Tuesday, August 24, 2010

ulasan merapu lari topik Iron Maiden Final Frontier (edited 25/8 @0640hrs)

edit sikit - nasik tambah kat starblind...

Nota - Aku dah dengar mungkin 20+ kali seluruh album ni, takde skip, mula sampai abis, mula sampai abis, cuma ada pause dan stop je la. 76 minit satu album.
Tapi semua aku dengar sejak 5 , 6 hari ni, dengar dalam bas, dalam mrt, dalam lrt, dalam bas express, jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, tunggu lift, kat bas stop, train stesen, suasana heboh kecoh sentiasa, tak dengar lagik dalam suasana duduk senyap sunyi.





bukan sangat ulasan final frontier (FF) aku..tapi apa aku fikir aku taip je la, sorry kalau berkecamok.

Ampun la bahasa pasar aku hancur bocai.

Bila Iron Maiden keluar album studio baru, ini ialah event paling gemilang dan dinantikan untuk dunia heavy rock dari LA ke Tokyo, dari Perth gi Moscow, dari Gazza gi Istanbul, dari Geylang gi Krabi, dari Bandung gi Mumbai, seluruh eropah, seluruh amerika selatan/tengah/timur, seluruh Asia.. whole world, korang paham la apa aku nak cakap ni.

Kasi 1 juta orang dengar album ni, rata2 ada 1 juta pendapat berbeza.
Mana2 dalam internet, baik laman rasmi dan tak rasmi Maiden, laman ulasan muzik, blog, mana2 saje la, belum campur majalah2, korang boleh baca sendiri seribu satu macam penilaian. Dari sangat positif sampai yang unsur negatif.

( cuma debat dalam discussion board rasmi Maiden menakutkan aku ngan cara sesetengah berpendapat pasal setiap aspek album FF ni. )



the tin limited edition


Walau yang positif nampaknye jauh lebih banyak, untuk peminat hardcore Maiden, dorang takkan ambik kisah pasal ulasan ni semua. Maiden tetap ada jumlah penjualan album original minima yang guranteed akan dibeli peminat mereka sedunia cuma tak dinafikan ulasan positif akan tarik minat yang lain.


Tapi ni masing2 punye selera ye tak?

Untuk aku..
Kalo sekarang, aku kena buang semua koleksi Maiden aku dan aku cuma boleh simpan satu cd aje -
Aku akan pilih Final Frontier. Pasal... semua lagu gerek sey dan 76 minit panjang.
Lagipun 14 album studio lain, ngan bsides dorang, semua aku dah SERAP dalam jiwa aku ewah.

Macam ramai dari korang budak2 melayu yang membesar macam aku zaman kita sekolah rendah kita dah diexpose ngan muzik heavy rock gini, aku dah dengar Maiden dah 27 tahun lebih, (lebih 2/3 dari hidup aku) mungkin aku ada giler sikit pasal dorang dari aku sekolah rendah dulu,

secara peribadi aku bahagi era Maiden cam gini
i. Dianno Years - Self Title & Killers ( 1980-81 )
ii. Classic line up - The Number Of The Beast sampai Seventh Son Of A Seventh Son ( 1982-1988 )
iii. Uncertain Years - No Prayer For The Dying sampai Fear Of The Dark ( 1990-1994 )
iv. Blaze Years - X Factor sampai Virtual XI ( 1995-1999 )
v. Ultimate & Best line - Brave New World (BNW)sampai skarang ( 1999-skarang )

Mungkin aku ada buat perbandingan macam "Bukan ke best kalo era sipolan ini hebat macam era sipolan itu", tapi at end of the day, nasik beryani kat lain2 kedai kegemaran aku semua sedap, walau rasa lain2, yang penting semua sentiasa pakai beras kualiti baik basmathi dan daging kambing dan dimasak tukang masak terror. ( Steve Harris & Dave Murray is the common factor ).

Buat banding era no v.
BNW ( 2000 ) - Album paling Maiden macam yang kita kenal la, paling 'play-safe' pasal semua lagu style Maiden yang kita kenal. Lagipun 4 lagu ialah belen VXI nye zaman.
Dance Of Death ( 2003 ) - Ada lagu2 paling best giler baik yang pendek - Montsegur dan panjang2 - DOD ngan Paschendale, tapi ada lagu yang kurenggg jugak untuk aku. Tak konsisten sangat.
AMOLAD ( 2006 ) - Bila mula2 dengar, Aku nilai ni album paling best paling hebat paling buat hati aku bergelora sejak SSOASS ( 1988 ), rata2 orang guna perkataan progresif untuk ni album. Maiden suka giler sampai bila live, main ni album mula sampai habis tiap2 lagu.
FF ( 2010 ) - Banding satu lagu ngan satu antara FF ngan AMOLAD, aku bleh agak FF menang 8-2 atau 7-3.
Jadi adakah FF ni aku nye feberet album? Mungkin pasal Maiden sumbat 70++ minit lagu gerek2 berbanding era ii. yang album 50++ minit macam Powerslave , Somewhere In Time dan SSSOASS.



