Friday, November 28, 2014

Kembara Finished, Next Search..

Aku ambik gamba ni last week kat Istana Budaya..

[MING SOON....AKAN DATANG......COMING SOON....AKAN DATANG......COMING SOON....AKAN DATANG......COMING SOON....AKAN DATANG......COMING SOON....AKAN DATANG.......COMING SOON......AKAN DATANG....COMING SOON.....AKA]

LIVE DI ISTANA BUDAYA

SEARCH




Masalahnya tarikh empat2 malam tu, semua dates aku kerja... Memang leceh...tapi aku nak tengok cammana Search buat persembahan kat Istana Budaya depan fans Search. Cam mana suasana nye.

Lagipun bukan selalu pun aku gi konsert rok kan? haha... (ayat nak sedapkan hati)... 

Memandangkan Kembara dah main lagu MALAM last week, dan buat persembahan yang sangat hebat, setlist yang best, siap Friday Night yang aku pergi dapat extra song lagik, maka aku tak mau nak expect too much dari Search.

Walaupun dalam fantasi syok sendiri aku type last week aku berangan alangkah best nye kalau setlist cam gini,
Bencana
Paranoid
Metropolitan
Hello Kawan
Irama Marakas
Malam
Melayar Bahtera
Kereta Merah
Analogi 0.1
Neo Romantika
Seriga Segalanya
Andai Ku Miliki Semalam
Meniti Titian Usang
Manusia Oh Manusia
Kejora Ku Bersatu
Orang Timur
Balada Pemuzik Jalanan
-
Feel The Pain
Teguh
Pembakar Perasaan
-
Derap Komando
Di Pintu Sepi
Langit Dan Bumi
Pasti

Tapi aku tak mau letakkan harapan terlampau tinggi...

So aku akan tetap enjoy kalau Search akan main Isabella (I will try), Pawana, Fantasia Bulan Madu, Gadis Ku, Cakap Memang Murah, Gothik Malam Edan, Isi Dan Kulit, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Diari Habil Qabil....

Tapi aku harap la, kalau ada satu ke, dua ke, tiga ke, empat ke lagu2 surprise. It would be nice. Ye tak??
Kejora Ku Bersatu should be worth the ticket price alone (Ayat2 mengambil hati sendiri II).

I JUST HOPE JANGAN LA KELILING AKU SEMUA JENIS PEMINAT YANG BERSORAK SORAK MINTAK LAGU "ISABELLA". 

You know what I mean.
Aku mesti otak jam.

Apa pun aku harap aku dapat pergi, kalau tak dapat pergi...well too bad.


P.S 

Korang yang berminat pasal Kembara nye show tu hari, ada satu review untuk Kembara Istana Budaya (bro ni pergi SUNDAY NIGHT SHOW) yang aku suka sangat baca ulasan. Boleh gi sini baca.
Now, I know what is the setlist for Sunday Night.

http://retrogressionsai.blogspot.sg

Wednesday, November 26, 2014

LED ZEP I and LED ZEP II (2014 remastered versions with companion discs packagings)

Lepas seronok buat ulasan dan upload bootleg the amazing persembahan kumpulan Kembara Live Istana Budaya 2014 (Hari Jumaat date) yang aku harap korang terhibur la jugak kan pada posting lepas (dan aku masih tertanya apa setlist hari sabtu dan Ahad dan ada tak orang bootleg tak untuk tu dua malam)....., lets tone down untuk cuci mata...
2014 ni JIMMY PAGE mula keluarkan balik album2 lama dorang ngan versi Remastered dan semua album akan ada "companion" cd yang penuh remixed/studio outakes/live versions dan whatever la.
Tak penting sangat la kalau korang dah complete Led Zeppelin.
Tapi kalau korang macam aku, yang aku pernah cerita aku tak pernah ada koleksi studio albums Led Zeppelin ikut albums satu persatu, pasal dulu aku beli versi yang Jimmy Page susun balik semua lagu ikut selera dia jadi jumlah 6cd.
Kalau korang minat sangat dan ada duit spare, boleh beli yang Deluxe version tu... Giler best. Vinyls ada, cd ada, buku hardcovers ada. Satu album dah berapa, kalau semua albums, giler berapa nak belanja. 

p.s

Anyway untuk aku, aku pun RIP je semua cd ni, aku cuma dengar masa jalan kaki dan naik bas dan naik train... Aku rip 320kbps dah kira ok la, aku pakai Altec Lansing nye headphones aku rasa ok la...happy la kira... haha.





So this is how the 2014 CD Remastered versions with Companion CD of Led Zeppelin I and Led Zeppelin II packaging looks like.

I will continue the rest of the packagings next time....

For the time being, the first two...






The live versions found on the companion disc of the first album is not really "amusing" if you are used to Led Zeppelin live bootlegs from that period.

Anyway, I guess I will never get a chance to visit OLYMPIA THEATER in Paris...

The night Extreme plays La Bataclan (THE MONDAY AFTER HELLFEST 2014), is the same night Joe Satriani was playing OLYMPIA THEATER,
So its a straight forward choice of Extreme (playing full Pornografiittti album in front of their FANATIC Paris crowd), or Joe Satriani (who also recorded a live DVD in Olympia before),
and I choose to see Extreme. SO I miss Olympia Theater.

Because this is the place where the live recordings of the companion disc of album ONE is recorded, and it is a place where Deep Purple Live In Olympia was also recorded.

I Like that Deep Purple album because they play lots of Purpledicular album...

And I can enjoy Steve Morse's Deep Purple and for a while forget Ritchie Blackmore.

Anyway for the Led Zep II, the remixed and studio outtakes are interesting too but its not something I will listen to again that often...

I kind of like the snippets addition to the originals though...






Lawa-lawa foto ni semua....








Thats all...

Monday, November 24, 2014

Kumpulan Kembara - Istana Budaya 21hb November 2014 (FRIDAY show) review and boots.

Hai Semua, ni ialah ulasan review aku pergi menengok Kembara main kat Istana Budaya Kuala Lumpur 21hb November 2014 (Persembahan Hari Jumaat punye). The so-called Konsert Kembara Hati Emas.

