Thursday, August 26, 2010

tujuh ketul ... untuk kl & sg

Hi semua dimana pun korang berada ,
sesuatu aku nak kongsi sama , pasal aku rasa mungkin ada dari korang mendapati benda ni menarik terutama mereka di kawasan lain.

Resit zakat fitrah for kl and singapore



Hah ko, untuk Singapore nye resit fitrah tahun ni terus print out A4 size..
KL still pakai resit kopun gitu..


Majis Agama Islam Wilayah Perseketuan nye price 7 ketul in RM.
Macam biasa, aku kalo kena baca jawi hancor bocai pasal tak pernah prektis, merangkak beb. Malu tau.



satu orang satu kopun...cam biasa.

Spore nye lak, online sey.. Amil sorang satu pakai laptop. Detailed punye ni kali kalo bayar zakat fitrah.

Untuk Singapura, sama ngan kat negeri Johor la, ada staggered pricing punye.
Spore nye ada 4 seteng (4.50), ngan 7 ketul nye price. U choose.
Sistem komputer gini memang of course bagus la, professional, accurate gitu, tapi the speed is definitely not as quick as sistem senyum dan salam kat amil, duduk, bilang nak berapa orang untuk berapa ketul, koyak resit, kasi duit, baca niat, handshake dari amil, baca doa, salam lagi skali kat amil ucap 'selamat berbuka dan slamat beraya' and off you go.


resit cakap omputeh sey
nanti dia taruk berapa orang kat resit tu..

ye la, kalo macam aku, aku suka lepak2 borak2 ngan amil. amil pun kadang2 boring pe dorang tunggu customer. Boleh? customer? haha. Tapi selalu amil2 geng pakcik2 je la aku berani ajak borak.
Apa pun, sebelum jumpa amil baik cek tshirt dulu tshirt apa.. kang kena jelingan manja kang.


k, zakat fitrah dah setel, tiket bas express untuk raya lak next...Stress beb stress haha.

so tahun ni kita orang nak beraya kat mana eh?

aku rasa tahun ni kita beraya kat ................ rumah steve harris!!


ACAH JE!! :-)

tapi kalo betul...cium tangan beb gua haha. Oppss terover.

Tuesday, August 24, 2010

ulasan merapu lari topik Iron Maiden Final Frontier (edited 25/8 @0640hrs)

edit sikit - nasik tambah kat starblind...

Nota - Aku dah dengar mungkin 20+ kali seluruh album ni, takde skip, mula sampai abis, mula sampai abis, cuma ada pause dan stop je la. 76 minit satu album.
Tapi semua aku dengar sejak 5 , 6 hari ni, dengar dalam bas, dalam mrt, dalam lrt, dalam bas express, jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, tunggu lift, kat bas stop, train stesen, suasana heboh kecoh sentiasa, tak dengar lagik dalam suasana duduk senyap sunyi.





bukan sangat ulasan final frontier (FF) aku..tapi apa aku fikir aku taip je la, sorry kalau berkecamok.

Ampun la bahasa pasar aku hancur bocai.

Bila Iron Maiden keluar album studio baru, ini ialah event paling gemilang dan dinantikan untuk dunia heavy rock dari LA ke Tokyo, dari Perth gi Moscow, dari Gazza gi Istanbul, dari Geylang gi Krabi, dari Bandung gi Mumbai, seluruh eropah, seluruh amerika selatan/tengah/timur, seluruh Asia.. whole world, korang paham la apa aku nak cakap ni.

Kasi 1 juta orang dengar album ni, rata2 ada 1 juta pendapat berbeza.
Mana2 dalam internet, baik laman rasmi dan tak rasmi Maiden, laman ulasan muzik, blog, mana2 saje la, belum campur majalah2, korang boleh baca sendiri seribu satu macam penilaian. Dari sangat positif sampai yang unsur negatif.

( cuma debat dalam discussion board rasmi Maiden menakutkan aku ngan cara sesetengah berpendapat pasal setiap aspek album FF ni. )



the tin limited edition


Walau yang positif nampaknye jauh lebih banyak, untuk peminat hardcore Maiden, dorang takkan ambik kisah pasal ulasan ni semua. Maiden tetap ada jumlah penjualan album original minima yang guranteed akan dibeli peminat mereka sedunia cuma tak dinafikan ulasan positif akan tarik minat yang lain.


