Korang lagi baik pergi dengar segala tok nenek Led Zep main live lagi best. Dan pastikan tu semua bootlegs rakaman peminat2 yang rakam tahun 70an tu semua dan bukan yang dah melalui ""Sabotaj"" di tangan Jimmy Page sendiri seperti SRTS nye live album.
Agaknye kalau sapa2 tanya aku kalau nak dengar studio album Led Zeppelin, album mana nak dengar dulu, aku rasa aku akan cakap cuba dengar album ni.
Ni album ada beberapa lagu yang popular dan dikenali ramai, dan boleh di kata kesemua lapan2 lagu kat album ni semua gerek.
Ada lagu Black Dog – dulu2 aku tercarik2 apa nye yang Anjing Hitam ni lagu? Then dah dewasa aku baca buku rupanya dorang tak tahu apa nak beri judul kat lagu ni, abis tu kebetulan kat studio ada anjing hitam keluar masuk, so dorang namakan ikut anjing tu la, ohh rupanya takde la ada unsur2 sumbang ye kat lagu ni? haha....,
ada lagu Rock N Roll, best kan lagu ni. Legend la lagu ni.
Dan jugak, album ni yang ada lagu Stairway To Heaven,
Dalam banyak2 Stairway To Heaven Led Zep aku paling suka yang versi Songs Remain The Same live tu, tapi tu pun lagu versi kat Songs Remain The Same Live album tu pun tak wujud sebenarnye, Jimmy Page campur2 lain2 show live Led Zep dia cantum2 edit untuk dapatkan versi kat SRTS nye album tu. Nak dengar Led Zep main live, ialah menerusi bootlegs peminat2.
Contoh seperti SRTS nye album tu, dah kena vandalisma oleh Jimmy Page sendiri. Tapi kita sebagai pendengar ok je la, suka.. tapi kalau yang “pendantic” gitu, tentu tak boleh terima Jimmy Page dah suka tok nenek dia mengedit segala permainan live mereka sendiri ikut selera dia.
Aku sangat kagum zaman tu tapers semua rakam live shows Led Zeppelin, dan sampai sekarang bootlegs Led Zep masih tersebar. Bila tersebar maknanya masih ‘in demand” ye tak? Tentu tak sangka ye tapers tu semua, apa jadi kat rakaman2 bootlegs mereka.
Sebab tu aku rasa rugi sangat kita melayu tak bootlegs kan segala persembahan band rock melayu.
Serious aku cakap. Aku cuba la tape, dan taruk dalam youtube. Dulu aku ada tape Amuk main live semua full show, ntah mana hilang haha... Aku harap kita orang melayu pergi la bootlegs segala tok nenek persembahan band rock melayu tak kira famous tak famous.
Tengok ni sekarang, semua rakaman2 band2 legenda semua dicarik dan dianalis setiap persembahan mereka setiap persembahan, kerana terutama Led Zep setiap show dorang tak sama. Sebjijik macam Deep Purple. Contoh la korang dengar tiga2 malam Made In Japan... Berlainan sangat...walau setlist sama.
Ok, sambung,
Dan jugak, album ni ada lagu Battle Of Evermore yang cerita ada kait mengait ngan Lord Of The Rings jugak lagu ada pompuan nyanyi duet tu,Sandy Denny. Ada lirik pasal Wraith semua tapi aku tak tahu la gambaran Wraith yang dinyanyikan kat lagu ni sewaktu yang sedang naik kuda hitam atau sewaktu yang naik dragon hitam tu.... haha..
Anyway, ni album yang ada orang panggil “Four Symbols” pasal setiap anggota Led Zep ada simbol unik masing2 kan? Sebenarnye Sandy Denny pun ada kecik kat bawah tu...