Sapa tak kuasa (I) nak baca aku merapek meraban tulis entahapahapa, korang cuma nak tahu setlist senarai lagu yang dipersembahkan malam tu aje...ah ni dia...
1. Ekspres Rakyat
2. Impian Anak Jalanan
3. Siapa Orang Kita
4. Sesat Di Kuala Lumpur
5. Ada Sepasang Mata
6. Bas No. 13
7. Perjuangan
8. Senandung Buruh Kasar
9. Impian Seorang Nelayan
10. Kolar Biru
11. Nusantara
12. Rupa Tanpa Wajah
13. Bunga Bakawali
14. Sekuntum Bunga Plastik
15. Di Perhentian Puduraya
16. Malam
17. Oh Bulan
18. Kiambang
19. Keroncong Untuk Ana
20. Kepada Mu Kekasih
21. Empat Penjuru
22. Ayahku Angkasawan
23. Kupu-Kupu
24. Kutu
25. Duit
26. Hati Emas
27. Gerhana
28. ENCORE - Khafilah 

Sapa pulak tak kuasa (II) nak baca nonsense aku ni tapi cuma nak dengar "bunyi-bunyian malam tu yang berkualiti rendah dan YANG TIDAK SAMA SEKALI MENCERMINKAN & DO JUSTICE kepada Sound Kembara main kat IB yang power giler malam itu", sila scroll paling bawah post ni...

Sapa semua pun tak kuasa (III)..korang buat bodoh sua...haha.


So lets begin..Seriously...

1) Untuk yang tak pernah pergi, atau Untuk korang lain kali nak pergi Istana Budaya, tapi nak guna public transport/ pengangkutan awam, its not really that bad.
Naik LRT sampai Titiwangsa, keluar exit tempat tiket tu turun tangga kat pavement tu lepas tu belok kiri. Kalau korang malas nak jalan, korang jalan depan sikit nanti ada teksi stand gitu korang naik dalam 3RM aje. Dekat je pun..
Tapi masalahnya tu sana kira main road gitu... So kalau korang nak jalan kaki pun boleh je, bila korang keluar korang pusing kiri kan?, jalan kedepan sikit tu nanti korang nampak jalan ikut bawah dan ikut naik jambatan . Hah, so korang pilij ikut jambatan tu pasal ada walkway. Kalau korang jalan bawah, leceh la jalan semua besar2 kat simpang tu. Dah senang je...jalan gitu je..sampai dah IB. Depan IB seberang jalan pun those HKL and IJN nye facilities. Ada la pedestrian overhead bridge jugak kalau korang nak seberang ikut law.
Waktu dah nak lewat Malam, korang ada dua pilihan la, keluar IB masa persembahan belum abis untuk kejar pengangkutan awam terakhir (hah, ni Metallica aku buat, Sorry la, antara last train ngan Seek & Destroy mana lagi important? haha.) atau kalau terpaksa naik teksi je la. OK la situ main road teksi insyallah banyak.

2) Pembelian Tiket untuk persembahan di Istana Budaya pakai online tapi takde printer ke hapa ke. Macam aku, aku beli tiket2 ni semua main online je...
So aku tak kuasa la nak print out ke hapa ke email tu ke, kertas2 tu whatever... Ermm sebenarnya.. printer kat rumah rosak, nak pakai kat kerja?..., tak boleh access internet pun haha. Giler ah kena trace dorang dapat tahu aku guna komputer kerja masuk internet, mampos aku. So tak boleh la nak print tiket.
So.... korang kalau beli online kan, tak kesah la dari ticket2u.biz ke, ticketpro ke, actually ambik gambar je pakai handphone korang maklumat2 kat dalam "confirmation email" tu...
kan ada yang "Verification Code" ke hapa tu.. Nanti sebelum show start korang gi je IB nye box-office, nanti ada staff jaga.
Aku punye pun dorang tak mintak apa2 proof, aku keluarkan handphone, staff tu suruh aku baca code aku, dia key in keluar tiket dia kasi aku. Dah... Gitu2 je. Easy and Fast.

OK the show itself...

3) Perbezaan senarai lagu antara persembahan pertama di Singapura tahun lepas dan IB malam pertama yang aku pergi ni la hari Jumaat...
Singapore Show 30 March 2013 ada 23 lagu..
Istana Budaya KL Show 21 November 2014 ada 28 lagu.. dan...
total time main hari Jumaat kat IB ialah 2 JAM 45 MINIT. 
Lagu yang sama dua2 malam ini sebanyak 20 lagu (walaupun ada lagu yang arrangement dan improvisation banyak beza dah so memang seronok sangat la kalau buat perbandingan walaupun lagu yang sama dimainkan.).
Lagu kat Singapore yang tak main kat IB 21/11/2014 sebanyak tiga lagu ialah - Balada Osman Tikus, Lagu Untuk Seorang Ibu dan Tarian Hidup.
Lagu kat IB 21/11/2014 yang tak main kat Singapore sebanyak lapan lagu - Siapa Orang Kita, Sesat Di Kuala Lumpur, Kolar Biru, MALAM, Oh Bulan, Ayahku Angkasawan, Kupu-Kupu dan Kutu.



4) Vocals and instruments for the Friday night.
Kembara guys - 
A Ali on electric guitars all night
Zoul mostly electric guitars and sometimes accoustic
S Sahlan all night with accoustic guitar - and he does the stylish fancy foot work and roaming around the stage the whole night.
M Nasir – singing only
Md Shah – Keyboards
Rahman – Bassist
Guitar solos all songs, A Ali ngan Zoul share. Thorbaik x 2.

Aku ingat2 balik, aku realise dorang bukan sahaja tak tinggalkan stage, kecuali Zoul ngan A Ali tukar2 gitar karen je,
tapi dorang tak minum air pun... betul tak?? ke aku tak perasan?
Antara lagu Malam ngan lagi 3 atau 4 lagu je kan yang tiga Kembara Mark I je duduk kat stool, selain tu semua diri dan tak tinggalkan stage..

Seriously, salute dorang ok, salute dorang dua tangan kiri dan kanan, salute dorang pakai meriam2 AC/DC susun banyak2.. 
FIRE!!!!!  kebaboom!! kebaboom!! kebaboom!!!!
For Those About To Rock We Salute You Indeed.

The rest is something like this - 
Drummer is Ujang Exist I believe so.
The music arranger Rafie I think the name was is on accoustic and electric guitar also
The amazing Horns section I think was called JARI BRASS BAND.
There is a percussionist by name of Romi I think, and he really get the loud cheers from the audience pasal dia main sambil joget2 stylo mylo nye.
Ada backing singers ladies...