Tapi ni masing2 punye selera ye tak?

Untuk aku..
Kalo sekarang, aku kena buang semua koleksi Maiden aku dan aku cuma boleh simpan satu cd aje -
Aku akan pilih Final Frontier. Pasal... semua lagu gerek sey dan 76 minit panjang.
Lagipun 14 album studio lain, ngan bsides dorang, semua aku dah SERAP dalam jiwa aku ewah.

Macam ramai dari korang budak2 melayu yang membesar macam aku zaman kita sekolah rendah kita dah diexpose ngan muzik heavy rock gini, aku dah dengar Maiden dah 27 tahun lebih, (lebih 2/3 dari hidup aku) mungkin aku ada giler sikit pasal dorang dari aku sekolah rendah dulu,

secara peribadi aku bahagi era Maiden cam gini
i. Dianno Years - Self Title & Killers ( 1980-81 )
ii. Classic line up - The Number Of The Beast sampai Seventh Son Of A Seventh Son ( 1982-1988 )
iii. Uncertain Years - No Prayer For The Dying sampai Fear Of The Dark ( 1990-1994 )
iv. Blaze Years - X Factor sampai Virtual XI ( 1995-1999 )
v. Ultimate & Best line - Brave New World (BNW)sampai skarang ( 1999-skarang )

Mungkin aku ada buat perbandingan macam "Bukan ke best kalo era sipolan ini hebat macam era sipolan itu", tapi at end of the day, nasik beryani kat lain2 kedai kegemaran aku semua sedap, walau rasa lain2, yang penting semua sentiasa pakai beras kualiti baik basmathi dan daging kambing dan dimasak tukang masak terror. ( Steve Harris & Dave Murray is the common factor ).

Buat banding era no v.
BNW ( 2000 ) - Album paling Maiden macam yang kita kenal la, paling 'play-safe' pasal semua lagu style Maiden yang kita kenal. Lagipun 4 lagu ialah belen VXI nye zaman.
Dance Of Death ( 2003 ) - Ada lagu2 paling best giler baik yang pendek - Montsegur dan panjang2 - DOD ngan Paschendale, tapi ada lagu yang kurenggg jugak untuk aku. Tak konsisten sangat.
AMOLAD ( 2006 ) - Bila mula2 dengar, Aku nilai ni album paling best paling hebat paling buat hati aku bergelora sejak SSOASS ( 1988 ), rata2 orang guna perkataan progresif untuk ni album. Maiden suka giler sampai bila live, main ni album mula sampai habis tiap2 lagu.
FF ( 2010 ) - Banding satu lagu ngan satu antara FF ngan AMOLAD, aku bleh agak FF menang 8-2 atau 7-3.
Jadi adakah FF ni aku nye feberet album? Mungkin pasal Maiden sumbat 70++ minit lagu gerek2 berbanding era ii. yang album 50++ minit macam Powerslave , Somewhere In Time dan SSSOASS.



Untuk mereka yang masih harap Maiden era 80an, aku heran benar.
Tak payah nak bandingkan ngan Powerslave ke, Piece Of Mind ataupun self-titled sekalipun..pasal tu semua didalam satu zaman yang lain.
Kenangan manis yang kita masih boleh enjoy bila2 masa cuma main je lagu2 tu dalam koleksi kita.Zaman Maiden yang takkan diulang kecuali kalau Maiden buat History Tour.
Dan Maiden buat History Tour, salah satu fungsi utama ialah untuk tunjuk orang2 yang baru nak kenal Maiden, terutama budak budak, apa tu Iron Maiden.

