Monday, July 21, 2014

Gemersik Sanubari ku... di akhir Ramadhan dan di ambang Syawal...

Ni luahan hati aku, ..

kalau korang perasan, setiap tahun ada sekali dua kali aku cakap apa aku nak cakap secara serious. Serius macam kucing kena paksa mandi ok (bak kata Bucky Katt).. Serious giler.
It is more a reminder to myself, but I just want to share it here, who knows, there will be someone who might find something useful.

Ramadhan dah tinggal sikit lebih kurang seminggu je lagi,
So... mari kita doakan semoga Love Ones kita dapat menempuh habis bulan Ramadhan ni dan jugak mereka semua dapat keredhaan Allah dengan segala apa amalan mereka kerjakan, banyak ke, sikit ke, mengikut kemampuan dan disiplin masing2. Semoga Allah menerima segala amalan mereka, dan mengasihani dan melindungi love ones kita semua dunia dan akhirat. Amin.
Betapa pun kita kejar dunia, cuba beri keselesaan dunia untuk mereka, akhirat jugak ultimate ye tak.


I mean seriously la kan? Tak semua orang perangai geng2 beramal atau geng baik ye tak?

Seterusnya...Khas untuk diri aku, dan jugak sapa2 tonggang langgang, huru-hara, the devil may care attitude macam aku, You Know Who You Are!!! hah....mari kita saling ingat mengingati a few things ok. Untuk korang majoriti, nak baca bacalah....tapi aku segan la, ni kira cam the blind leading the blind gitu. Tapi when you are clutching at straws.... haha.

Zakat Fitrah – hah..jangan tunggu lama2 nanti lama2...nanti orang start semayang raya, hah, naya..... so terutama korang tengok la dan cek la terutama immediate family members or whatsoever. Kalau was2 dan rasa takde time nak cek, aku rasa play safe sua la kan, biar bayar double dari tak bayar terus.

Anyway, aku pernah cerita tak? Aku was around bila ada satu fully attired mak nyah ni, ngan baju dia dia semua punya la vogue, fashionable gitu, masuk kawasan masjid nak bayar zakat fitrah waktu tengahari.
Amil layan cam biasa, dan aku perasan Amil bertugas tu tak salam dia, of course la kan, aku ni pun bodoh lak nak fikir pasal amil salam ke tak salam lak sama mak nyah..,
kira macam mana2 terdapat kaum2 perempuan yang datang untuk bayar zakat fitrah mereka kat masjid la, jumpa amil cam biasa Cuma takde salam2 je la,

tapi aku masih ingat, Amil nak nama lelaki nama original nyah tu, bila nyah tu kasi nama glamour dia untuk amil doakan, amil reject. Hahahaha, pelan2 nyah tu bisik nama original dia kat amil tu haha, siap ngan “bin” lagi...haha. Aku sebenarnye tu jam tengah lepak kat kawasan m

Aku dulu2 budak2, kalau aku join hari bendera, yang bawak tin sana sini lepas tu tunjuk tin tu kat orang lalu lalang kita mintak derma...hah...geng mak nyah la yang kasi paling banyak ok!! Especially dorang cek tu derma untuk organasasi mana, lagi lak kita semua bawak tin hari bendera untuk pertubuhan2 melayu Islam, hah, lagi bersemangat mak nyah ni derma ok!!
Walau kongajar dorang keluarkan duit dari celah2.... ohhhh sesungguhnye aku berpuasa...haha.

Hah... lagi satu...

Zakat Wang Simpanan – I mean tak dinafikan, kita semua sedaya upaya, aku cakap sedaya upaya ok, terlaksana ke tak tu lain kira cuba untuk selitkan duit sikit mana2 untuk tujuan tertentu, masa depan love ones kita especially tiba2 kita mati ke hapa ke, standby duit kecemasan, standby duit kalau kata kena buang kerja kena terminate kerja, ( HAH!! Serious kan aku berbual kali ni nye posting kan??? Aku tak memain ni....Fact of life untuk sebahagian kita, kerja di hujung tanduk, maklum pencacai je haha, aku tahu ramai korang pun cam aku, tak boleh rest on our laurels, hari ni last day kerja, besok tak boleh duk rumah sambil carik kerja baru, sambil carik kerja baru tu besok dah start carik kerja apa2 kerja daily-rated, janji abis kerja hari tu duit masuk, setiap hari abis kerja pencacai apa pun, duit masuk poket, sampai la dapat kerja tetap balik..).