Breakdown lagu by penyanyi utama
A Ali nyanyi tiga lagu – Sepasang Mata, Perhentian Pudu Raya and Oh Bulan
S Sahlan nyanyi tiga lagu – senandung buruh kasar, impian seorang nelayan and anak angkasawan
Zoul – Bas No. 13 and Bunga Bakawali. SURPRISE!!!! Zoul did Bas No 13 instead of M Nasir.
The rest 20 songs M Nasir tapao.


5) MY observations..

Apa aku teringat aku type je la...
Intro dia aku suka, keluar dari bawah stage tu, cam Wings... Gimik yang menjadi la...
Ekpress Rakyat ni kira cam Highway Star dorang la eh....dorang suka pakai as intro pun, rancak kot.
A Ali once dah start berbual memang macam dia sendiri cakap, susah nak stop. Apa sey dia ngan M Nasir sempat borak2 lagik in between songs,
aku tahu la dorang borak2 tu pasal nak “intro” dan “co-relate” kan kat the next song, nanti macam dorang “teaser” gitu “bila waktu malam”, then emphasis the “Malam” so we know what song is next all that, tapi kecoh.. Siap cerita pasal “bini garang” and all that thingys..."cakap terang2 la , cakap sembunyik2 buat apa" thingys...
 kecoh sey A Ali ngan M Nasir...Anyway let me tell you MALAM was amazing! M Nasir gerek la kan bila nyanyi lagu2 slow gini....also Kiambang, Keroncong Untuk Ana and Kepada Mu Kekasih was delivered incredibly well and menikam kalbu, walaupun 3 lagu ni actually a bit meleleh.
M Nasir pun, sudah peng pergi kat bas no 12. Amacam tu? Haha. Masa dia dulu kan bas no. 13 kan lalu Orchard Road tu jam bas no 13 antara Ghim Moh gi Chai Chee kan? (Sekarang bas no 13 antara Yio Chu kang gi Marine Parade tapi still pass thru Geylang Serai dan Haig Road, actually aku still believe Bas No 13 is more about makan2 kat pusat penjaja Haig Road la), Tapi M Nasir kan dia sudah peng bas no 12 lalu kat rumah dia.So dia nak kena tukar no 12 gi 13 then baru sampai pasar Geylang gitu la dia cakap...
OK Sapa buat graphic2 kat belakang tu? Amacam Bas No 13 boleh ada Merlion tengah sembur air?  ooohh, did I mention Zoul did the singing for this song?
Masa M Nasir introduced dan cakap abis lagu Duit, dia bilang nanti ada duit jatuh dari siling...
AKU PERCAYA SIOTT!!! bukan percaya duit, tapi aku tak surprised kalau ada apa2 jatuh kan? Alaaa..omputeh nye konsert rock tak impossible ada benda2 gini pe...
So Aku ingat ok la bukan duit tapi aku ingat belon ke, bola beach ball Metallica yang besar2 tu ke nanti members Kembara tendang2 kat audience,kertas kecik2 confettti KISS selalu lepaskan tu... haha. ACAH je rupanya, takde apa jadi pun abis lagu... buang karen aku speku.
Siapa Orang Kita ending M Nasir start talk about hadirin yang datang so tak tengok Maharaja Lawak or something? Aku mana la tahu tv progrem, is it on Friday ada tv show Maharaja Lawak ke? Well....
Tapi most of the time the stage banters were interesting, pasal before lagu Sesat Di Kuala Lumpur, M Nasir cerita dulu KL masa Kembara first sampai sana was like high riser Cuma Daya Bumi je now different and either way they still sesat,
Seriously berbual, lagu ni touching giler dan serious berbual, kena la pasal dorang perform lagu ni pun kat Kuala Lumpur. One of the best moments la pada aku..Ayahku Angkasawan thingy, M Nasir says, they already write long before the present situation. Kolar Biru M Nasir mention bukan pekerja asing ye? PEKERJA he emphasis. Lagu ni intro ada those "Dio Angry Machine" ketang-ketung gitu haha.. Industrial la gitu kan...
Rupa tanpa wajah...M Nasir introduced as a Surialistik? Surrealistic Song.. Lepas tu cakap apa makna dia? Dia sendiri jawab Entah la..

Actually kalau pilih back to back songs terbaik, aku pilih Rupa Tanpa Wajah ending terus masuk lagu Bunga Bakawali. Siot je M Nasir bual pasal Cina suka tanam bunga ni kat flat-flat. HAHA. OK la aku nak pergi tengok la rumah2 Cina tanam pokok bunga...HAHA.. Siot je la. gelak aku.
Siap cakap ada hantu lagik.... Kecoh aku bilang ni show dorang berbual. The Kembangs Malams.
Bunga Bakawali is easily the HEAVY HEAVY ROCKER for the night. Best kan lagu ni, memang dorang seret, dah abis ending korus abis masuk gitar solo balik, then false ending masuk korus balik... THORBAIK. Seretttt lama2 pun ok aku suka lagu ni...
I love this song, and this is the best version ever!!!!.

Mungkin lagu terbaik malam tadi, lagu paling EPIC ialah lagu Nusantara. Lagu ni apa takde? Lagu joget, ada rap melayu, herannye audience boleh singalong macammana tu? hahaa...
Ending siap ada trumpet Mexico lagik!! Aku dah cakap Horns Section tu memang terbaik...
Errmmm lagu yang buat aku boring....Sekuntum Bunga Plastik. Aku kureng sikit lagu ni pasal lagu ni meleleh sangat untuk aku... Apa pun lots to see, anyway, aku was like lebih focus on the rest of the Kembara members than M Nasir, and was entertained tengok drummer tu, yang percussionist tu joget2, even the trumpet guys...

Di Perhentian Pudu Raya has this Tabla Karen intro haha...
HATI EMAS DAN GERHAHA. ni dua lagu of course - Full-scale Audience Participation. Hati Emas, Kembara biasa la SERETTTT.....
Gerhana dah campur horns section, dah SWING abis lagu ni... Sedap aku suka campur Horns tu..
dan jugak Perjuangan pun...ada Horns...