Cakap pasal budak2..
Korang kat rumah... tak bahagia ke, didengar sendiri Brave New World dan cakap " Nomad best la" :-)
Best thing in the world beb feeling dia bila dengar gini. haha.
Dan budak2 gini satu dunia .., kenal Maiden melalui lagu2 selepas tahun 2000.
Maiden skarang dah punya ramai peminat budak2 sedunia yang mungkin tak hardcore tapi akan melompat bila dengar lagu2 lepas 2000.
Dan budak2 gini kat Amerika yang aku rasa tolong Maiden nak tuju nombor 3 jumlah jualan paling banyak minggu ni kat Amerika. Amerika beb, dorang memang lain sikit taste dorang kalo pasal Maiden ni, stereotaip nye pasaran Amerika nak Maiden main lagu2 fossils dorang aje..
Tengok sendiri Flight 666 tunjuk ramai budak2 kat mana2 tempat pun, menakjubkan pasal Maiden bukan dalam pasaran pop mahupun pasaran AC/DC , Metallica.

Tapi Maiden ni tak goyang ngan syarikat rekod mereka, dorang tak payah jawab ngan sapa2 pun. EMI pun aku rasa happy pasal Maiden dah ada guranteed sales pasal dorang dah ada sejumlah peminat sedunia yang akan terus setia.

Dan Maiden ni Steve Harris yang punye.
Korang tengok Flight 666 dvd tak? Korang rasa masa Kevin Shirley cakap " Maiden is Steve Harris band ". Korang rasa dia cakap tu apa perasaan dia?
Aku tak terkejut kalau perasaan dalam hati dia cakap " kalau Steve Harris kasi aku full control buat rakaman2 ni, aku boleh buat Maiden studio albums lagi gerek ", tapi...Steve Harris ni diktator kuku besi. Ini dia punye vision.
Tu pasal aku takut sangat H akan keluar lagi sekali kalau dia tak puas hati ngan produksi dan kualiti album ni kalau ikut selera si H ni. Tapi aku rasa H takkan nye, dia menyesal dulu keluar Maiden, dia takkan buat silap sama lagik.
" There's only one em and thats fuck em " - Steve Harris.
Tapi vision dia yang setia ni la yang buat Maiden band paling special dalam banyak hati peminat.






ok, ni rating aku...dan apa aku fikir pasal tiap lagu.

1. Satelitte 15..Final Frontier 10/10
Pasal apa 10/10. Pasal intro paling terkejut beruk aku pernah dengar dari Maiden. Mula2 dengar, aku memang tunggu bunyik monyet keluar macam kaset Aerosmith Get A Grip tu, apa tu lagu Eat The Rich kan.
Fantastic intro, pasal angkasawan ni dah ada yang tersilap dan dia akan mati (tuju arah matahari) kalo HQ dia tak buat sesuatu.
Terus masuk lagu Final Frontier.
Pop song abis.. Aku suka. Angkasawan tu nak mati dah dia teringat keluarga dia..
Ni lagu kalo live ( dan aku harap sangat aku dapat tengok ) akan buat semua senyum muka berseri2 dan nyanyi sama2.
Apsal aku dengar solo ni aku teringat solo Trooper? H and Dave just like old times kot hehe.
Dan ni satu contoh terbaru kenapa live, aku nak diri Dave Murray side lagik sekali. Exciting giler.

2. El Dorado - 9/10
Cerita raja kat Peru ke Amazon sana kot? dia angkut semua emas dia dia terjun dalam air ke hapa ntah, sampai jadi lost city of gold gitu legend dia.
Tapi Maiden transform jadi lagu bercorak masalah sosial hari pasal penipu gunakan sesuatu tarikan yang tak wujud untuk perkenakan mangsa.
Kalau ni kat album AMOLAD, DOD atau BNW, aku akan kasi lagu ni 9.5/10 tapi pasal banyak sangat lagu best kat FF ni, aku kena potong lagi sikit lagi markah.
Bila dengar bootlegs live lagu ni, lagu ni ubah jadi lagi kecoh dari studio version.

3. Mother Of Mercy - 9/10
Lagi satu kalo kat album AMOLAD aku dah kasi 9.5/10, dan patut lagu ni ganti Out Of The Shadow yang pada aku the weak link dalam AMOLAD.
Pasal askar kat medan peperangan, ngan huru hara keliling dia, mula2 dia ingat dia hero buat sesuatu yang bagus, tapi pelan2 dia ada tanda tanya.