Actually kat album Unledded, yang Jimmy Page ngan Robert Plant main ngan tradisional musicians Morocco tu semua, yang dorang bastard la kan tak ajak John Paul Jones, pun ada versi Battle Of Evermore yang dramatik giler.
ada lagu Four Sticks yang John Bonham main lagu ni ngan 4 batang kayu drum, jadi title lagu la 4 kayu? 4 batang? 4 batang kayu? haha.
Then ada lagu Going To California. Suka giler aku kat lagu ni. Sedap dan lembut. Kalau la kata satu hari aku dapat pergi California mesti aku ingat lagu ni ngan lagu California Dreaming. Lirik lagu ni siap ada pakai bunga kat rambut. Very the zaman dulu2 gitu.
Lagi... Misty Mountain Hop. Lagu ni gerek. Henjut henjut gitu.
OK tapi last song album ni aku sangat suka.. When The Levee Breaks. Ni kira macam lagu rakyat gitu, Led Zeppelin modify kot jadi style dorang. Leve tu Empangan kan? Bila Empangan pecah, air pun masuk, jadi air bah.. Aku suka lagu ni..
Alrite la eh, album Led Zeppelin IV ni, kalau ikut original album cover memang takde nama band pun, dan ni album memang takde nama pun. Tapi selalu kena panggil “IV” la. Empat, Four.
Kalau aku dengar lagu2 dari album ni aku paling teringat kumpulan Heart. Dorang bawak2 lagu2 Led Zep memang bulu roma ternaik. Best giler dan dramatik. Even masa Led Zeppelin dapat award apa ntah Heart bawak lagu Stairway To Heaven ngan anak John Bonham main drum, Barrack Obama ada ok tengok kat majlis tu.
Companion Disc dia takde sangat la yang menarik, lain2 mixing, tapi yang Battle Of Evermore tu ngan Going To California ada mix Mandolin / Guitar ni aku suka...
I always wonder how its like for people to go out and buy this album in 1971.
This album dont have a title, and dont even have the band’s name on the cover originally.
Great songs, and of course Stairway To Heaven. I love this album, so for the time being, I had completed unboxing, unwrapping the first FIVE remastered deluxe 2cd edition. Till the next time, to be continued... Its a wonder to finally listen to Led Zep album by album, and by the Jimmy Page box 1 and box 2 arrangements of the 90s boxsets.
Anyway, the companion cd is a bit dissapoinment, so if you have already this album, there is no need I guess. But if you never had one, or want a new upgraded copy, then this is very good to get.
For the rest of the first five albums that have been re-released, remastered and repackaged like the above, go here -
http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/led%20zeppelin
Anyway Physical Grafitti has been announced. And yes, it will be another toy to play with, the cover I mean.. LOL!!!
the beautiful fonts of Stairway To Heaven is on here..
^Sandy Denny got her own logo design
5 comments:
klu sebut led zeppelin aku rasa pengetahuan aku stakat dua lagu je iaitu stairway to heaven dan communication breakdown...dua lagu ni mmg kaw2 aku hafal lirik+chord gitar+solo... bila baca posting ni tergerak pula nafsu dan niat utk memiliki album dorg..
Physical Graffitti boleh main - main tingkap kan bro deaf?
cantik juga kat bungkusannya,
bab botleg tu rasanya kat pemilik box offic tu dia ada simpan, cuma tiada bajet kali dorang mau keluarkan rakaman live tu, cam dalam wings live stadium negara tu sound hancur tapi layan. search aku tgk kat grup dlm fb tu, ada orag upload gambar2 live search cam cdr saja, nak minta copy ckap search tak bagi izin.. cam tak masuk akal juga, patutya benda2 rare macam tu share lah ngan yg lain, kalu keberatan kan utube ada.. haha.
packaging memang lawa2 la kalau nak banding 1st press cd...IV ni kira 1st Led Zep aku...semua lagu aku suka...kecuali "Four Sticks" kot...aku kurang sikit...lain2 memang terbaik!
Tunggu versi vinyl yg ni..taktau bila ada.nasib baik la reissue punya murah..packaging lawa2 sumanya.
Post a Comment