Kupu-Kupu is very the psychedelic la ye?? slow je....Sedap tapi aku tak paham...haha.... Apa pun KUTU korus terbaik la kan? haha.
The rest of the songs....aku tak cerita sangat...semua gerek la kan...
Sepasang Mata, Impian Anak Jalanan, Impian Seorang Nelayan, Senandung Buruh Kasar, Perjuangan....   blockbuster after blockbuster la kan setlist Kembara gini macam...
Oooo Senandong Buruh Kasar aku prefer Singapore nye show pasal rougher sikit la.
Empat Penjuru also M Nasir and A Ali talked a bit... Khafilah is a surprise Encore really. A Ali did say to check with the musicians before they decide to play an encore.
Macam2 style lagu la kan? Keroncong, pop, rock, balada, joget, lagu koboi western, lagu tabla karen, tapi Oh Bulan seems like a very nice Asli sounding song...  Sedap sey...  Aku suka sangat Kembara bawak lagu ni..

OK dah....
Nanti senang2, aku borak pasal all these thingys..



Theres the Event Tshirt (comes in two different colours hitam ke putih)
Theres the Event Programme - Looks interesting as you can see
The cd on the left contains new recordings lagu2 lama Kembara yang dirakam semula
On the left tu CD M Nasir ngan Philharmonic KL kat KLCC last year kot.
Tu paper bag that comes with it..
Ada la benda lain coasters or something..

Last but not  least,


Aku try upload ok, I hope you guys like it....

Untuk sapa yang pergi hari Jumaat, ni la buat kenangan ye tak??
Untuk sapa yang tak dapat pergi..... I REALLY HOPE YOU ALL LIKE IT. I DID MY BEST!!

And again, I am doing this as a fan, nothing more nothing less...Wearing headphones/earphones I guess is better..




https://www.youtube.com/watch?v=EikBt623ayQ&list=UU6Rb-xpZ3-d2gFPu3utMiWw

Dekat youtube channel aku dah seperate kan track by track kat senarai tu, so korang just click kat timing waktu kat tepi tu terus lompat....
harap korang paham apa aku tengah berbual....

(Also korang adjust la kat setting tu kualiti dia, yang bentuk bentuk bulat sebelah bentuk jam tu)



Saturday, November 22, 2014

A short "gezek" review of Kembara at Istana Budaya last night...(edited 1:20pm)

Amacam korang semua...?
Edited 1:20pm.. setlist salah.

A short review of Kembara at Istana Budaya last night before my usual long disrespectful "ulasan merapek meraban" posting I will do the next few days if possible.

I have been fortunate to see some really awesome live shows this year in Malaysia, Singapore, and backpacking to HELLFEST 2014 in Clisson France, La Bataclan Paris and Belgrade.

THIS COULD POSSIBLY THE BEST LIVE PERFORMANCE I HAVE SEEN THIS YEAR and a nice audience too..

Worth all the last minute rush, the LRT rush, ohhh please build an MRT station near Istana Budaya doorstep..
Penat wei nak menapak...dah la jalan semua lebar2 petang2 kenderaan banyak...
Tapi of course la korang naik teksi dari LRT cuma 3-4RM je...
Balik cekik darah sikit LOL!!!!..

Never mind like I say lets speak in the 300 movie style " THIS IS KEMBARA!!!!".. so its worth it all the berpeluh berpeleh.


Its reminiscent of 2011 really, I got to see Iron Maiden four times that year, but I really still think my favourite from 2011 was the Kumpulan Lovehunters final concert at Esplanade.

Band Melayu jugak......kan???

Kembara's show last night was much more fantastic than the Singapore's one last year.

Kembara played for about 2hrs and 45mins NON STOP. They did not leave the stage at all. Did they? Come to think of it, did I see them have a drink or something? I dont think so...

28 songs..  A much altered setlist arrangement compared to the Singapore show. 

THE HORNS Section was brilliant.
Great guitars and solos by both A Ali and Zoul.
Superb singing by S Sahlan, A Ali, Zoul and M Nasir.
The bass was alive.
S Sahlan was roaming everywhere and with fancy steps.
Rupa Tanpa Wajah and Bunga Bakawali back to back - Simply Awesome.
and more..

I believe the Mark I and Mark II Kembara line up present were - M Nasir/A Ali/S Sahlan/ the bassist Rahman/ Zoul/ and the keyboardist Md Shah. Ujang Exist I believe was on drums.

I wonder was there many tapers last night? Please share... If not.... my humble inferior version....  coming soon....

It would be nice if one day kita orang melayu pergi konsert rock ke hapa ke kita boleh buat style omputeh nye metal fans, tiap2 shows, bootlegs semua keluar banyak2 then boleh label version 1, 2, and 3 and so... on...
Then takde yang superior or inferior really.... its just for fans to keep as keepsake really...







P.S

If Last Night was this awesome, I wonder how the tonight's and tomorrow night's show will be....


p.p.s

Is the STPB involved for the graphics on the giant screen behind the band during Bas Nombor 13?

You have the Merlion spewing out water...

LOL!!!


Friday, November 21, 2014

KEMBARA mk 1 & mk 2 reunion main full show kat KL pulak tiga malam beturut2.

Hoi Korang, lepas berfantasi, syok sendiri dan being an Idiot pasal kumpulan Search (harap jangan ada tersinggung atau marah2 pasal aku panggil lagu Isabella sebagai Hisapbella), dalam tulisan blog yang lepas, dan aku realise after all these years, I still get excited bila nak tengok Search main....., lets talk about Kembara tiga malam berturut2 main kat Istana Budaya malam ni sampai Ahad malam.

First lets get the Bullshit out of the way - "Fuck all these illuminati Crap for once, its fuckin Kembara, and if Kembara wants to put ONE EYE or even 666 EYES so be it"..
Its just an artwork.. kalau gitu jangan tulis rumi, rumi ada huruf t, tiap kali kau buat huruf t kau buat tanda salib.
Yang itu tak terfikir lak, Kembara letak mata satu je.... abis sensasi..... People are sensationalising about that artwork instead of analysing contents lagu2 Kembara...
ok I got the shit out of the way..

Macam korang jugak, aku suka Kembara pasal dari kecik dengar2 lagu dorang, but not as in a big-scale way la, tapi macam kebanyakkan korang semua jugak la, lagu2 Kembara menyerikan kehidupan kita waktu dulu one way or another dan zaman sekarang ngan You-Tube semua...


Dorang bukan EMO, dorang bukan "oooo sedih betapa hidup, aku nak mati..oooo depress depresss!!" tapi dorang LETS STAND UP and be Counted gitu...