4. Coming Home - 10/10
Apsal 10/10. Lirik mesti Bruce. Juruterbang gi sana gi sini dan akhirnye dia nak mendarat kat Albion. Albion ni nama asli bagi kepulauan Great Britain kalo tak salah aku.
Lagu paling ROMANTIK GILER. Serious aku cakap, lagu sangat istimewa. Nak2 kalo aku ganti Thunderbird tu ngan Bus Express. Hehehe.
Gitar solo dia stim eh. Dave kemudian H. Mintak2 ni lagu masuk live setlist.
Lagu ni jenis kasi mata berair beb.


5. The Alchemist - 10/10
Apsal 10/10. Janick Gers nye lagu, bukti kepentingan Janick kat dalam band ini dan paling penting aku rasa liriks Bruce. Ni lagi satu lagu kena main live.
Lagu rock laju dari Maiden yang aku paling suka giler sejak dah lama giler la, sejak..sejak....mungkin zaman FOTD dulu ngan Be Quick Or Be Dead atau Judas Be My Guide gitu. Boleh? haha.
Lagu pasal manusia2 yang cuba buktikan bahawa mereka boleh dapatkan emas tulen dari campuran2 besi.

Serious bebual, lima lagu pertama semua dah kira aku boleh anggap lagu2 tahap best dah.
TETAPI....>> Lima Lagu lagi, no 6 sampai 10..
SPECTACULAR BEB.. Lagi baik dari lagu 1 sampai 5.


6. Isle Of Avalon - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++. H pandai buat lagu untuk Maiden la.
Bila aku first time dengar lagu ni, aku teringat perkataan PSYCHEDELIC. Lagu ni kalo buat live, nanti stage lights tu pusing2 warna pink, oren, hijau muda. Lepas tu masa H nye solo tu, terus ada lampu2 tunjuk bunga2 mekar kucup mekar kucup.
Seriously, aku rasa ni lagu paling mengejutkan aku dalam album ni... terutama H nye solo.
Maiden dalam progressif paling extreme dorang. Isle Of Avalon ni nama tempat kat England jugak dan tempat King Arthur dan cerita2 Excalibur tu semua. Sorry lirik si Steve Harris sangat peningkan aku jugak.
Aku harap lagu ni main live, tapi rasa2 nye macam tidak. Lets wait and see.

Aku perasan lirik panjang2 dan komplikated kat album ni. Respek kat Bruce haha.


7. Starblind - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++? Smith/Harris/Dickinson nye kombinasi tulis lagu memang hebat dari zaman 80an sampai skarang. Ni lirik fantasi komplikated abis. Bruce tulis kot.
Korang tahu part bila masuk
- Take my eyes for what I've seen
I will give my sight to you
You are free to choose whatever
Life to live or life to lose..
Aku rasa bertuah sangat pasal aku jadi peminat Maiden.. cantik...lawa...infinite dreams..hehe.
Anyway, Nicko kat lagu ni...hehehe..I like.
Ooo pleasse make this a live song. Jazzy and groovy. Syok. Goyang2 bahu nye lagu.


8. Talisman - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++? Janick aku rasa buat lagu, Steve Harris tukang lirik dia.
TANGKAL! huhu.
Cerita pasal lari dari bencana kat sebuah negeri ni guna kapal laut, mula2 gembira dapat lepaskan diri, dapat peluang carik kehidupan baru, kejayaan...
bencana tengah laut, ombak, taufan, kebuluran....
Jumpa tanah yang menjanjikan kejayaaan.. tapi tak sempat nak merasa ni semua...pasal kena sakit.
Lagu paling best untuk aku, dan aku harap benar ni lagu main live. Memang lagu yang dibuat untuk main live.
Cerita lagu ni kena ngan lagu ni sendiri, mula pelan2, accoustik sebelom KEBABOOM!. Slow part tu memang gerek.
WESTWARDS THE TIDE!!




9. The Man Who Would Be King - 10/10
Apsal 10/10? Dave Murray jarang cipta lagu, tapi..lagu2 dia semua konfirm menjadi pujaan hati dari zaman Charlotte The Harlot sampai Reincarnation Of Benjamin Brigg dan apa la yang antara ni dua. Judas Be My Guide pun lagu Dave jugak tak salah aku.
Part Gitar Solo dia unik sangat buat aku.
Lirik Steve Harris tulis nye, aku belajar semula perkataan English - Beast Of Burden huhu. Tak mau bunuh orang, tapi kena bunuh jugak, eye for an eye... Dan menghabiskan kehidupan selepas tu ngan buat amal dan nak tebus rasa bersalah.

