lama dia ni berapa jam lepas di malam pertama Barcelonaaaaaaa.. 20 tahun ada tak pakai??? sorry la aku tak cam sangat berapa lama dia pakai? last Piece Of Mind 1983 kot ibanez explorer yang kalau zaman dulu gambo Adrian semua cam gini??




Dave Murray rambut makin pendek...

Sorry la, I mean, pada aku la, bila aku tengok Maiden, aku cakap siakkkk umur berapa ni semua FIT GILER satu2.... FIT GILER OK DORANG!!
Korang tengok Bruce lari atas ramp atas tu masa pro-shot Donington Park 2013 Fear Of The Dark sambil nyanyi....
tu aku rasa sapa lagi boleh buat?? I mean 2 jam persembahan cam gitu... mak ai, ramp dah sempit, tinggi, 2 jam persembahan, sambil lari kat atas tu boleh nyanyi lagik???
Aku kagum... harap dvd keluar la untuk show tu lepas tour ni abis.

contoh teladan la kan tengok betapa umur dorang, dorang masih fit giler dan tip-top. PROFESSIONAL abis dorang.


Apa pun, layan... malam pembukaan malam tadi berapa jam baru lepas ni kat ....BARCELONAAAAA!!!!

Its a waste RUGI!!! dorang tak bawak Maiden England 2012-2014 tour ni datang rantau ni.... 
Seventh Son nye kaset, ialah satu album kaset yang sangat popular dikalangan masyarakat majmuk suatu masa dahulu.... Sambutan masyarakat majmuk kat rantau ni aku rasa tentu sangat baik ngan promosi Maiden England/SSOASS nye tema ni pasal ramai tentu ingat era musim tu.






malam pertama so aku rasa semua kanchong tak mau buat mistakes haha...





"moonlight...catches silver tears that I cry...". cehhhhhh...

9 comments:

Ijau D. Koceng said...

tu ibanez explorer-look-alike tu namanya destroyer

tersengih tgk berita TV3 mlm tadi yg pakcik tu emo semacam minta fatwa dgn JAKIM mcm mana nak bersihkan diri klu dah mkn cokelat tu...

deaf said...

ok i am not sure ni la yang latest2 ni news ni aku cuba carik kat tenet haha....

excited wooo...

solo2 semua nak tengok Adrian ada modify tak

berteromber said...

“Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”

Ramai juga yang masih tak faham hukum "ter" dan "tak tahu" serta hal berkenaan derma darah....


btw...aku harap sangat dapat sekali lagi tengok Maiden sebelum dorang betul2 pencen...

Dr. Bentara said...

Steve Harris bila nak pakai spandex belang2 balik?

D'arsil said...

woiittt.. malaysia tu, harapnya menjadi kenyataan.. haha.

aku semalam tetido sekejap, bangun jam 12mlm, minum 3in1, terus tak boleh tido.. aku pi lap kaset2 kesanyangan.. dekat jam 5 baru telelap.. rasa cam nak aply mc ja hari ni...

Rafi said...

Good point..banyak lagi sumber haram yg ada masuk cuma kita yg taktau
Ada set list baru ke atau set list yg sama?kalo ada kuar dvd maiden history tour ni pun best jugak..mcm takda harapan je maiden nak main rantau sini

PC kOKak™ said...

hidup di dunya akhir zaman yg penuh dgn kejejaman ini memang payah nak jaga halal haram, tak ramai betul2 amek peduli, semua sebab diri sendiri jugak. haram skrg ni dh jadi biase je buat. tengok aurat pompuan kat tv haram gak kan, tapi siapa yg betul2 nk amek peduli? entahlah.

ok sebenarnya apa pun yg masuk dalam badan kita dari mana sumber pun, yg penting kita pandai cuci balik diri/hati kita sampai jadik suci kalau boleh la hehe.

ok haram tu tetap haram ok, jangan sampai syirik je.

rocker kafir yg togak arak, makan babi tiap hari, zina slamber, pun boleh tobat, masuk Islam at the end.

ok stop aku melalut je ok

Portdy said...

Harap dapat dengar kisah2 rare mcm kisah uncle india tu in future...bro depp byk ecperience leh kongsi sama kita

Kaboi Tanduk said...

well said bro pasal darah tu..

love one another, spread the message of peace..

and up the Irons!