Their songs for me is about "we all can do well in life irregardless who we are. We all as much right to be happy and achieve our dreams or at least die trying.  Never underestimate anyone, never look down on people
Kembara sings highly about MAT KOTAI!!! sings about MAT KOTAI for all their contributions...
and take that you high and mighty people who look down on the people on the street!!"


And ... Bas Nombor 13 sekarang dah jadi Double-Decker ok, so kalau double decker maknanya bas tu cater to a lot of normal people relying on that route which is dah berapa kali tukar, tapi still MASIH MAGICALLY pass thru Geylang Serai dan HAIG ROAD.
LONG LIVE BAS NOMBOR 13.

Masa dorang reunion, I mean REUNION untuk buat a FULL-ON-ALL-OUT concert kat Singapore tahun lepas 30 Mac 2013, aku of course gatal mesti nak pergi, tapi aku tak tahu apa nak expect. Kira macam pakai selipar macam nak pergi kedai, tapi pergi Esplanade sebenarnya. Macam ok la, I am going to spend 3 hours of my time over there. Lets just enjoy whatever, gitu.
Dan sorry la eh, Esplanade takde dress-code ni semua (ok la possibly untuk different shows, patrons are handled differently la) , sebarang je, dan takde protokol2 ni semua bak kata introduction masa Sweet Charity nak main sana, Ramli Sarip cakap "Nak buat apa buat! Asal jangan ada Rusuhan sudah". haha.

Dan, paling giler, sampai hari show, suratkhabar melayu kat Singapura masih cakap possibly Kembara Mark I akan main sama2. Sampai hari show kat Singapore Esplanade aku dan rasanya ada lain sangka ni ialah Kembara Mark II nye full show campur A Ali dan S Sahlan untuk a few songs.

Only bila show start then aku realise, A Ali dah take up position kat "JANICK GERS" side of the stage (Zoul "Dave Murray" side) then aku realise "fuckin hell!! Its Kembara Mark I & Mark II FULL SHOW!!".

Unbelievable. Unsangkarable. Rasa macam aku tengah tengok satu lipatan sejarah dibuka depan aku secara live. Satu lipatan sejarah hidup balik, darab dua pasal mk I & mk II combined, dan main 2 jam setengah ngan lagu2 yang korang bila dengar korang tahu la best...
Legend ok. Legend Giler la senang cakap. Korang tahu RTM nye "Hari Ini Dalam Sejarah" tu kan? Hah...10 tahun dari sekarang, nanti keluar cakap 30 Mac 2013 ialah hari Kembara Mark I and Mark II main show 2 jam 30 minit Reunion.

I mean masa Hati Emas, then A Ali did that solo... Oooohh dia punya thrill boleh rasa la kat satu Esplanade tu semua orang excited giler.

And dont forget the drummer from Mk II, masa kat Singapore nye show M Nasir kan cakap kat audience "DRUMMER BAIK KAN?"...and of course... tapi lepas tu buat joke "dulu dia jahat" ahaha

And that night, is not M Nasir's night...as if people focus on him that much...

Malam tu M Nasir hanya adalah seorang anggota Kembara.. Sama rata dia ngan semua anggota lain Mark I dan Mark II.

That is one of the best about it.....

ooo lupa lak, kalau kat Malaysia M Nasir ni datuk ye? haha... ok la..in my eyes no different la kan


So lets harap aku dapat pergi HAHAHA, ok banyak benda nak buat ni...
Stesen LRT mana? Titiwangsa kan?

Alamak.... MALASNYE AKU NAK MENAPAK GI ISTANA BUDAYA DARI STESEN LRT. tak jauh sangat la tapi jauh jugak haha. Ada jalan raya besar tu...
ok la kalau malas jalan kaki, naik teksi dari depan LRT ada terminal bas tu? hahaha....

Ohhhhh balik lagik satu hal LRT dahbis haha. Cekik Darah la Istana Budaya ni public transport!!!

Never mind, small matter,
this is KEMBARA!!  (cakap style filem 300).


p.s

So mari kita discuss setlist, masa main kat Singapura tu hari...

1. Ekspres Rakyat
2. Balada Osman Tikus
3. Khafilah
4. Rupa Tanpa Wajah
5. Sekuntum Bunga Plastik
6. Impian Seorang Nelayan
7. Di Perhentian Puduraya
8. Duit
9. Di Manakah Di Kau
10. Bunga Bakawali
11. Lagu Untuk Seorang Ibu
12. Keroncong Untuk Ana
13. Bas Nombor 13
14. Tarian Hidup
15. Nusantara
16. Kiambang
17. Empat Penjuru
18. Senandung Buruh Kasar
19. Impian Anak Jalanan
20. Hati Emas
21. Perjuangan
encore
22. Kepada Mu Kekasih
23. Gerhana


A song I expect them to play and I hope but was not was MALAM...

So lets hope ni kali they performed MALAM..
And lets hope they play SESAT DI KUALA LUMPUR WITHOUT DROPPING BAS NOMBOR 13.

(tak mau all these - kalau kat Singapore main lagu ni, kalau KL kena main lagu ni crap hahaha)


For those who got a chance to go, Enjoy these legends Melayu...

And when they play this song, it will be amazing...TRUST ME.


Impian Seorang Nelayan.

Korang ganti "Nelayan" tu ngan apa pun pekerjaan korang buat, carik nafkah..and the meaning stays true...






and the rancak songs get more rocking live...(of course....)

and maybe you can sense the atmosphere bila A Ali masa solo lagu ni...





OK Bye...


And  I HOPE THE AUDIENCE WIILL BE LOUD AND BOISTEROUS PLEASE!!!










Tuesday, November 18, 2014

Fantasi dan Syok Sendiri aku - SEARCH di Istana Budaya (kalau aku pergi la)

DISCLAIMER - Ini ialah post Fantasi merangkap Syok Sendiri aku pasal Search nak main kat Istana Budaya bulan 12 ni.

Aku tahu tak complete, contoh cam CD Double Trouble aku kedua tu yang dicetak kat kertas magik tu dah hilang, dan ni pun kalau sapa yang Pedantic (termasuk aku ok), pasal koleksi boxset tu ada yang pakai versi Kid not Hillary's Di Pintu Sepi Cassette Tape if you get what I mean...KAset? abis dah semua....dah takde dah Search nye kaset semua, tapi rasanya Di Pintu Sepi Polygram aku ada lagi kot, Mungkin dah hilang dah buang dah...