Aku teringat lagu ni kat cerita sekarang tengah berlaku kat Saudi Arabia, sama jugak, The Good Book says an eye for an eye. Mamat ni kena pukul sampai lumpuh, dia nak orang yang serang dia pun jadi paralyse jugak. Ni memang cerita latest kat Arab. Mahkamah dah arah hospital2 kat Arab smua buat kajian boleh tak operation lumpuhkan manusia kat bahagian sarafnye dibuat.





10. When The Wild Wind Blows 10/10 +++++
Apsal 10/10 +++++
Lagu Maiden yang ada angin tiup kat intro...adalah lagu yang paling istimewa.
Ingat tak korang kat the greatest song Alexander The Great. Hah... ni dia lagi satu lagu sama intro angin woooo...woooo...woooo...
Steve Harris buat sorang lagu ni... Lagu paling tragik pasal karakter dia ada sepasang orang tua. Tapi Romantik jugak pada aku dalam masa yang sama.

Dan kalau ni adalah album studio terakhir Maiden, dan ni adalah lagu terakhir Maiden... Aku rasa smua peminat Maiden takkan ada apa2 rasa terkilan.


In conclusion... This is maybe the best studio album by Maiden ever..

Saturday, August 21, 2010

:-)

nanti senang aku buat review album Final Frontier

Buat waktu ni, biar aku enjoy Maiden terbaru ngan cara ku sendiri....





Bak kata Steve Harris

" theres only one em and thats f*^% em "

dan ni yang jugak buat aku takut H ngan Bruce main giler lagik haha...

Friday, August 20, 2010

mesti ada gambo bubur mesjid tiap tahun..

mesti maintain kena taruk gambo suasana adegan bubur mesjid tiap2 tahun..
ni kali tunjuk tempat collection point masjid kat terminal larkin lak...




makcik tukang distribute lepas smayang asar suruh aku ambik satu, takyah la, saya nak naik bas.

ooo smalam kat tempat kerja, aku buka pun makan bubur mesjid. Kawan aku satu ni pergi ambik kat masjid time tengahari , dia kasi aku sebungkus..
dah sejuk la...tapi alrite la, abis jugak haha.

nice tshirt dan scans of latest kerrang etc..


aku rasalah, event tshirt paling happening untuk tahun ni ialah Transylvania nye event tshirt.

dracula kena stake thru the heart gitu ngan eddie... tapi ada cross kan?
hah, aku dah cakap dulu, ada cross. kang controversy kang haha.

aku tak minat sangat pakai atau kumpul tshirt rock especially maiden,( main reason because mahal la kecuali ada cheap sale ) tapi once in a blue moon ada tshirt rock 'original' yang tarik perhatian aku maybe design dia, exclusiveness dia, harga dia murah so boleh beli atau mahal beratus sampai jadi topik perbincangan atau mungkin pasal aku ada kat tu show, so aku beli la buat kenangan.

so this event tshirt attracts my attention. LAWA GILER KAN?

some info to share.
- Pasal kat Romania sana mungkin taraf kehidupan mereka rendah sikit, harga tshirt ni tak semahal tempat2 lain nye event tshirt. Orang sana untung la kira.
- Kat ebay ada start jual, terus withdrawn pasal agaknye seller dapat 'offer that cannot be refused', $200US kot?
- Dan aku stress Maiden nye Event Tshirt jual kat fanclub tak sama ngan Maiden nye Event Tshirt jual sebelum show. Kalo korang pergi tengok Maiden live, Event tshirt atau tour tshirt jual kat situ ada dates kat blakang. Tu pasal harga tshirt ni semua melambung.

ok, DISCLAIMER - untuk sapa tak sabarrrr nak beli dan baca majalah Classic Rock terbaru dan Kerrang terbaru yang ada artikel pasal Maiden..Atau majalah2 ni tak sampai kat kedai mamak jual majalah tempat korang..
mungkin boleh tengok2 ni dulu hehe..

