sampai skarang aku slalu fikir kalo la GG, Ujangs & Lanuns aku tiap2 edisi dari mid 80s sampai late 90s aku tak buang. Tapi waktu tu memang ler, mana aku nak simpan pun. berkotak2. Sapa umur cam aku yang dulu2 kita hobi kumpul majalah2 humour ni, tau ler problem aku cakap ni. kumpul2 bertahun2 last2 buang.
(click to enlarge)
Tapi sebelum aku buang Majalah Gila Gila tarikh 1st October 2001 (no 554), aku koyak dan simpan kulit depan dia pasal pada aku dalam sejarah aku beli GG, aku rasa ni ler cover yang paling tarik minat aku for mixed reasons.
GG edisi 01/10/2001 bila keluar, 1st impression, memang lawak ler kalo baca sekali pintas. Tapi then aku realise, its bad taste.
Karakter yang rupa cam Batman & Captain America ngah bertekak, rupa cam Superman ngah ketuk kepala Spiderman, Incredible Hulk & Rambo lak nengok.
Smua macam salahkan satu sama lain tentang gagal jalankan kerja superhero ngan baik hingga terjadi sesuatu. Dan nengok gambo ni, dan ngan tarikh nye dekat2 dan ngan reference "hari tu", aku rasa tak salah kalo aku agak2 ni berkaitan.
Korang interpret ler sendiri. Ribu kan mati.
Or maybe memang kebetulan je ler. Kadang2 kita cepat melenteng kalo orang lain kutuk atau buat lawak tak sesuai tentang sesuatu yang kita hargai, cam tu hari, satu reporter 'berita hairan' tulis dalam artikel kes suami isteri kahwin muda dan belum bersedia sangat, dia sudah stereotype - describing one problematic husband to be as wearing an Iron Maiden tshirt. Idiotess.
( Anyway besok lusanye, ada satu org melayu ni dah tangkap pencurik, gambo dia masuk sokkabar and YES, he is wearing an Iron Maiden tshirt. Sejuk sikit hati aku haha )
So just sharing..untuk sapa tak pernah nengok atau dah lupa pasal cover ni.
( this is the front cover of the Gila Gila Magazine 1st October 2001 issue ).
5 comments:
dulu masa kecik2 aku pun minat kumpul GG..dari first issue lagi.Kalau tak silap Zainal Buang Hussin yg lukis cover dia. Tapi semuanya dah kena buang. pasal kena makan semut..hehehe..
saudara/kartunis aloy yang lukis cover tu pasal peristiwa 911. kami tidak terlepas pandang peristiwa besar yang mengubah dunia ni. memang superhero kebangaan diorang tak boleh buat apa2 untuk menghalang.
apa lagi gaduh dan salah menyalah sesama sendiri la!
ini adalah salah satu tanggungjawap dan sumbangan kami sebagai kartunis - merakam sejarah melalui karya2 kami. orang boleh melihat dan menikmatinya 50 atau 100 tahun akan datang!
gua pun suka GG ngan Ujang beb,tapi sekarang ni ada 'kureng' sikit la..bab superhero gaduh tu mmg lawak.
gila-gila zaman nostalgia. maksud aku gila-gila dulu la.
Salam...
Aku start baca Gila-Gila taun 1983.
Bapak aku selalu beli - never miss.
Masa tu cartoonist pun old genaration. Paling aku tak buleh lupa siap ada tulisan jawi lagi utk Periwira Mat Gila punya cartoon.
Pas tu page yg paling aku suka "Lipat Lepat". Ada 3 Column. Lipat Colum Kiri, Lipat Colum Kanan... Big picture jadi yang tersirat.
Post a Comment