Monday, September 23, 2013

salam cinta - zoul

Musim raya puasa tahun ni, aku tahu dahbis pun, tapi boleh kira meriah ngan lagu2 melayu baru yang kira boleh masuk la kat telinga aku, baik dari band atau solo.
Aku masih ingat tahun bila dah lama dah, Malex punya second album yang cam EP tu dorang jual sendiri kat Geylang Serai time bulan puasa tahun bila ntah.

Tu hari borak pasal Kraton, metal gitu, so kali ni borak pasal Kembara nye band member Zoul (who is also M Nasir brother) punye solo album.



So.... some quickie things I want to say.
- 11 lagu kat album Zoul - Salam Cinta ni..
- Hidup Segan Mati Tak Mahu ada dua version, album dan radio edit. Ni lagu guitar solos one after another.
- album ni majoriti lagu dan senikata liriks ni Zoul tulis.
- Semua guitars kat setiap lagu pun Zoul tak salah aku kecuali cuma Malex dan Talib main kat lagu Hidup Segan.. tu.

- Artis jemputan such as Olynn Saleh, tak familiar la aku kat female singer ni tapi aku dengar satu brader cakap dia popular kat radio and tv. ok.
- Art Fazil ada, Hamid Black Dog Bone main majoriti bass ni album and lets wish him all the best after whats been happening, Hanafie Warren Unwanted ada, Malex ada, members Al Jawaher pun ada, aku tengok kat credits list tu ada Gendang Sunda percussions being used, etc etc
- Salam Cinta reminds me of Kembara nye style. Alrite lagu. 
Seberang Sana mula2 aku ingat lagu pasal negara jiran ke hapa ke, sekali dengar, tengok lirik, ooo very deep. Reflective song. Seberang Sana mungkin akhirat kot?

- lagu Selekoh nyanyian Zoul dan Art Fadzil. Rausyanfikirish. "Had laju di hadapan hanya 50, yang kau pergi pecut siapa yang suruh? salah pandang terkena tiang, salah belok termasuk longkang..." Best.
- Di Balik Tabir Cinta. Ni lagu Zoul duet ngan Olyn. Sedap lagu ni. Aku suka. Kalau aku dj radio, aku akan mainkan lagu ni.
- Aku Masih Disini dan Damai, so far ni dua lagu aku dengar2 gitu je.

- SITI PAYUNG. Best Giler lagu ni. Aku double cek, konfemkan ni lagu baru, lagu nyanyi lenggok tradisional melayu, lirik pun very melayu traditional, tapi backing vocal melodies dah macam Def Leppard nye harmonies gitu. Ni lagu Hanafie Warren ada, dan kredit taruk vokal latar dua members Al Jawaher.
- Selingan Bicara 6 Tali Besi is accoustic. Aku rasa Zoul by himself aje ni lagu. Sedap.
- Lagu nombor 10 ialah instrumental - Magrib Di Khatulistiwa.
Serious aku fikir, aku fikir dan cuba ingat, cam sapa eh intro lagu ni..
Aku fikir dan fikir, ok korang pernah dengar Dokken "One Night Only" yang dorang main cam duduk 4 orang sebaris gitu, Mick Brown main hand held percussions gitu? Hah!! Ni George Lynch!! haha. Ye la Zoul bukan George Lynch atau tiru George Lynch tapi....tu je la masa Magrib di Khatulistiwa ni start je, otak aku teringat Dokken George Lynch kat live album Dokken tu.




ok dah... aku tangkap ni cd kat kedai Muzika Joo Chiat Complex.
Tak tahu la pulak kat pasaran Malaysia masuk tak album ni, kalau tak masuk, well....

Long live Lagu Melayu yang best dan sentiasa baru dan baru. Lagu lama gerek dan dihargai, tapi asyik borak pasal lagu lama je, kejong la, kira living on past glories je tanpa usaha baru, buat hapa dok.. 
Malays have been making progress in all fields, cam Judas Priest cakap "Onwards We Catapult!!" which summarise many things in life.. Lets support them in all fields, especially when these "orang karyawan, orang seni" come out with these quality stuffs.


next, if I got the time, lets talk about the new one from maman (teacher's pet)






4 comments:

Rafi said...

Dia ni pun sama cam m.nasir gak eh..lagu2 dia suma memang 'art'..haritu pun aku pusing2 kl cari cd kraton pun tak jumpa..maybe belum masuk pasaran malaysia kot

Adi Herman said...

Wow! Tak sabar nak baca review cd Maman Teacher's Pet tu...kalau la dpt dgr lagu2 baru dia tu....

berteromber said...

lama dah tak beli cd melayu...apa yg ko review ni biasanya susah aku nak jumpa kat JB ni...

Dr Rizal said...

Nakkkkk