Terimakasih bebanyak kat mamat2 kat negri omputeh yang tolong scan untuk peminat satu dunia...

Gambo semua lawa2








slamat membaca

Tuesday, August 17, 2010

mesjid tv ( 2010 )



( click all photos to enlarge )


Tu hari aku run some errands kat mesjid tv / Masjid Negara / National Mosque KL atau apa je la korang nak panggil.



So dah terlanjur kat sana, snap2 foto saje suka2. Kul 10 lebih, ramai pelancong, pelawat datang tangkap gambar.



untuk sapa lama tak gi sini or tengok kat tv je...



hope you enjoy the photos.. kalo korang nak gi, naik lrt berenti kat stesen mesjid jamek, jalan pelan2. berenti kat stesen bandaraya pun ok kot.



kat dewan utama cam biasa, only muslims allowed



budak2 ngah belajar mengaji



dah tu je



nak nengok yang ada lain a few gi flickr aku



gambo bawah ni
kat rumah aku test tanya " tahu tak ni foto apa? ", tahu sey... aku ingat mesti tak tahu jawab nye haha.
kalo aku la, orang tunjuk foto ni kat aku, aku mesti otak jam nye hehe.




http://www.flickr.com/photos/46372409@N07/sets/72157624616777915/

Monday, August 16, 2010

Bila Khabar Angin Bertiup

.

.

.



2011-03-12
Singapore - rumoured




adakah ni nak kena bubble lagi sekali? hehe.

Sunday, August 15, 2010

bila angin liar bertiup..

interpretasi Steve Harris,

macammana dua orang, pasangan tua umur dah 60an gitu, tinggal kat kampung, bersiap sedia untuk menghadapi kehancuran mereka yang akan datang. Kehancuran itu ialah peperangan gunakan senjata nuklear.

aku suka si lelaki tu tengok kat cermin, nampak diri dia dah tua, dan dia fikir ada beza ke jika dia akan selamat ke tak letupan bom nuclear nanti, ye la pasal dia pun dah memang dah tua..

cammana dorang laki bini terkenang semua kehidupan mereka, cuma sekarang nak tunggu tu semua pupus..

best kan?

first time aku dengar lagu ni tak la sampai nangis, tapi mata basah tu ada lah... The last time aku dengar lagu Maiden buat pertama kali dan aku nangis.. For The Greater Good Of God, aku kat tepi pantai duduk sorang2 tu jam...
siol je kan aku dengar FTGGOG sampai menangis? but I think thats passion lagipun tempat lak tangkap feeling.

ntah eh,...when the wild wind blows ni lagu terutama intro dia lagi sesuai untuk budak2 kecik dari most of the crap tak senonoh on tv and radio.



this is the complete lyrics.. ( cantik mamat sorang ni scan )




nak dengar gi sini..

http://www.youtube.com/watch?v=PF7s1esAptg


kalo suka beli original...


There are music fans, and there are rock n roll fans, .... and there are Iron Maiden fans :-)

Friday, August 13, 2010

mimpikan kangaroo, boomerang , koala bear dan...

Beberapa hari lepas ni, kalo ada time, aku buat beberapa kajian kat internet, belajar2 pasal tempat kangaroo, boomerang, koala bear, permutations, combinations, kira budget.. yes...kira budget haha.

dari skarang aku ada dalam tujuh bulan untuk menrealistikkan mimpi aku..
dalam tujuh bulan ni apa2 boleh terjadi... tapi tak salah pe aku mimpi dulu.

dan ni la mimpi-mimpi-mimpi aku... .



dan jugak ginilah tulisan aku, cakar ayam...haha.



Dapat pergi ke tak, waktu akan menentukan....aku cuma cuba u$aha...

$o dalam mimpi aku untuk 2011 ni,
be$t ca$e $cenario, tinggalkan beg aku kat lockers airports while aku melastik ke langit city to city with just my s90, handphone and show tickets..
Australia tak humid tak berpeluh sangat?
so I can skip my bath for a longer period haha. Siot je kan? mandi pun tak. huhu, ala..ada la tempat mandi aku rasa airport.
wor$t ca$e $cenario lak...only one city je la.
Really really wor$e ca$e $cenario lak, aku gigit jari..NOOooo!!!!!!haha.
Te..ta...pi...Hidup kena ada priority beb & as much as I love Maiden since I am 11 till skarang tua ni,
tapi a man got to do what a man got to do. Maiden ni takde takpe. aceh ceh ceh.. cam tak percaya lak eh haha.