So... kalau cukup nisab wang simpanan tu, aku rasa kita semua tak mau banyak colok la kan, gi bayar zakat wang simpanan sua. Insyallah, Allah tu maha mengasihi dan kalau kita dah bayar zakat, - hidup kita, hidup love ones kita, no worries, Allah akan tolong. Confirm. Kita tak yah takut. Allah dan janji sapa bayar zakat, ada la tu kebaikan nye. Cuma kita nampak tak nampak je la.

So, ni zakat wang simpanan ni bukan saja untuk diri korang tapi Love Ones Korang kalau dorang pun ada savings,asal cukup nisab.

Why not korang set an example, sendiri pergi calculate, korang sendiri buat ilmu hisab dan paling electric...  (yessss Pet Shop Boys is coming to KL & Spore soon!!! Hooo Starjump!! Starjump!! aku nak pergi kalau boleh. KL nye la kot aku gi, Singapore nye kat F1, leceh, walau Singapore nye F1 ada Robbie William jugak tapi leceh la F1 setlist tahun ni PSB ada bawak lagu Being Boring!! huhu) 
.......korang gi la bayarkan zakat wang simpanan dorang.. I mean this is the least we can do...

Tapi korang kena sound sikit la, kata besok korang mati ke, apa2 jadi kat korang ke,.. Love Ones korang kena tahu apa nak buat, ye la kalau kata Insyallah, dorang pelan2 sikit2 tabung duit wang simpanan sampai cukup nisab setahun demi setahun.

Anyway, jangan rasa malu jangan rasa segan kalau zakat wang simpanan kita tu setakat berapa sen aje, berapa sen mata kita, mata Allah tengok lain kan berapa sen kita tu?? anyway, amil yang tukang collect tu, atau sapa2 yang korang kasi terus kat mereka yang korang boleh confirm dorang deserve antara golongan berhak dapat zakat, akan rasa happy irregardless the amount. Walau aku pernah cerita kan?......ada sekali tu amil tu tengok aku cam dia nampak setan atas kepala aku atau bertenggek atas bahu aku.. Well............

Aku pernah cerita tak? ada satu kali aku buat Reservist, aku ada kenal satu kawan jenis huru-hara tonggang terbalik nye la haha, dia cerita dia gi kenduri baca2 doa tu la ramai2 buat bulatan gitu, sekali tu dia, dia scanning the scene setiap jemaah kat situ, dia tengok la satu demi satu jemaah kat situ semua ngah baca doa or zikir or ngaji ramai2 gitu, ni memang jenis giler2 nye orang la, so dia ter eye-contact ngan satu Imam famous ni, imam tu tengah tengok dia cam rupa terperanjat, so dia speculate, imam tu ada la nampak apa2 kat dia kot, atas kepala dia kot?... hahaha. Ketawa besar aku dengar.... something I will always remember.
Tapi benda2 gini...ialah pelajaran hidup... This is life precious lesson.

Ok thats about it,.. Tapi ni zakat ni compulsory so... please take note.

.
.
.

Borak pasal bulan Puasa dah kan,

hah meh kita jawab periksa soalan nak sambut hari raya.....
READY?... sedia?
Multiple Choice ok??
PILIH SATU.
OK, ada dari korang

1) Raya disambut ngan penuh terover, kira iklan kat tv pun kalah la. Kira happening warna warni cam ROCK IN RIO gitu. Ewah!

2) Raya disambut cam iklan tv yang penuh kegembiraan... cam iklan Proton Saga Jamal Abdillah ngan Raja Ema dulu2 tu....

3) Raya disambut sederhana, tapi penuh bermakna...  rasa ramai jugak akan ambik ni la kot jawapan dorang..

4) Raya disambut ok ok je, salam2 gitu.. hangguk hangguk kepala acknowledge satu sama lain je,.nothing much la kan....ala kadar je..

5) Raya pagi gi sembahyang, lepas tu gi kerja la pasal tak tahu apa nak buat, hahaha, ... Pun ada jugak... Aku rasa ni normal la jugak kan.. I mean tak semua orang akan lalui cam pt 1 , 2 , 3, 4 cam kat atas tu kan. Mungkin situasi ni jugak boleh terjadi kat sapa yang berjauhan or something pun aku rasa boleh jugak kot.