Rintangan #1 - Mula2 aku dapat tahu Search nak main bulan 12 ni empat malam berturut2, terus aku cek rota kerja aku. DAMN!!! Semua empat hari Search main tu aku kerja lak. Nak kena ambil leave, nak kena mintak tolong kawan2 cover aku.. Leceh..
Rintangan #2 - dengan Kembara, Tenacious D and MR BIG pun nak main... ooohh shit, melampau la kan kalau aku overdose rock n roll, so ok, Tenacious D and MR BIG aku decide to skip, MR BIG walau memang confirm takkan menghampakan tapi dah tengok, so skip. (Dan aku tak bedek, Mr Big main, setiap lagu adalah terindah sangat, KAGUM!! KAGUM SANGAT!! kualiti lagu2 Mr Big kalau main live, siap Paul Gilbert sorang2 main AC/DC Highway To Hell lagik),
Tenacious D tak pernah tengok tapi Jack Black legend omputeh, bukan legend melayu (CEWAHH!!!! Aku yo-yo-oh je berbual gini macam), Kembara Mach I is playing one more time, nothing beats Kembara Mach I, so maybe next time for these bands Omputeh......


OK, so Search empat malam di IB, Nak pilih hari apa? Macam Wings tu hari Istana Budaya aku purposely pilih Sunday, final night, pasal final night, ALL OUT la kan?
Search pulak macammana? Ohhh Stress giler siak...... Tapi apa pun kerja lagi important... Tanggungjawab Mencarik Rezeki bukan sesuatu yang boleh dibuat main ye my techno pump up the jam frens.... So kita tengok cammana...

Tapi tu tak menghalang aku Syok Sendiri.... Berfantasi....

So lets kita mulakan....

Confirm ada berapa ketika aku akan rasa FED-UP,  RIMAS,  BORING, RESAH!!, SENDU!!! kat persembahan Search nanti.... Korang tahu apasal???
Pasal, aku akan tak tentu harah bila you know that song? Yes... Hisapbella is played. Aku tak suka lagu ni ok... JANGAN LAHAR AKU OK!! Aku speak my mind aku tak suka lagu Isabella, lagu tu aku tak suka pasal ni serupa Extreme, More Than Words ialah Extreme untuk ramai orang, tapi bak kata Nuno, ngan More Than Words dia ada duit belanja....
So aku paham, Isabella is a periuk nasi untuk Search. Cuma I cant stand people reaction to that song and their mentality.
Dah tu, Search akan main PAWANA. OH PLEASE!!!!  Enough is Zenough...  Pawana and Isabella is like, adakah ni dua je lagu terbaik Search? Come ON!!!!!
Dan of course, Cakap Memang Murah, Pelesit Kota, what else? Oh nooo..........
Lagi sekali aku cakap SILA TOLONG JANGAN LAHAR AKU!!!!...
Search have to cater to the masses, to the popular sector..., and the GENERAL public loves their Hisapbellas and Pawanas... OK, Sapa korang nak celen apa aku cakap ni tak betul???
General Public akan kaitkan Search ngan Isabella dan Pawana.
And I know you Search fans tahu Search is much more than that!!

OK, so then aku SPEKU, wah... empat malam, Amy boleh ke on vocals? (IRON MAIDEN UNWRITTEN RULE kalau korang perasan, two night maximum, 3rd night no show..) Definitely its not easy ye. This is Search ok. Tentu ada certain kualiti kontrol ye tak dalam setiap persembahan dorang.
Though I hope it will be at least 2hr 30mins show, but if it hits 2hrs I will be happy.
Aku harap aku disurprised kan.

So aku bongkar la koleksi aku.. Pasal aku speku takde peral aku akan pergi tengok Search main la salah satu malam...
WAHH!!! Aku angan2 mat jenin, Pergi Empat2 malam, Wahhh boleh buat boxset live album versi boots macam Deep Purple buat yang Made In Japan tiap2 malam tu... WAHH!!!!!!!!!  OPPSSS!!!
HAHA, takdelah nak gi satu malam ni pun aku belum plan apa2 pun..... Oh stress ok. I am really trying my best untuk kawal waktu, bukan biarkan waktu kawal aku... dan kita kawal penat, bukan penat kawal kita, kita kawal tidur dan rehat, bukan tidur dan rehat kawal kita.
And that my frens is the challenge of LIFE, for those of you who are like me.





ok, Search, lebih seratus lebih lagu dalam koleksi mereka ye...... So whats the songs???
Since ni fantasi aku.....dan syok sendiri aku.....keyboard aku, suka aku la nak type apa..haha...

takdelah, aku gurau je ok... I mean ni fantasi aku je la kan, aku pun insignificant scumbag, cewahh, tapi I am still allowed to dream right? Cehhhh.... Speaking London..

OK OK...

Ni setlist fantasi aku, fantas aku takde lagu2 ini ye.... HISAPBELLA, PAWANA, CAKAP MEMANG MURAH, Panggung Khayalan,  Emanuelle, PELESIT KOTA, GADISKU, FANTASI BULAN MADU, ISI DAN KULIT, MMDUT, FENOMENA dan GME!!! hahahaha... Gothik Malam Edan! KEBABOOM!!!! eh tu ke lagu ada gunshoot? lupa lak...

OK, ni setlist fantasi aku untuk Search main kat Istana Budaya... 24 songs... what I believe are fair balanced between the slow, mid tempo and fast songs...without relying on "those" songs that I have enough.


READY???




1. BENCANA (takde lagi thrill la dari first song, Amy start nyanyi belakang pentas "silau mata, batin ku menyaksikan" then pelan2 masuk pentas..THRILL OK!! THRILL GILER!!!!!!, tapi sila jangan lupa microfon ok!! hahaha, kelam kabut crew member pergi lari depan ambik mic) hahaha..

2. PARANOID!!!!!!!!  thorbaik lagu ni...
3. METROPOLITAN!!!!!! laju lagi laju lagi laju lagi laju!!!! Faster Faster Faster!!!!

Abis je 3rd song, kita semua hadirin semua dah tak ikut protokol, semua diri atas kerusi semua kasi standing ovation giler babi nye kat Search...

4. Amy Search berbual sikit then terus start nyanyi HELLO KAWAN!! acapella...
5. IRAMA MARAKAS!!! by this time ada stage diving semua dah... keadaan dah tak terkawal dah... HAHAHA!!! ok la gurau je la... aku tahu korang semua duk sopan sambil kepit.

