Thursday, March 14, 2013

Clive Burr & penyakit Multiple Sclerosis

Clive Burr dah mati. Mati dalam tidur.
Aku sedih lak gitu bila aku tahu dia mati, aku dalam tren. Termenung kejap.
Aku suka kat dekni.. perjalanan hidup dia cam sedih gitu...
Handsome giler, pandai main drum, pernah jadi drummer greatest band in the world ever, then nasib makin tak menyebelahi dia..
gitu la hidup...
tapi dia pun, kuat minum dan takde disiplin, tu la kena buang kerja ngan Maiden dulu




Penyakit Multiple Sclerosis ni boleh kena kat sapa2 pun.
Orang biasa pun kena...sampai kat sapa2 pun la...
Bintang bolasepak yang kita sanjung, pemain water-polo yang paling fit dan sihat pun, dan jugak drummer untuk Iron Maiden tiga album pertama.



Multiple Sclerosis ni, benda paling mudah sikat rambut, semalam kita boleh sikat rambut sendiri, hari ni tak boleh dah, pasal dah tak boleh grip sikat tu...dah makin tak kuat.
Multiple Sclerosis ni, benda paling mudah kutip duit siling yang jatuh bertabur kat lantai, semalam boleh, tiba2 hari ni tak boleh..
Pelan2 gitu....



Clive Burr handsome, paling handsome giler la.... Drummer paling handsome nombor 2 dalam sejarah bagi aku... pasal.... Animal ialah paling handsome haha. Korang tak tahu sapa Animal? Hah...drummer Muppet Show.

Pernah aku pun macam kecewa, bila ada report cakap dia jadi bawak teksi, cam what a waste kan, tapi rata2, kumpulan Iron Maiden sayang dia kot, sampai buat Brixton shows tiga malam untuk kutip duit untuk dia renovate rumah , jadi dia boleh gerak ngan lebih mudah, dan ada duit belanja dan bayar hutang2 dia. Renovate rumah pasal dia kan dah kena berkerusi roda...

Tu la pada aku antara paling best aku minat kumpulan ni...tak lupa kawan. Satu yang aku boleh belajar haha.

Clive Burr pada aku drummer paling terbaik dalam sejarah Iron Maiden,
Nicko McBrain paling maintain, disipilin,boleh harap untuk Maiden... tapi Clive Burr unik,

Ni kalo jadi Maiden England 2013dan kalau Iron Maiden nanti man kat rantau ni.
bila dorang start main Run To The Hills...., bila dorang start main Prisoner...,
atau bila dengar balik first three albums Maiden....
dia takkan dilupa la peminat Maiden.

k, lepas ni dengar Gangland. Ada satu part kat tengah tu aku paling suka...
Ni lagu Clive Burr jugak..tak tahu kat tengah part " once you were glad to be free for a while " tu dia punye ciptaan ke Steve Harris.

ooo

Clive Burr mati sama hari ngan birthday Steve Harris....



9 comments:

Adi Herman said...

Died the same day of Steve Harris birthday? RIP Clive...u will be remembered by fans

Kaboi Tanduk said...

dasat jugak penyakit dia..

metal brain asylum said...

sad day for all metalheads

berteromber said...

"To be so free, it took so long.
It's not journeys' end, it's just begun..." - Total Eclipse

RIP Clive

Rafi said...

Dave Lombardo pun ada sebut pasal Clive burr ni kat fb dia.dia pun minat Clive Burr walau tak pernah berjumpa secara berdepan

Children of the damned,the prisoner..antara lagu best ketika clive jadi drummer IM

WanBeruas said...

alcoholic ramai yang kena penyakit nihh..

faizal abd fathi said...

kebetulan...harijadi Steve Harris.... hari kematian Clive Burr... Up The Irons

Ijau D. Koceng said...

tgk video clip lama2... clive main intro RTTH

alzawawi said...

iron maiden is the best band in upholding the tag 'brothers of metal'. kejayaan dan wang boleh dicari... kehormatan dan persahabatan sukar nak diganti kalau hilang...up the irons