6) Raya untuk korang, ialah....Naik bas ekspress, dari satu hujung semenanjung gi KL, sampai KL beli tiket bas patah balik. OK ni ada ok!! Confirm, dah ada cerita pasal mamat ni kat sokkabar....dia sorang je....dia tak tahu cammana nak buat bila raya tiba, so pagi raya dari Singapore dia naik bas gi KL. Siot, korang jangan ketawa oK!!! I feel for him ok!! Kalau aku kenal dia, aku ajak dia beraya ngan aku, simple2 je tapi...ok la kan raya ngan aku hahahaha!! Boleh aku tunjuk foto2 aku bersungguh2 nak snap gambo Steve Harris beraksi atas pentas hahaha.. Actually sebenarnya...... Kalau aku kenal dia, ...kalau aku kenal dia dan aku interview dia, dan Kalau kata dia cam korang - kaki lang heavy metal, aku akan hasut dia pergi BLOODSTOCK FESTIVAL !! Hahaha. Bloodstock aku dah cek, just nice lepas raya....hik hik hik. Bloodstock tiket murah ok.....best wooo line up dia, aku dah aim tau, kalau satu hari nanti dorang boleh bayar Maiden headline, hah.. I’ll be there ok, ...opppssss OK back to topik.
Dan jugak ada dari korang....

7) Raya is empty, hollow... yes, raya ni sepatutnya hari bergembira rai berjaya sebulan berpuasa, raya is special sebab tu tak boleh puasa pun kan hari raya pertama... tapi emotionally dalam hati...empty hollow kosong...

8) Dan last, Raya is penuh kesedihan. For whatever reasons, ah... ni pun ramai jugak... Tak yah bullshit la kan??? I mean... setiap kita berlainan, dan we have to accept bahagian hidup kita masing2 berbeza.
Hidup ni kita semua darah je merah sama, tapi sejuta orang, sejuta cerita ye tak? Sebillion orang? Sebillion cerita masing2 ye tak??... you get the idea.
Nanti korang tengok la kat tv, progrem2 sedih sambut raya sorang2 all that... I mean this is life la kan, dan tv tu interview orang sedih2, raya sorang2, ialah Cuma “TIP OF THE ICEBERG” aje.

9) None of the above... Hah!! Ni aku taruk ni kali..standby... Ada orang takde perasaan kot? So pilih no 9 ni. Hahaha.

I mean, aku pernah buat tau soalan MCQ gini dulu2 kat blog ni la, ada satu tu cakap masa balas kat reply tu, satu pun bukan, none of the above gitu, or something like that la. Kongajar betul!! Hahaha. Penat aku fikir tau jawapan2 ni tau. Dah la puasa, aku sanggup perah otak!!!...Last2 dia reply cakap satu pun bukan gitu. Boring sey aku!! Haha. Takpe ni kalau dia baca ni mesti ada la, 1 to 9 tu dia pilih satu...aku spekulate ni kali dia yang sambut melampau cam Rock In Rio tu agaknya hahaha.
Akhir kata....
Ingat, A MANS GOT TO DO WHAT A MANS GOT TO DO!!



p.s – aku suka iklan hari raya kereta nissan tu ATUK tu, mula2 aku tengok2 gitu....sekali tu....eh....ha ah la,
tapi aku suka, pasal Atuk enjoy life, dia in control....dia have dia nye own sweet memories, dan masa yang sama dia boleh switch back to real life. Atuk is in control... haha.

Mula2 aku tengok kat youtube... HAH??? TUJUH MINIT??? Mesti tak best, sekali tu...hah...best giler. Very realistik, nak2 main henpon tu hahaha, dan jugak chemical romance punya la emo.
Tapi aku tak berani tengok dua kali iklan raya atuk tu.......aku cam rasa takut gitu..
Eh? Bulan puasa hantu kena rantai kan?
Ok ok aku melalut, aku mintak maaf, aku tak nak cakap nenek tu hantu ok...tu Cuma sweet memories si atuk aje. Korang bayangkan cucu dia dah ambik alih kereta atuk dia, sekali masa dia tengah driving ada suara Nenek, “cu... periksa dapat nombor berapa cu?”  kat sebelah haha.