(Serious berbual kejap...IRAMA MARAKAS...what a song, what a brilliantly Romantic set of Lyrics...Ada video kat GME nye double disc yang Loloq baca liriks ni, cantik sangat ayat2 lagu ni...Cantik sangat...
 Aku sangat suka lagu ni... Tak tahu bila dengar lagu ni, aku nak happy senyum, atau aku nak termenung, air mata meleleh kat pipi...)

OK OK sambung berangan...

then ok.. Ada Cello group tu kan?
ok lincah lincah..... terus start cello group tu... korang tahu lagu apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6, MALAM!!!! orang keliling aku tengok semua dah start nangis2 dah kegembiraan...strangers semua peluk2 nangis2 kat bahu...
Giler gempak setlist kan? korang cakap ngan aku ni bukan setlist yang best dia punya pacing??

** aku takkan lupakan ada satu show Search main ngan Lola tu jam kat Larkin, ada orang ni sebelah aku, dia satu show tu, abis setiap lagu dia pekik sorang2 ulang2.."MALAM!!! MALAM!!!" , agaknye betapa suka dia kat lagu ni eh? nah!! Search main...heheeh

7. ok pasal aku nak Search, bukan nak orang lain...so kita get it over with ni cello group...
MELAYAR BAHTERA!! nanti ada backdrop tukar curtain macam Iron Maiden buat gitu, artwork Rime Of The Ancient Mariner gitu....  (THRILL GILER KAN???)

OK BYE BYE CELLO GROUP....Aku nak tengok Search, thanks Bye!!! hahaha....

Then Intro pakai kaset Manowar Wheels Of Fire...VROOOMMM!!! VRROOOMMMMM!!!!!!
Then Yazit pun appear on stage.. Pasal first seven songs is 2nd drummer main kan?? (ok ingat ni fantasi aku ok!!)...
Tu jam, keadaan dah tak terkawal, sapa kat tingkat dua dan tiga dah terjun pergi tingkat satu.....!!
So Yazit start drum intro....
8. KERETA MERAH!! Yeah Baby!!!!!!
Then ok, semua tarik nafas tarik nafas.... NEXT!!!!!

9. ANALOGI 0.1  by this time ada dah panjat stage semua buat breakdance pusing2 kepala kat lantai gitu..

Ok terus tarik nafas, Amy Search start berbual lagik...introduce 2nd drummer naik atas pentas..... Terus LASER BEAM gitu semua start tembak!!..

Ala....Staff Istana Budaya semua pegang laser beam tu kan bila orang keluarkan henpon, so dorang memang banyak stok.... So tak jadi hal..
So drum solo... 2nd drummer dan Yazit...
Ni part Drum Solo... aku nak tengok covering drummer drum solo ngan Yazit macam Yazit drum solo battle ngan Saha Lovehunters macam gini... YAZIT SEARCH dan SAHA LOVEHUNTERS main sama2 lepas tu drum solo dua orang..... start minit ke 5 gitu...
tak mau lama sangat la kan.....



Terus Yazit ending drum solo terus korang tahu lagu apa???

10. Neo Romantika

Then ok Yazit pergi rest...2nd drummer masuk balik....
Sambil ada tu Werewolves...AWOOOOO!!!! BARK AT THE MOON Ozzy gitu....

11. What else?
SERIGALA SEGALANYA!!!!  aku suka ok!! ni fantasi aku so aku nye suka la aku nak Search main lagu ni... mesti ada backing vocal..yang ada GROWL nye suara backing tu...
Korang tahu kan apa aku cakap? Ala...30 years Search ada Growl kat belakang tu....Nafas2 gitu..haha.

12.Amy Search cakap sikit dorang nak main lagu slow....
ANDAI KU MILIKI SEMALAM... oh yeah baby!!!!!
13. MENITI TITIAN USANG... ok aku suka ok!! so ok lagu ni Search main banyak kali pun aku OK!! hahaha...
14. Manusia Oh Manusia... Then semua hadirin pegang tangan ramai2...cam buat cam rantai gitu...paham?? hahahaha... OK la aku merapek ok...

15.. Then Amy Search cakap lagi sikit...
then ok KEJORA KU BERSATU

16. Fast balik...
ORANG TIMUR!!! Wooooo Surprise!!!! huhuhuhuhu... Tu jam belon2 semua dilepaskan dari siling, ada tembak confetti....., then ada bola2 besar macam Metallica tu semua Beach Ball besar gitu ditendang dari stage...

Amacam Alrite kan???

17.Amy cakap ok Last song... So...ermmm.....
Balada Pemuzik Jalanan..

ok
then ada suara host pompuan cakap "anda nak lagi??" macam Wings tu hari...

Encore starts...

So then ok Search keluar balik....ngan Yazit... then dorang peluk2 satu sama lain, high 5 gitu...



18. FEEL THE PAIN!!!
Amy nyanyi style orang putih nye slang....."BARB WIRE KISSES!!!"  Aisey bedah...
then on the guitar solo...... Kid ngan Nordin terbang macam Paul Stanley... gi tingkat tiga...
tapi tu jam tingkat tiga dah takde orang pasal semua dah terjun pergi tingkat satu? Remember???
hahahaha....
Then dorang gitar solo tak mau lama, just 4 minit ok kot,....then ok terbang balik, then sambung balik "You always feel the pain" cehhwahhh...
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh Dream Setlist.... untuk aku la....

19 Then wahhh semua dah nak collapse dah pasal setlist dan persembahan sangat best giler...
Then ok cool down....
TEGUH.
ni kali Amy Search pulak terbang gi row belakang level one...... RIOT la jugak kat belakang then dia jalan2 kat aisle tu...
WAHHHHH!!!!! tu jam keadaan dah tak terkawal... semua keluarkan henpon....then Amy body surf macam MentariMerahDUT kat Planet Hollywood (I was there also hahaha)...


20 then...lampu gelap....AIK BLACKOUT KE????

Terus masuk Bon Jovi nye Dave Bryan keyboards...tet tet tet tet....

PEMBAKAR PERASAAN ok...

tu jam, abis fire extinguisher, fire hose semua dah kena taken over by the crowd, abis semua dah basah banjir dah Istana Budaya....

HAPPENING GILER....

Anyway lagu ni, ending korus....42 kali...ok cukup??? ok genapkan 50 kali nyanyi korus last part tu...

ok Search say goodnite. ..

OK la, puas hati dah semua....

