Thursday, July 12, 2012

Class Acts - kumpulan Gingerbread

Zaman caveman tok kadok dulu, aku ada walkman yang boleh rekod dan ada built in radio.
Zaman tu aku suka dengar progrem lagu permintaan baik omputeh or melayu, pasal lagu best2 pendengar hantar surat mintak suruh DJ putarkan. ( hantar surat ok. Pecah KacaPecah Gelas Dah Baca Harap Balas nye zaman )
So aku akan pasang kaset kosong 90minit. Lagu sedap je aku tekan rekod, sedap je aku tape.
Dan antara lagu kat tape tu ialah " Mat Jiwa Jiwa " oleh Gingerbread. Yang ada Ann Hussein tu. Dengar la ulang2 kat kaset tu aku rakam dari radio, siap ngan suara DJ menyebok. Rakam dari radio ni la selalu jadinye masa tu.

Lawak dan best lagu ni, dah berdozen dozen tahun aku masih boleh ingat lirik lagu ni.
" Daun Kesum Tepi Sawah. Jangan Adik Mengundur Diri Sebelum Kita Bernikah ".
Lagu Abang Mat ngah cuba tackle minah ni yang masih setia kat mambang dia.
so selain mat jiwa jiwa, satu lagi lagu Gingerbread yang aku suka sangat ialah lagu inggeris dorang - Roses.

Tak tahu la dulu korang kat sekolah ada budak2 dalam kelas nyanyi
" Roses Are Red, But Not Forever, But Then Violets Are Blue, Some Are Never.. "
Dah berpuluh tahun lagu ni, tapi ni la contoh band melayu yang berjaya bawak lagu English yang evergreen malar segar disukai ramai, aku rasa la sampai skarang radio masih main lagu ni kot.
Sayang nye, aku rasa ramai yang dengar lagu ni, tak tahu pun ni lagu band Melayu dari zaman 80an. Mesti dorang ingat, ni band omputeh.

Lagu ni ada kat kaset/piring hitam Class Acts. Sama ngan Tokyo Square " Within You'll Remain ".
Ala...band ada Linda Elizabeth tu.
Within You'll Remain, sampai skarang pun masih evergreen jugak. Walau ni bukan original Tokyo Square Max Surin, tapi lagu dari Hong Kong, tapi Tokyo Square nye version yang sampai skarang masih world.
Dari lagu ni la aku belajar Wo Ai Ni tu apa makna.




Love the way the cover and backcover looks, and the way the individual each member lineup of Class Acts is named based on the photo.


So digging something out to talk cock on this blog, this is the vinyl, the LP, the record called Class Acts from the label WEA 1985.
Pretty Lies - Gingerbread
No Return - Heritage
Breakaway - Speedway
Silent Talk - Tokyo Square
Loenly When Away From My Love - Zircon Lounge
Guide These Hands - Zircon Lounge
Within You'll Remain - Tokyo Square
Easterner - Heritage
Roses - Gingerbread

The write up on the different bands is interesting.









The lyric sheet is nice.





Camel nye logo.

6 comments:

faizal abd fathi said...

logo band Camel atau rokok?? macam 1st batch BOTB aje kalau tengok luar kulit vinyl...

berteromber said...

Dulu aku ngan abang aku ada berpuluh kaset rakam dari radio ni...yg selalu tak bestnya rakam kat radio ni mesti part intro tak dapat full...kekadang penghujung pun sama...mesti termasuknya suara DJ tu...

lama betul tak dengo "Within You'll Remain"...hampir2 terlupa pulak...fav zaman budak2 ni...terus sekarang jugak cari kat youtube..heheh...

dilabangiWORLD said...

aku jugak peminat Fanatik GINGERBREAD, dep
lagu mat jiwa2 selalu aku spin utk pendengar di ombakfm....
hang nanti mai lah dengaq jam 8.30 aku onair kat ombakfm.com
tapi malam ni aku lewat masuk konti sbb aku nak boke puasa kat luaq na(poce ganti aaa)

WanBeruas said...

..Perasan band Speedway tu ada main kat Apple Jam Disco Ipoh..aku masuk free ikut kawan yang part time waiter kat situ..dorang memang gerek..main lagu Hotel California dan Stop In The Name Of Love (The Hollies)

iaryylr said...

undemewah barang lama tu, Camel...

iaryylr said...

wah barang lama tu, Camel...