Saturday, May 26, 2012

boxset kumpulan May 25th Anniversary Discography Limited Edition

It was never an intention, but I realised I blog three consecutive times on the heavy rock band May, starting from their 25th Anniversary concert to their bootleg of the show and now the boxset that was released for their 25th Anniversary. Spectacular hardcover full colour book with more than 110 pages thick with a hard casing with a dvd of interviews and a cd of new songs.





OK ni last kopek la aku blog pasal kumpulan MAY sampai suatu masa lain, anyway dok lagi brapa minggu Maiden nak start Maiden England Tour dan seluruh pelosok dunia punya mata ( if you're an Iron Fuckin Maiden fan that is ) akan bertumpu kat USA untuk baca laporan, dengar bootlegs setiap atau sebahagian dan menganalisa tour Maiden untuk tahun ni. Tiga post berturut2 dah pasal MAY. Tapi kira ok la, dari konsert dorang ke bootleg dorang dan last dorang nye boxset ni.

Ni dia MAY 25th ANNIVERSARY DISCOGRAPHY LIMITED EDITION.
Kira meraikan jubli perak dorang, ngan satu buku hardcover kulit tebal 100% warna warni setebal ( tadi aku cuba kira mukasurat, aku give up so ni tunjuk betapa tebal dan puas hati buku ni ), lebih 110 muka surat.
Ia datang ngan dvd interview 45 minit gitu ngan ahli2 May, cerita2 dorang, dan 2 video klip, dan jugak lagi sekeping CD yaitu CD 25th Anniversary dorang, bersamaan album ke limabelas doranggg...
Dan jugak...dapat cermin mata / kacamata 3D gitu, dan jugak paperbag MAY untuk taruk semua barang2 ni.


Aku tak bedek, aku tak tahu untuk orang lain, tapi untuk aku sendiri, aku susah nak dapatkan benda ni. Aku tahu aku beli dua bila dah jumpa, pasal aku tunjuk kat kawan aku kat tempat kerja dan aku tahu dia belek2 dia pun suka dan untuk harga dia memang berbaloi la.



OK ni buku dia... korang layan gambo je la kan, aku tak boleh nak petik banyak la foto dari buku ni, sikit2 je, korang nak gi la carik buku ni sendiri. Aku rasa banyak duit MAY / Sinar Studio dan sapa2 je la keluarkan untuk buat edisi ni dan semoga dapat sambutan sewajarnya, untuk aku ni boxset memang WORLD.
Tapi real la cerita-ceriti dan segala khazanah dalam buku hardcover ni....menarik la, pasal segala luar dalam kumpulan dan ahli2 MAY, banyak disclosure dari start dorang bergiat sampai terbit buku ni.
















Foto2 dalam buku ni memang world. Aku kagum tengok koleksi foto, dan aku dah cakap 100+++ muka surat kan, so layan. I think this is a treasure for not only Malay rock fans, but for everyone.





k, dvd tadi aku dah cakap sikit kan pasal interview whatever....menarik la, dan informatif.
Ni cd lak, lagu semua best2 tapi Nafas, Hipokrit terutama Hipokrit ni la memang best sangat, dan aku suka ending Pahlawan Mimpi/Tragedi, very melodic guitar.

Of course ada lagu2 slow la kan, aku paling suka Menanti, dan lagu Nostagia tu kira cam campur2 lagu2 slow lama gitu, dan memang best la dengar dan terus terkenang zaman dulu...kira tiap2 lagu dalam lagu tu, aku cuba ingat kat mana aku pertama kali aku dengar lagu tersebut, kat mana aku beli atau pinjam ( hohoho ) kaset-kaset album2 MAY tersebut zaman dulu masa masih sekolah, dan kawan2 aku yang aku tak jumpa lagi bila meninggalkan zaman budak2 atau sekolah dulu, lagu apa yang sapa kawan2 aku, aku siap masih ingat nama lagik, minat.

Starting lagu Nostalgia ialah lagu Dalam Kembara...


So thats about it.....











The autographs is a very nice gesture to complete this fabulous release.
















Thats about it, now... I got to get back to the real world.. till the next time UP THE IRONS!!
.

8 comments:

Anonymous said...

sejujurnya box set kumpulan may ni 2 x lebih best dari kumpulan search 30tahun anniversary dgn mp3nye tu terutama tentang bookletnya setebal 110 ms...aku memang kecewa dgn booklet search 30 tahun anniversary yg tipis sgt.

deaf said...

Mungkin May punye self produced. Buat sendiri tulis sendiri pandai2 sendiri. Dan memang boxset ni aku beli kat singapore, terkejut harga dorang jual. Kalo aku yang letak harga untuk market singapore aku taruk lebih lagik. So pada aku may tak ambik untung la. This is clearly for the fans.

matakucing said...

tak banyak band rock melayu yang ada biography cenggini..so far MAY nyer yang terbaik la

speedrider said...

banyak kali nama aku disebut, jadi aku masuk sini taruk komen


HAMPEH KAT MANA MAY JUAL KAT PENANG NI AKU CARIK TAK JUMPAK JUMPAKKKKKKK!!!!!

faizal abd fathi said...

mana jual ?? kat PD pun tak ada.... Box Set ni lagi best..siap ada History lagi....

dilabangiWORLD said...

Info rock yang sangat baik. Lau aku rockers pasti tempat ni aku terjah (hahhahaha)
Dep**aku nak nihon sabu ni, babay

gayour said...

signature abu paling telus. harhar!

jadi biar la aku SENDIRI

Ijau D. Koceng said...

aku ada jumpa kat speedy video waktu kat kuching aritu, tp waktu tu poket tgh gawat... jd, telan air liur dulu