Then We Want More!! We Want More!! gitu crowd.... Lagi Satu!!! Lagi Satu!!!

Then.. Search keluar balik..

Semua pakai baju tentera...... Macam Village People sikit...

Amy pakai baju Navy, Kid and Nordin baju Air Force, Yazit dan Nasir baju Armed Forces...

So takkan nak bawak Hisapbella kan??

21
So terus start DERAP KOMANDO


KORANG IMEJIN!! KORANG CUBA IMEJIN SETLIST GINI!!!!!!!!! Korang macammana punye happy giler???


So Search one by one say thank you...then without another word terus main ni tiga lagu then terus kembali belakang stage.

22 Di Pintu Sepi
23 Langit Dan Bumi
24 PASTI ( but of course... kita semua tahu takde dah lagu lepas ni... so semua belen2 suara tu nyanyi la korang "kau lah mentari!! aku rembulan!! cehhhhhh.. Rindu ku ini adalah milik mu ceehhh, then lagi sekali second round belon2, confetti, beach balls macam Metallica tu semua dilepaskan, then tu jam Water Sprinkler kat siling semua activated, Wahhh ramai2 basahhh....

dan kita semua bersurai..... Korang imejin just imejin show macam gini.......

lepas tu aku cek, WAHHH!!! bootleg aku sound macam Live After Death nye sound la...

HAHAHAHAHAHAH!!! Ok Ok, ni aku memang terover berangan dah...



Tapi ada yang tak puas hati, dorang cakap dorang bayar tiket mahal2 takde Isabella.... Pergi komplen kat Istana Budaya nye kaunter tiket mintak REFUND!!!!

Seriously korang rasa aku cakap ni betul ke salah kalau Search main setlist gini untuk korang fans Search , dan orang complain mana lagu Isabella?? Semua datang nak tengok AMY SEARCH (bukan Search ok!!), semua datang nak tengok konsert AMY SEARCH nyanyi lagu DIA iaitu Isabella

Besok sokkabar semua Reporter semua kutuk2, kenapa Amy Search masa kat konsert dia, dia tak nyanyi lagi hits dia iaitu Isabella????

Well...Possible tak? korang cakap aku??? Possible tak????

Berapa banyak lagu Search yang best2 , takde Gadis Ku, takde Fantasi Bulan Madu, takde Isi Dan Kulit, takde Isabella, takde GME, takde Mentari Merah, takde Cakap Memang Murah, takde banyak yang selalu dalam setlist Search these few years...

aku nye setlist is quite balanced kan? every album represented...
Since its Kid, so why not focus on Kids era...


SO I put more songs from Kid's Era... More songs from Rampage and of course "maybe" my feberet Search album "KARISMA".



ni kalau aku PERGI la.... HAHAHAHAHAAH!!!! So baik korang harap aku dapat pergi....

kalau aku tak pergi...  Isabella!!! Isabella!! Isabella!!!!!! hehehehe...



OK... hope you enjoy this post....and have fun...

I know its idiotic... hey but thats me.... HAHA.





I think Search will occcupy my ears when I walk and take public transport these few days....









Sunday, November 16, 2014

Vojni Muzej - Military Museum - MUZIUM PERANG SERBIA (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 19)


Terletak/Situated as part of the Kalamegdan Belgrade Fotress in Serbia....

It is really amazing place.... the whole Kalemegdan Belgrade Fotress area...




Tengok ni teringat ACDC , teringat badge lama Arsenal...



Apa pun,
Aku nak tekankan,
Terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai sesuatu itu sendiri dari ilmu yang kita kena carik sendiri.. 

Tempat ni sangat patriotik, negara ini sangat patriotik dan penuh semangat nasionalisme. Aku terpaksa kagum tengok dorang.


Thousand years of wars and battles. Saying that I am overwhelmed by all the exhibits and info, is an understatement.
It is up to us to think....












I once saw the JON BON JOVI movie, ok its not as if he got a main actor role, I think he got killed quite early? LOL!!.
 the World War II movie about stealing the Enigma Machine from a German Submarine..
So it go me interested...
So I finally got to see one...




It does influenced my mentality, looking at some old weapons, I cannot help but associating it with Manowar old artworks on the albums...
Sorry, I dont know much about NEW Manowar...
I always have the Ross The Boss and Death Dealers albums to entertained me if I kind of miss Manowar.








LAGU MELAYU tak dilupakan... Apa tu lagu Bandi AMUK lirik dia "pakai la baju perang mu", ke hapa ntah... dah lupa... ni kat album Hakikat...




Selalu baca pasal BYZANTINE nye zaman....
memang kagum la.....aku menengok ni semua...





Menarik jugak macam aku dapat ilmu,  tahun 1102 dulu gitu Croatia jadi sebahagian Hungary....

Memang la kagum sejarah dorang ni memang lama....




Of course macam korang dah boleh agak, museum ni memang taruk je semua foto2 atau cerita2 yang boleh dianggap ganas tak mungkin tak sesuai untuk semua....

OK, Menarik untuk aku macammana dorang describe IMPALEMENT tu.....

Kita panggil apa tu? SULA eh???

Mungkin gitu cara nya? aku tak tahu...tapi menarik...







Ni aku selalu teringat apa tu? Death nye character nanti bawak kan? kalau cerita omputeh....




OK lagi...




Cantik kan tempat ni.... OK aku ni belum post so aku tampal sini....

Bayangkan semua bawak pedang, ngan baju besi semua ramai2 lari sana sini...

Then ada arahan "ARCHERS and Catapults!!!!", at my signal unleash Hell!!!"...

Giler la THORBAIK!!!!











Aku suka diorama dorang, macam real.....

Anyway, Sultan Mehmed tu tak silap aku ambik tentera dia perlukan nak dekat 100 tahun untuk dapat tawan kota Belgrade....






Semoga korang dapat manfaat dari baca posting ni........


I guess it took me about some time to finish this museum but still I was rushing a bit.....
Maybe next time I will come back (yes I know in my dreams, but you never know... maybe Maiden will play a very special setlist with Alexander The Great, Judas Be My Guide and Montsegur in Belgrade LOL!!!, hmmmmnn Montsegur...now that is a nice place to Backpack too? yes???) ... So much to digest if you love medieval wars and battles and whatever that comes with it...

Anyway... more on Kalemegdan Belgrade Fotress and all the amazing things that are part of it on my previous posts...