2008 we were here hehe ( click to enlarge ) still one of the greatest evening in my whole life.

i mean burswood dome, not the photo background, lagipun kita kalah First to barrier lucky draw. Aku masih ingat, aku harap sangat menang lucky draw kita dua dapat chance 'hohohohoho' lagu heaven can wait on stage, siap carik komputer masuk online cek pm, tapi takde rezeki haha.

this time better half aku tak pegi, ( maybe history tour pt II around tahun 2013 is a possibility for my love ones. ). Maiden live is to be shared with love ones. Kadang2 aku baca kat porum, sekali tiga generation pergi tengok Maiden sama2...
Tengok fotos2 crowd... fantastic, ala...kalo korang nengok Flight 666 dvd tu kan Australia nye shows banyak families gitu.
Ntah eh, Maiden shows aku rasa is very safe la, selamat untuk semua orang, I mean their own shows la, macam tengok bola kat stadium, cuma satu stadium support satu team aje cam giler.
The hardcore wont mabuk2, no slam dancing or anything, just pure aggressive upanddown support tanpa usik orang keliling walau pun pack giler macam sadin himpit2.

Cuma kita rata2 pendek kalo banding ngan mat salleh ni, so kena susun strategi mana nak diri..dan being a Maiden fan, boleh agak timings dorang cammana, bleh lepak kat tepi2, tunggu doktor2 nye intro baru get into position.
Kalo tak just go for seats, especially yang tak bleh diri lama, atau yang tak larat nak berasak2...
tapi...5 of the 7 dates will be festivals with many bands which I will not pretend to even like them a bit, unless SLAYER SLAYER SLAYER, so what I say is best reserved for 2013? or maybe kalo wishful thinking.. Malaysia/Singapore shows 2011 before OZ dates.


kertas ku catit kalo aku gi either first 3 shows nye plans..dan locations 1st 3 shows.

kadang2 aku fikir, kalaulah peningkatan taraf kehidupan aku...peningkatan taraf pekerjaan aku, peningkatan taraf pendidikan aku - ambik kursus ke, sijil upgrading ke, fokus kehidupan, fokus tanggungjawab, fokus spiritual, fokus kehidupan selepas mati aku, aku dapat capai walau satu persen aje ( 1% ) dari fokus aku beri untuk all this planning and research for this mimpi mimpi that I have... wouldnt that be great? but well...nak sedapkan hati, maybe this gives my life a balance. This is an avenue, nope, make it a highway, for me to hide away even just for a little while from some things in life.



and speaking of show tickets, which aku harap sangat nak dapatkan tapi aku blum dapatkan.... well... I hope all turn out fine...

Wednesday, August 11, 2010

Puasa - so lets cuci mata aje..

Aloha ~

First sekali, aku nak ucap kat semua Muslimin Muslimat dimana saje korang berada..Malaysia/Singapore/Indonesia/Rest Of The World ( ewah! ) yang baca ni, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bagi tahun ni,
Selamat menjalankan berbagai2 ibadah dan semoga semua benda2 baik yang kita dan love ones kita buat pada bulan ini mendapat ganjaran dari Allah. Amin.
Untuk korang pose tapi kerja kat tempat2 yang rabak giler...its going to be challenging.


ok, skarang layan gambar, Disclaimer, aku not responsible for any side-effect kalo korang nengok gambo2 ni haha.


Seoul Garden, Puchong - best, comfy and affordable...
mula-mula bersih cantik berseri aje...



hah ko, rabak...


nyum nyum nyum, makan la korang dua tiga jam...



ok? ni lak.. rumah je...brocolli, nyum nyum nyum.. sedap wooo




ikan goreng nyum nyum nyum nyum..



ni lak, ayam goreng sambal... nyum nyum nyum , nak2 kalo kena ngan nasik panas2 gitu... woo...