Gurau ok!! Aku mintak maaf lagi sekali, a stupid sick joke I am making, sorry.
I mean, aku realise, apa yang penting, I mean salah satu paling berharga dalam hidup kita kita boleh buat, ialah tinggalkan sweet memories... so kita dah takde nanti, orang sekeliling kita jadi cam Atuk, berangan berbual ngan kita, pasal kita “awesome”. Cewah.. masuk bakul angkat sendiri.

Tapi its a fact right? Korang nak korang mati, korang nak orang semua ada sweet memories pasal korang kan? Hahhhh......... korang tak mau korang mati orang keliling cakap "bagus, mampos jugak dekni akhirnya!!!". Betul tak?
Cehhhh.... aku berbual cam ye ye je kan? Hahaha.


p.s – eh korang jangan ingat aku cam bagus ok berbual gini...zakat2 tu semua, cam aku cakap aku kongsi je. Of course korang semua tahu lebih mendalam lagi.

bye and actually aku nak cerita pasal Gaza nye situation dari pandangan aku...takpe next post...


layan satu gambo....


6 comments:

Rafi said...

Yang no.6 tu aku penah buat masa tahun 1999 kebetulan arwah Mak aku baru je meninggal..kesedihan tu belum hilang so masa lepas sembahyang raya, aku ambik tiket bas pegi kl.. Memang best la masa tu lengang.pegi klcc,pertama,n last skali kotaraya beli cd sepultura beneath the remains.. Heheh..lepas tu aku balik naik bas loncat (bas tukar2) kl- seremban-tampin-gemas-segamat.masa tu aku stay kat segamat lagi..
Kalo raya tahun ni,biasa2 je la..sepasang kurung nak biru pun lom ada lagi..heheh

WanBeruas said...

...Every single time gua baca lu punya post kan sure kena berenti banyak kali sebab nak amik nafas...Letih looo manyiak panjang...Hehehe...Anyway Selamat Ari Raya bro..Maaf zahir batin!

berteromber said...

bila semakin berumur...raya ni lebih kepada anak2 la...kita takder baju raya pun takper...

lagi satu yang menariknya raya bila dapat berkumpul adik beradik dan jumpa kawan2 lama...maklumlah masing dah duk ntah mana2...time raya jer la peluang nak berjumpa...

D'arsil said...

hmm kLu KU nK PILIH pasal raya tu rasanya dari 1-8 tu ada sangkut ngan raya tahun ni hahaha.. sabtu lepas aku dah cat rumah kaler biru langit,, mulanya aku ingat tak larat nak ngecap semua, puasalah katakan.. ntah dari mana kerajianan aku datang, cat punya cat akhirnya siap, aku tak letih pun aku seronok lagi.. anak buah aku yang aku suruh tolong sikit ngalahkan orang puasa... lepas tu aku ada keja sikit lah kan aku tinggal kat anak buah aku suruh dia tacap2 sikit tempat yang tak kena cat tu,hahaha.. sabtu ni mungkin aku g cari kapet kaler biru, biar biru tema raya tahun ni.. ni semua aku tak plan, selalunya aku beraya gi beranang sana kat ujung n9, rumah pakcik bini aku, tahun ni dorang balik kampung huhu... rasanya tahun ni aku nak call kawan2 semetal aku yang ada kat lokasi berdekatan aku yang ada kelapangan sambut raya kat rumah..haha.. zakat pula aku dah bayar hari tu, zakat simpanan tu pula aku tak perna lagi buat, tgk lah nanti cemana, sbb aku ni kadang2 saja acc berisi wahahaha.. cuba lah juga utk lebih baik dari sebelum ni.. apapun aku suka baca post2 kamu ni serius, bahasa inglish pun ku baca juga biarpun merangkak2 hahaha anyway selamat hari raya bro deaf..

Jengkemut said...

nak ketawa ke atau nak serius baca post ni... kira macam joyride punya entry la kan... anyway, bak kata ustaz kat area rumah aku, aidilfitri is nothing, ramadan is everything... tapi bebudak la yang paling best time raya ni...

Victory!

dilabangiWORLD said...

AKU ARI NI SYAHDU SESUNGGUH BACA posting ang dep....
sempena ramadhan yang bakal meninggalkan kita tak lama lagi ni aku mohon maaf SEKIRANYA ADA TERLANJUR KATA....