Friday, March 6, 2009

duka & suka - virus

Virus 12 inci - mint condition(belum bukak lagi). 25 ketul. so ni cerita dia.

(click all photos to enlarge)

aku kalo sempat suka pegi satu kedai rekod kat tanjong pagar (singapore) nengok Maiden stuffs. Walau tak beli tapi best nengok2 pasal tak macam online, sini boleh nilai sendiri tiap2 item dan takde postage. Jadi, masa recce2 tu aku plan budget ler, masuk gaji sikit2 kumpul dapat tangkap satu ke hapa ke.
Tu hari aku gi, aku tanya takkan tinggal dua je? pasal aku ngah recce live+one jepun pressing kat kedai ni, apek kedai cakap "last week, one guy come buy everything Iron Maiden. That two he never buy becos he got".




BUY EVERYTHING??? ( terus masuk lagu Rod Steward - Some guys have all the luck ).
korang bayangkan ler, Koleksi Maiden harga dia lagi tinggi dari band lain, tapi ada jugak peminat kat luar sana, boleh sekali datang beli semua yang peminat lain kumpul satu persatu bertahun2 lamanye.

So masa aku sedih2 tu,- sedih lebih kepada aku takde rekod Maiden nak belek2 kat kedai haha, aku gi jumpa this guy pasal aku nak lp TNOTB Japan pressing dari dia ( takde obi strip nye, TNOTB with obi strip harga tak masuk akal. korang nengok kat ebay, aku rasa ni pasal Total Eclipse kot. )
dia pulak tanya aku dah ada vinyl single 12 inci Virus tak?



Aku cakap aku takde ler, pasal ni memang aku tak pernah nampak kat mana2 kedai. cd single dia dua2 release je about 1996 dulu dah ada kat kedai tapi aku tak pernah nampak yang 12 inch vinyl. Aku tahu Ebay kadang2 jarang2 tu ada ler, tapi harga melambungs. So dia tanya nak tak?

Siak ah... aku dah gigil aku tak tahu apa nak cakap....gigil ooo, ni 12 inci Virus dah depan mata ni...Aku tak mau hampa, sebagai mana aku hampa tiap kali aku nengok harga2 koleksi cd dan piring hitam Maiden kat ebay.




Sekali tu dia cakap dia nak tolak kat aku for 25 ketul je.

Virus 12 inci!!!!!!!! 25 ketul!!!! Mint condition!!!!!!!

Aku tahu, dia tahu aku beli sebagai peminat. Tu pasal kot dia tak tarik harga, dan aku hargai sangat. Easily one of my most happiest grab in the past few years haha.


Aku dah minat Iron Maiden dah masuk 26 tahun dah... tapi, sampai skarang, Maiden nye items masih kasi hati aku dap dup dap dup.


( These are photos of how the Iron Maiden's Virus single vinyl 12 inch poster bag edition looks like. at last...I got it )


Blaze era hahaha.., zaman penuh panik dan low morale untuk aku sebagai peminat. tapi skarang, sapa sangka eh Maiden is bigger than ever and everything is rosy.

7 comments:

Abang Ben said...

tahniah... tak sangka kat singapore banyak benda rare ni eh... jeles... jeles...

matakucing said...

ermmm aku tau kau mesti tersenyum sampai telinga..aku pon pernah rasa situasi cam ko.

berteromber said...

memang aku kagum ahh ngan koleksi ko deaf...terasa macam nak jd kolektor pulak...tapi tak berduit ahh :(

Geng Metal said...

errr ... mcam besh je bunyik tu ... tp kalu gua beli gak koleksi ni, makinanya wa terpaksa kerja malam kat 7-eleven le, tol cam cakap berteromber tu ... hehehe

portdy said...

Saya adalah peminat album era Blaze.

My feveret songs : Virus, Gambler,Look for the Truth, Futureal...

lagu2 best,

maybe kalau Bruce bawak lagi best kot.

:: Cikgu Wiween :: said...

mmg sah fanatik maiden big bro aku sorg nih. gagagag

nanti konsert oasis engko pi x?? huwaaaaaaaaa sedeynya aku x dpt nak pi. napa depa x mai Malaysia? :(

eddie dewanaga said...

can i play with madness...!!

hahaha.. aku punya berangan, satu hari nanti jika aku berduit extra plus plus, aku nak gegar mana2 record stores, aku nak borong semua barang2 Maiden...

aku punya berangan... biol seh!