Ni lak, Strawberry Tesco haha.
Sedap tau, teringat aku kat Strawberry kat Bandung, korang gi Kawah Putih tu kan, Strawberry Paradise wooo... best strawberri juice dia. Fresh giler la.




Air... air soursop ni sedap wooo. tak lupa jugak blackcurrant & cranberry ngan dia nye aloe vera nye pulps tu... wooo heaven.




Selamat Berbuka.... yang kat kerja atau ngah dalam bas tu, bukak pose air jarang pun, air jarang la...

Monday, August 9, 2010

mati.. dan very rare 3rd leg sbit program book.

(dua benda nak cakap )

tu hari korang nengok sabtu nye tv3 drama tak? sihir n susuk etc etc , paling chaos part bukak pintu rumah, tapi kat luar tempat lain.. padang pasir gitu..nak keluarkan susuk all that. a lesson for all of us ni drama.

For I have live my life to the full,
I have no regrets..
But I wish I can talk to my family to tell them
one last goodbye.....

ff 17.08.10

apsal aku rasa semacam, reflection sey.. huhu.
tu hari aku turun lubang gi bawah tanah dalam giler 6, 7 tingkat kot?
pakai cat-ladder yang macam hidup segan mati tak mau je aku tengok haha,

aku was like, lermek kalo terlepas jatuh konfem mati sey, lagi brutal kalo terpacak mana2 besi. Kadang2 kita slack, skali2 kena gini wake up call siot.


cammana aku nak explain apa aku tengah fikir eh, dulu2 kita muda2 remaja, cakap pasal mati tu adalah sesuatu glourious, ye la, zaman pantang sapa2 nak pijak wayar kita, unleashed hell.
tapi bila dah tua, kena set good example hahaha. Self-control muahaha. ( ketawa jin ).

ok la, aku tahu maiden tu semua kafir, tapi dorang tetap manusia berakal, aku guna dorang lyrically sebagai reference, steve harris dah cakap dia tak boleh tulis aces high, trooper etc lagik, tu semua dorang muda2 nye cara fikiran...tu jam dorang glorifies death.
tapi ni dah tua, masih lagu pasal mati etc, tapi cara penyampaian tu dah jauh berbeza.. life is fragile gitu..
Ni apa aku rasa la...

Korus Rush Dreamline boleh jadi reference la apa aku nak cakap -
when we are young wondering the face of the earth, wondering what our dreams might be worth, learning that we're only immortal for a limited time.

anyway sapa nak dengar lagu final frontier ngan lirik dia sebelum the whole album keluar minggu depan, klik sini http://www.youtube.com/watch?v=zYhtbBsQqNM
ooohh my goodness...ooohh my goodness...ni baru low quality version tapi bayangkan official release nanti, cuba lak bayangkan live..oooh my goodness....senyuman telinga ke telinga la aku , bayangkan bila masuk gitar break 2nd si dave murray tu konpem ribut abis nye.


dah dah hehe...

nak tunggu FF release, lets cuci mata ngan satu buku progrem yang susah giler aku nak dapatkan.

( click all to enlarge )







Sebab tu aku cakap very rare, untuk aku very rare ialah pasal aku tak boleh jumpa mana2 dari sapa2.
serious bebual, kat ebay pun tak boleh jumpa ni progrem.. sbit progrem lain first two legs and last leg, ( yang postergrams bukan buku ) berlambak yang jenis postergram tu but not this book.




Rabaknye aku pun tak tahu kewujudan buku progrem ni pada mula2nye...
Aku ingat yang postergram dua versi tu je wujud ( aku pernah tampal dulu, dan lagi satu versi Trooper berapi tu )
rupa2nye... Untuk 3rd leg 2008 SBIT tour ( ni yang dorang main Eropah nye stadiums yang termasuk Twikenham tu ), ada this super fabulous tour book.
AKhirnye aku dapat la jugak hehe, kertas dia memang top class...

Quotes dia semua best2..









ooo we were there










last kopek kat blog ni.. tapi nak nengok semua gambar..





Full page by page photos dan nak clear nak baca boleh gi flickr aku kat sini
http://www.flickr.com/photos/46372409@N07/sets/72157624436702793/
or gi multiply aku pung boleh gak..