Untuk mereka yang masih harap Maiden era 80an, aku heran benar.
Tak payah nak bandingkan ngan Powerslave ke, Piece Of Mind ataupun self-titled sekalipun..pasal tu semua didalam satu zaman yang lain.
Kenangan manis yang kita masih boleh enjoy bila2 masa cuma main je lagu2 tu dalam koleksi kita.Zaman Maiden yang takkan diulang kecuali kalau Maiden buat History Tour.
Dan Maiden buat History Tour, salah satu fungsi utama ialah untuk tunjuk orang2 yang baru nak kenal Maiden, terutama budak budak, apa tu Iron Maiden.

Cakap pasal budak2..
Korang kat rumah... tak bahagia ke, didengar sendiri Brave New World dan cakap " Nomad best la" :-)
Best thing in the world beb feeling dia bila dengar gini. haha.
Dan budak2 gini satu dunia .., kenal Maiden melalui lagu2 selepas tahun 2000.
Maiden skarang dah punya ramai peminat budak2 sedunia yang mungkin tak hardcore tapi akan melompat bila dengar lagu2 lepas 2000.
Dan budak2 gini kat Amerika yang aku rasa tolong Maiden nak tuju nombor 3 jumlah jualan paling banyak minggu ni kat Amerika. Amerika beb, dorang memang lain sikit taste dorang kalo pasal Maiden ni, stereotaip nye pasaran Amerika nak Maiden main lagu2 fossils dorang aje..
Tengok sendiri Flight 666 tunjuk ramai budak2 kat mana2 tempat pun, menakjubkan pasal Maiden bukan dalam pasaran pop mahupun pasaran AC/DC , Metallica.

Tapi Maiden ni tak goyang ngan syarikat rekod mereka, dorang tak payah jawab ngan sapa2 pun. EMI pun aku rasa happy pasal Maiden dah ada guranteed sales pasal dorang dah ada sejumlah peminat sedunia yang akan terus setia.

Dan Maiden ni Steve Harris yang punye.
Korang tengok Flight 666 dvd tak? Korang rasa masa Kevin Shirley cakap " Maiden is Steve Harris band ". Korang rasa dia cakap tu apa perasaan dia?
Aku tak terkejut kalau perasaan dalam hati dia cakap " kalau Steve Harris kasi aku full control buat rakaman2 ni, aku boleh buat Maiden studio albums lagi gerek ", tapi...Steve Harris ni diktator kuku besi. Ini dia punye vision.
Tu pasal aku takut sangat H akan keluar lagi sekali kalau dia tak puas hati ngan produksi dan kualiti album ni kalau ikut selera si H ni. Tapi aku rasa H takkan nye, dia menyesal dulu keluar Maiden, dia takkan buat silap sama lagik.
" There's only one em and thats fuck em " - Steve Harris.
Tapi vision dia yang setia ni la yang buat Maiden band paling special dalam banyak hati peminat.






ok, ni rating aku...dan apa aku fikir pasal tiap lagu.

1. Satelitte 15..Final Frontier 10/10
Pasal apa 10/10. Pasal intro paling terkejut beruk aku pernah dengar dari Maiden. Mula2 dengar, aku memang tunggu bunyik monyet keluar macam kaset Aerosmith Get A Grip tu, apa tu lagu Eat The Rich kan.
Fantastic intro, pasal angkasawan ni dah ada yang tersilap dan dia akan mati (tuju arah matahari) kalo HQ dia tak buat sesuatu.
Terus masuk lagu Final Frontier.
Pop song abis.. Aku suka. Angkasawan tu nak mati dah dia teringat keluarga dia..
Ni lagu kalo live ( dan aku harap sangat aku dapat tengok ) akan buat semua senyum muka berseri2 dan nyanyi sama2.
Apsal aku dengar solo ni aku teringat solo Trooper? H and Dave just like old times kot hehe.
Dan ni satu contoh terbaru kenapa live, aku nak diri Dave Murray side lagik sekali. Exciting giler.

2. El Dorado - 9/10
Cerita raja kat Peru ke Amazon sana kot? dia angkut semua emas dia dia terjun dalam air ke hapa ntah, sampai jadi lost city of gold gitu legend dia.
Tapi Maiden transform jadi lagu bercorak masalah sosial hari pasal penipu gunakan sesuatu tarikan yang tak wujud untuk perkenakan mangsa.
Kalau ni kat album AMOLAD, DOD atau BNW, aku akan kasi lagu ni 9.5/10 tapi pasal banyak sangat lagu best kat FF ni, aku kena potong lagi sikit lagi markah.
Bila dengar bootlegs live lagu ni, lagu ni ubah jadi lagi kecoh dari studio version.

