Sunday, February 27, 2011

gempa bumi, si buta dan si kudung,( My Maiden Oz 2011 Backpack part 2)

masa aku sampai Melbourne malam2 buta, ada satu pompuan ni ngah panik2 gitu kat airport nye internet, aku lak tengah happy2 dapat first to barrier Melbourne yang last2 aku tak pergi Q, pasal Mat Salleh ni semua besar2 tinggi2, sekali dorang rempuh, abis la tulang rusuk aku kat barrier tu.

ok, back to the story, pompuan ni terus cakap kuat2 "anyone going Christchurch?", aku was like apa sey? then aku tengok pompuan Mat Salleh pegi kat dia macam console dia cakap baik2, then dorang cakap pasal Flight Semua Cancelled. So baru aku tahu rupanya ada baruuuu je Gempa Bumi dan anak2 pompuan tu semua kat bandar Christchurch dan dia nak pergi carik anak2 dia kat ChristChurch tapi smua flight pergi Christchurch kena cancelled tu jam, dan dia tersangkut kat Melbourne.
Macam susah nak cakap aku tengok keadaan auntie ni, dia nak pegi carik anak2 dia gempa bumi tapi dalam keadaan flight semua cancelled pasal gempa bumi tu sendiri.

Sokkabar kat sini semua ngah cerita pasal gempa bumi ni, dan kat Brisbane Soundwave smalam, Bruce dedicate Blood Brothers kat mangsa banjir Queensland dan jugak gempa bumi Christchurch.

Aku tahu ramai mati, kesian tu aku tengok ada pelajar2 dari Jepun buat rombongan berpuluh2 orang kat satu bangunan tv tu eh? aku flip2 sokkabar je.

si buta lak, kat Melbourne, aku nampak budak ni, kira dah 30+ gitu, botak, pakai tshirt simple, all black depan blakang kecik je '666'. Eh, pakai tongkat untuk orang2 buta, bapak dia kot ada satu uncle mat salleh tua bawak dia. Lepas show, aku lalu kat tempat seating, ooo dorang seat first row seating paling dekat stage. So si mamat tak nampak was looking down, and aku was like, mamat ni just enjoyed the best band ever live, tapi dia tak nampak, macammana agaknye, aku rasa mesti bapak dia kena bilang dia...ooo ni part apa jadi, oooo ni part apa jadi kenapa audience was doing this doing that.

si kudung lak... malam tadi kat Brisbane was like 40,000. So aku was like, tak boleh masuk area depan ni pasal aku bawak beg sling. Tapi....pasal konsert rock melayu banyak ajar pasal cammana nak beat the security, so lepas je Slayer main kat stage 4, aku terus pergi stage 1 dan menyusup masuk sampai depan la jugak 7th layer from front gitu, sekali sebelah aku ni...
ada satu mat salleh, badan besar, memang size dorang, dan dia ada part tunggu Maiden tu dia macam tengah distress so pompuan sebelah dia ni aku assume bini dia macam attend kat dia, then aku tengok bawah, aku nampak siak ah dia satu kaki aje , lagi satu kaki bionic gitu macam besi gitu.
Aku was like, hello!!! ni 40,000 orang, aku pun tengah takut kena penyek, dia lagi satu kaki, and that is " commitment!! " haha.

Slayer was like macam binawe betul untuk aku, aku was like, lepas Dimmu Borgir main kat stage 4, aku tak mau gerak aku menyusup depan pasal dulu aku tengok Slayer tiket murah, kat blakang sekali nampak lampu kelip2 je, ni aku nak tengok dorang depan2...
hah kau!! Slayer by 2nd song je aku kena tolak ke belakang dan ke tepi 10 meter ada lah..
Giler babi mat salleh masa Slayer main, kasut dah tercabut, spek dah pecah, tak tahu apa lagi la... Aku was like, jangan korang siku muka aku dah... rabak ah kalo hidung patah ke, gigi patah ke masa Slayer tu..
Oooo Slayer was takde Jeff Hanneman pasal dia tengah operation kat spital kot?
Exodus nye gitaris Holt ke hapa tu ambik posisi dia dan solo Hanneman semua dia takeover.
Slayer main satu jam.. ok la..

