Saturday, June 8, 2013

Cerita dongeng "anak lelaki ketujuh kepada anak lelaki ketujuh" (SSOASS)

Hidup zaman modern ni kita dah kena exposed ngan macam2 cerita buku atau filem atau kartun barat yang menceritakan pertelingkahan antara BAIK dan JAHAT.

Dari Star Wars, Lord Of The Rings, Transformers, Harry Potter.

Satu lagi ialah cerita Anak Lelaki Ketujuh Kepada Anak Lelaki Ketujuh (ssoass) dari Iron Maiden album ketujuh mereka dari tahun 1988 dulu. Satu album, 8 lagu, semua berkaitan riwayat karakter ni dari dilahirkan sampai dia mati. Ini dipanggil "concept album".



Ni semua aku type dari ingatan, rasanya fakta2 tepat la, cuma mungkin banyak info yang tertinggal.
Anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh ni kat sesetengah mitos, ialah seseorang yang punya kuasa untuk melihat dan mengetahui masa depan dan jugak boleh sembuhkan penyakit.
Jadi jalan cerita ni kita boleh bagi jadi LAPAN BAB.

Dalam setiap lapan bab ni digambarkan dan diceritakan dari kaca mata antara tiga pemegang watak di bawah ni... iaitu

- Lucifer (syaitan),
- Anak lelaki ketujuh kepada anak lelaki ketujuh, dan
- narrator (tukang cerita).
Tahun 80an dulu ada satu perempuan kat UK yang namanya tak silap aku Doris Stokes ke apa ntah, (sorry kalau salah), dan dia terkenal sebagai Tukang Tenung Nasib.
Jadi bila dia mati, Steve Harris tak salah aku, menyoal, jika dia betul tahu tenung nasib, adakah dia sendiri boleh tenung nasib diri dia dan tahu dia akan mati?
Jadi tu jam Clairvoyant nye idea dah ada.
Lepas tu Bruce ke sapa ntah, main ngan idea nombor tujuh, pasal ni ialah album ketujuh.
Maka jadilah idea untuk buat concept album ni. Concept album ni ialah jenis album yang ada jalan cerita start sampai abis.

Jadi cerita nye...
Bab 1 Moonchild
Lucifer, Syaitan, Iblis, menjadi tukang cerita bab 1.
Dialah "the bornless one, the fallen angel".
Maka diceritakan Syaitan dapat tahu ada pompuan ni nak melahirkan anak lelaki yang ketujuh yang anak ke lelaki ke ketujuh.
Syaitan nak dapatkan kuasa pengaruh kat anak ni jadi syaitan boleh kuasa dunia gunakan kelebihan anak ni.
Maka bertembung la kejahatan ngan kebaikan (malaikat) untuk tengok sapa dapat mempengaruhi bayi ni.

Bab 2 Infinite Dreams
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh
Budak ni dah besar sikit, tapi dia asyik mimpi je, mimpi dia tu dia hidup mati hidup mati hidup mati gitu.
Lagu dan lirik , Infinite Dreams ni terbaik. Entah apsal dorang tak main lagu ni pasal dorang dah rehearsal sebelum tour tahun lepas start, last minit, dorang drop ganti ngan Afraid To Shoot Strangers, ATSS tak dinafikan lagu best giler, tentang dilema seorang tentera dari negara Barat yang diperintahkan pergi berperang (lagu ni dicpita masa perang teluk pertama awal 90an dulu) tetapi dia tak mau tembak seseorang yang dia tak kenal dan tak tahu pun,) tapi tak kena ngan tema Maiden England. Ni antara misteri jam 12 paling mengecewakan dalam sejarah bila Infinite Dreams tak dimainkan..Tapi melodi ATTS tersangat best boleh kasi orang dewasa nangis haha.

Bab 3 Can I Play With Madness.
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh.
Dia gi jumpa tukang tenung nasib, tukang tenung nasib cakap dia mati nanti akan kena bakar kat api neraka.
Lagu pop single yang paling pop hits la dalam sejarah Maiden aku rasa.

Bab 4 Evil That Men Do
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh.
Dia jatuh cinta ngan anak perempuan Syaitan. Tapi kasih tak kesampaian.
Pada aku lagu ni ialah sebuah lagu cinta, lagu romantik terbaik.

Bab 5 SSOASS
Tukang cerita ialah Narrator
Paling panjang, paling kompleks, Terbaik.
Diceritakan apa yang anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh boleh buat.
Boleh sembuh orang sakit, boleh tahu masa depan...