3. Mother Of Mercy - 9/10
Lagi satu kalo kat album AMOLAD aku dah kasi 9.5/10, dan patut lagu ni ganti Out Of The Shadow yang pada aku the weak link dalam AMOLAD.
Pasal askar kat medan peperangan, ngan huru hara keliling dia, mula2 dia ingat dia hero buat sesuatu yang bagus, tapi pelan2 dia ada tanda tanya.




4. Coming Home - 10/10
Apsal 10/10. Lirik mesti Bruce. Juruterbang gi sana gi sini dan akhirnye dia nak mendarat kat Albion. Albion ni nama asli bagi kepulauan Great Britain kalo tak salah aku.
Lagu paling ROMANTIK GILER. Serious aku cakap, lagu sangat istimewa. Nak2 kalo aku ganti Thunderbird tu ngan Bus Express. Hehehe.
Gitar solo dia stim eh. Dave kemudian H. Mintak2 ni lagu masuk live setlist.
Lagu ni jenis kasi mata berair beb.


5. The Alchemist - 10/10
Apsal 10/10. Janick Gers nye lagu, bukti kepentingan Janick kat dalam band ini dan paling penting aku rasa liriks Bruce. Ni lagi satu lagu kena main live.
Lagu rock laju dari Maiden yang aku paling suka giler sejak dah lama giler la, sejak..sejak....mungkin zaman FOTD dulu ngan Be Quick Or Be Dead atau Judas Be My Guide gitu. Boleh? haha.
Lagu pasal manusia2 yang cuba buktikan bahawa mereka boleh dapatkan emas tulen dari campuran2 besi.

Serious bebual, lima lagu pertama semua dah kira aku boleh anggap lagu2 tahap best dah.
TETAPI....>> Lima Lagu lagi, no 6 sampai 10..
SPECTACULAR BEB.. Lagi baik dari lagu 1 sampai 5.


6. Isle Of Avalon - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++. H pandai buat lagu untuk Maiden la.
Bila aku first time dengar lagu ni, aku teringat perkataan PSYCHEDELIC. Lagu ni kalo buat live, nanti stage lights tu pusing2 warna pink, oren, hijau muda. Lepas tu masa H nye solo tu, terus ada lampu2 tunjuk bunga2 mekar kucup mekar kucup.
Seriously, aku rasa ni lagu paling mengejutkan aku dalam album ni... terutama H nye solo.
Maiden dalam progressif paling extreme dorang. Isle Of Avalon ni nama tempat kat England jugak dan tempat King Arthur dan cerita2 Excalibur tu semua. Sorry lirik si Steve Harris sangat peningkan aku jugak.
Aku harap lagu ni main live, tapi rasa2 nye macam tidak. Lets wait and see.

Aku perasan lirik panjang2 dan komplikated kat album ni. Respek kat Bruce haha.


7. Starblind - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++? Smith/Harris/Dickinson nye kombinasi tulis lagu memang hebat dari zaman 80an sampai skarang. Ni lirik fantasi komplikated abis. Bruce tulis kot.
Korang tahu part bila masuk
- Take my eyes for what I've seen
I will give my sight to you
You are free to choose whatever
Life to live or life to lose..
Aku rasa bertuah sangat pasal aku jadi peminat Maiden.. cantik...lawa...infinite dreams..hehe.
Anyway, Nicko kat lagu ni...hehehe..I like.
Ooo pleasse make this a live song. Jazzy and groovy. Syok. Goyang2 bahu nye lagu.


8. Talisman - 10/10 ++
Apsal 10/10 ++? Janick aku rasa buat lagu, Steve Harris tukang lirik dia.
TANGKAL! huhu.
Cerita pasal lari dari bencana kat sebuah negeri ni guna kapal laut, mula2 gembira dapat lepaskan diri, dapat peluang carik kehidupan baru, kejayaan...
bencana tengah laut, ombak, taufan, kebuluran....
Jumpa tanah yang menjanjikan kejayaaan.. tapi tak sempat nak merasa ni semua...pasal kena sakit.
Lagu paling best untuk aku, dan aku harap benar ni lagu main live. Memang lagu yang dibuat untuk main live.
Cerita lagu ni kena ngan lagu ni sendiri, mula pelan2, accoustik sebelom KEBABOOM!. Slow part tu memang gerek.
WESTWARDS THE TIDE!!