ooo Sydney lak, kita kat sini, suka lambung2 air mineral water kan? buang2 kat sini sana?
Sydney dorang suka lambung beer. $&@^ betul... jangan kena aku dah...nasib baik tak.
Lantai jangan cakap la......dah macam kat pasar basah waktu hari hujan dan ikan2 semua baru sampai....becak licin...tapi ngan beer. ooo gini Sydney nye crowd eh, tapi mungkin it was Thursday nite.
Melbourne was like relak...mungkin pasal hari rabu...
Brisbane was like, masa Slayer ngan Dimmu Borgir was like, buang2 kasut boot, aku kena sekali kat atas mata aku... topi koboi. Nasib baik, kalo boot Doc Marten kena kat muka aku tu hari...tak ke ada masuk sokkabar " shortie asian knocked down " haha.

kejap kejap... aku nanti la balik sana aku upload, tapi ni Melbourne Hisense Arena waktu Maiden main solo arena show, minggu depan dorang main Melbourne lagik tapi headline soundwave Festival untuk 40,000 orang gitu...
BUKAN gambo aku ok, aku link dari website Maiden.



Ni lak Sydney, kantoi kan ni gambo?? MAIDEN DID NOT SELL OUT SYDNEY ENTERTAINMENT CENTER!! There are seats on the last few rows of the highest stands. pity
Jadi dorang cover last few rows tu ngan curtain.
Tapi kat lantai dan seats lain semua tiket abis la...
Pasal hari ni, Maiden main lagi skali kat Sydney untuk 50,000 headline Soundwave.
Jadi actually yang Entertainment center dalam 9,000 ni lebih kepada intimate show, dan untuk betul2 minat Maiden aje.




Aku tengok kat kamera aku, aku dah snap 600+ fotos dah backpack trip ni..
tapi ada la berapa foto yang sangattttt aku suka...
nanti la aku share ngan korang kalo kamera dan memory kad semua masih ok...
Kamera aku mandi air masin la....air laut Sydney Harbour haha.

Nanti aku share la, cammana aku belanja kat sini dan cammana aku jalan kaki dan jadi pelancong tapi tak banyak keluar duit tapi dapat merasa jugak la tempat2 kat Sydney especially. Sydney mahal giler to the max.

betul2 budget giler aku ni trip, tapi kalo dah lapar mesti nak kena makan...
penat ah makan roti ngan oren jius...
so makan la macam2 kebab, mau kang lidah melayu aku nanti terus jadi lidah turkey dah haha.
ooo cakap pasal lidah... MALU aku nak cakap kat Australia ni, English aku dah la Phua Chu Kang hahaha.
Dorang tak paham, dan they look at me funny when I speak the English haha.

9 comments:

Nizam said...

bro kalo konsert mcm ni is it ok to bring compact camera?or mmg tak bole langsung unless using camera hp?

dilaOHdila said...

dep, boh lar lagi
ciputnya....tak puas aku nak nengok ni dep.....
aku suka bground tu. pandai hang cari angle no

WanBeruas said...

..Masa beratur untuk masuk stadium negara time Gillan And The Band..satu mamat depan aku kena pukul ketingnya dengan cotar FRU,meletup bunyinye! Skali dia sound balik kat FRU tu..Brader jangan pukul kaki saya takut nanti tercabut plak kaki kiri saya nih kaki kayu..Heheeee...Jenick Gers main untuk Gillan itu jam...

aku HIV positif said...

singgah baca, best! tq

JAIRO said...

aku tunggu entri bab bajet tu.... teringat masa ke singapore tempohari.. bajet aku mmg sgt tight!!!!

deaf-angel said...

nizam tengok tempat
dod weak ah ko, bukan aku snap la

Anonymous said...

let others know GHD Flat Iron cooking is actually better than me then cheap ghd lose face "Was reaffirmed buy ghd.
so nfl jerseys cheap had to once again shook his head: "no wholesale nfl jerseys think i'llAlso need to stay here nike nfl jerseys.
N0n6z botas ugg baratas
S4b0a ghd nz sale
"Spyder more surprised ghd iv.

Anonymous said...

fJai michael kors purses
pSyf lisseur ghd pas cher
oNhg north face store
5gOgo ugg boots
9gJwb Michael Kors

Anonymous said...

bHvv ghd flat iron
cIts cheap ugg boots uk
bSta michael kors handbags
3gHdj GHD Hair Straightener
9zWbh burberry on sale
5fApa ugg pas cher
4cMbd ghd nz
7jIvz louis vuitton bags
4gFov michael kors outlet
7lDtg cheapest ghd straighteners
8qPas ugg sale
4dGtn nfl jerseys
1oYgv michael kors outlet
5gExy Lisseur GHD
6vVlf discount ugg boots