Bab 6 Prophecy
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh
Dia gi satu kampung ni, dia tahu kampung ni akan kena bencana, kehancuran, tapi orang kampung tu tak percaya apa dia cakap, last2 abis kampung tu ngan penduduk hancur pasal dorang tak mau percayakan apa dia cakap. Suka aku ending lagu ni, accostic terbaik.

Bab 7 Clairvoyant
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh
Dia dah tahu dia nak mati.
Aku suka kalau dengar sejarah lagu ni live Bruce suka rujuk kat Dave Murray main dia punya "pink oboe".
Ni single, cover artwork dia mungkin antara terbaik dan rasanya idea ditiru artis2 lain cam Queen nye cover album album apa ntah.

Bab 8 Only The Good Die Young
Tukang cerita ialah anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh
Dia mati. Yang baik mati awal, yang jahat macam kekal gitu.
Jadi sepintas lalu ingat Jahat dan Kezaliman menang dan kuasai dunia.
Tapi dia dah cakap korang nak buat jahat korang buat la puas2 sehingga lain kali.
Pasal...bab 2 kan dia dah bilang dia akan hidup mati hidup balik..
So kira macam, setan tak menang la, pasal nanti geng baik akan datang balik fight ngan dorang.


Tahun 1988 dulu, hidup masih kira macam katak bawah tempurung la jadi woow factor untuk konsep gini.
Tapi tahun tu jugak Queensryche keluarkan Operation Mindcrime nye konsep album. Terbaik jugak. Gerek abis.
Dan bila Bruce keluar Maiden 1993, antara sebab ialah dia bingit ialah produksi dia dengar demo tape Queensryche Operation Mindcrime, lagi baik kualiti dari ssoass.
Tapi tak kesah la kan, pasal memang konsep dan style pun berbeza, tapi Operation Mindcrime memang terbaik. Tiga kali kot aku beli cd ni - ori, remastered, boxset haha.
Sukaaa sangat aku kat Operation Mindcrime. Tapi yang part 2 tu macam puaka, tak minat langsung.
Balik kat anak lelaki ketujuh dari anak lelaki ketujuh ni,
memang terkejut beruk gembira la bila dengar pasal dengar dulu zaman kaset, pasal ni album progressif, pakai keyboards, tapi terbaik la.

So meh layan gambo....semua foto ni aku ciplak dari internet...
Kebanyakkan foto ialah dari 2013 nye shows yang baru berapa show dimulakan....
Gempak giler...
( This photos I got from all sources in the internet, majority is from the current just started 2013 tour, remainders is from last year).




 
I LOVE THE APPLE inside Eddie!!!! fantastic.
 



This is why everytime I see Maiden, I always stand on the same area... because I cant resist these two gentlemen hahahaha.




But I think I got to try stand on Janick's side on one of the show?, because it is as much FUN!!.....


HMMMMNN!!! Their side have a lot of jumping action haha.

How do I get nearer the stage with all the bigger European fans all jostling... STRESSFUL thinking of it...

Mr Steve Harris.. because of him, I think West Ham United has a number of sympathisers haha.


 
I love this below shot of Lisbon Portugal...
Hmmmnnnn... maybe next time can backpack to Portugal and Spain to see Maiden there.
 
The first 4 shows is interesting because its Bilbao, Lisbon, Madrid, Barcelona...
I think logistically its possible to backpack a few days and squeezed Maiden into the dates as they are close to each other.
Take 5 or 6 days leave, daytime walk thru the cities or travel in buses or planes and sleep, night see Maiden play at different places... I think these places are beautiful and safe too.


thats about it....

.
.
.
.
.

Boleh aku masih hegeh2 ni.....belum apa2 lagi...
.
.
.
.
.

Seven Deadly Sins...
Seven Ways To Win...
Seven Holy Paths To Hell...

AND I HOPE MY TRIP BEGINS...








6 comments:

Ijau D. Koceng said...

1. murray nampak muda dgn pesen rambut baru :)
2. goldtop H dah pasang pickguard? akan ditiru...
3. lagu TETMD (versi ARLO) antara yg membuatkan aku sangkut kat maiden

Rafi said...

nice post..gamba pun lawa2..bila la dapat tengok IM depan mata ni..
btw,bila nak terbang gi Donnington bro?

deaf said...

Maiden Donington last kopek sabtu depan. Pegi nari

Adi Herman said...

tak sabar baca review IM di Donnington oleh bro Deaf. Up The Irons!

berteromber said...

sempat tu nak nyingah Emirates...heheh...

good luck beb!

WanBeruas said...

...Jenick Gers dulu sampai sekarang tetap maintain..Err perut dia daaa...