9. The Man Who Would Be King - 10/10
Apsal 10/10? Dave Murray jarang cipta lagu, tapi..lagu2 dia semua konfirm menjadi pujaan hati dari zaman Charlotte The Harlot sampai Reincarnation Of Benjamin Brigg dan apa la yang antara ni dua. Judas Be My Guide pun lagu Dave jugak tak salah aku.
Part Gitar Solo dia unik sangat buat aku.
Lirik Steve Harris tulis nye, aku belajar semula perkataan English - Beast Of Burden huhu. Tak mau bunuh orang, tapi kena bunuh jugak, eye for an eye... Dan menghabiskan kehidupan selepas tu ngan buat amal dan nak tebus rasa bersalah.

Aku teringat lagu ni kat cerita sekarang tengah berlaku kat Saudi Arabia, sama jugak, The Good Book says an eye for an eye. Mamat ni kena pukul sampai lumpuh, dia nak orang yang serang dia pun jadi paralyse jugak. Ni memang cerita latest kat Arab. Mahkamah dah arah hospital2 kat Arab smua buat kajian boleh tak operation lumpuhkan manusia kat bahagian sarafnye dibuat.





10. When The Wild Wind Blows 10/10 +++++
Apsal 10/10 +++++
Lagu Maiden yang ada angin tiup kat intro...adalah lagu yang paling istimewa.
Ingat tak korang kat the greatest song Alexander The Great. Hah... ni dia lagi satu lagu sama intro angin woooo...woooo...woooo...
Steve Harris buat sorang lagu ni... Lagu paling tragik pasal karakter dia ada sepasang orang tua. Tapi Romantik jugak pada aku dalam masa yang sama.

Dan kalau ni adalah album studio terakhir Maiden, dan ni adalah lagu terakhir Maiden... Aku rasa smua peminat Maiden takkan ada apa2 rasa terkilan.


In conclusion... This is maybe the best studio album by Maiden ever..

16 comments:

Abang Ben said...

hahaha... aku memang tunggu ko punya rebiu bro. Aku masih rangka2... ada dah rebiu ada sekerat ada baru tajuk... Aku try to finish mine in 1-2 days.

Ijau D. Koceng said...

"Kalo sekarang, aku kena buang semua koleksi Maiden aku dan aku cuma boleh simpan satu cd aje..."

GILA ka nak buang semua koleksi maiden?! hahaha...

rasanya cuti raya baru aku dpt cari versi biasa cd TFF ni... skrg pun tgh browse ebay utk versi mission edition

Portdy said...

tu dia rebiu yang ditunggu2

maiden kena bagi komisen pada encik deplepp sebab reviu dia buat ramai orang nak gi beli TFF ni!

zan said...

Ko macam apa yang arwah Ijan pernah cakap kat aku dulu..
"walking dictionary of Iron Maiden"..

kalau jerry macguire tu ambassador of kwan, ko dah boleh jadi ambassador of Maiden..

Like!

Kaboi Tanduk said...

nice review!

btw, salam perkenalan. saya pendengar baru Iron Maiden..

berteromber said...

thanks deaf...

ko buat aku semangat nak cari TFF walaupun sampai hari ni kat JB xder lagi...

eddie dewanaga said...

berteromber,
JB memang haram takde, buat sakit ati kalau tanya, diorang bikin muka taufufah, rasa macam lu berbual dengan selipar...

eh, Deaf angkat Mission Edition kat Sg je kann...???

berapa ketul bro...???

deaf_angel said...

hehehe...korang sesekali kasi aku chance la tok selampit.

eddie dragon, tak ni aku pre-order ebay. Nanti kalo aku nampak kat kl/spore/pasar larkin yang ni version aku bilang ko harga dia.


Serious bebual aku rasa tin ni lebih kepada collectible aje..
aku bukan cek pun isi kandungan lain walau ada tu special interview.

Anyway, tin tu cepat kemek kalo tak tahu jaga..
Aku nye dah sompek2 pun haha.

deaf_angel said...

hi kaboi, welcome :-)

Faizal Rahman said...

TQ untuk riview ni, x dgr abis lg album ni

gayour said...

yeah! walaupun kita dah lebih 27 tahun layan maiden tapi gua tak nak tepengaruh dengan rebiu lu. gua kena dengar dulu untuk menilai dan pengesahan. heh!

☆ lieya latif ☆ said...

tu dia.....cikgu rock dah buat ulasan hah.....mane2 yg minat same sure suke bace ulasan nieh.....

rimanilzah said...

spt selalu saya suka lenggok bahasa dlm blog ini. rare. rock uuu.

deaf_angel said...

tunggu review greek version lak :-)

matakucing said...

"hanya jauhari mengenal manikam" dah boleh tukar jadi hanya "deaf" mengenal "IM" hehehe..

Anonymous said...

yup...baru baca review duta IM rantau nie...
aku setuju ngan bro pasal tin edition tu...kandungan extra dia just utk dapatkan access for on9 extra...(kena cucuk komputer and get on9)

btw albu nie dah jadi lagu raya masa aidilfitri bebaru nie...hehehe

ED69