aku mula2 tahu eksiden ni kat berita tv3 semalam, yang dah nak abis tu tiba2 pemberita cakap baru eksiden, ada sedozen orang mati eksiden involve bas kat 223km North South Hiway menuju selatan.
Dalam hati aku cakap " Aik, baru aje aku lalu tadi ", walau opposite side. So dah start imegin what went wrong la.
So dalam otak aku dah fikir, bas apa, bas dari mana gi mana, bas kul brapa, trefik jalanraya banyak ke tak, pasal untuk orang2 yang naik bas express macam aku, timing of bus to and fro different locations, time of day or nite, the day itself, ni semua aku suka ambik kira untuk aku avoid large crowd dan jem, dan biggest nitemare, tiket dahbis.
Terus aku masuk porum, la.... bas Delima Melaka gi KL sudah melambung gi arah lagi satu, then hempap kereta belah sana. Bila aku baca, kul 11 malam, masih ngah keluarkan mayat, aku was like, konpem jem dan sapa balik jb/spore malam tadi konpem semua sangkut, tapi ooo dorang pakai detour ikut jalan dalam. lupa lak aku.
Pagi tadi, aku nak gi kerja, so aku was like, ni dah sampai Bukit Jalil, 1st thing aku nak tengok Delima nye kaunter cammana.
OK je, business as usual... Bukit Jalil pun as usual, no sign of trauma of anykind.
So tadi pagi, masa bas nak sampai 225km mark je kan, dah boleh nampak dah....bukan nampak rangka eksiden,
tapi tepi jalan banyak sampah sarap...bungkusan makanan etc..
ni semua pasal semalam semua dah sangkut pe, no choice.
Kat tempat eksiden itself, punye ramai polis dan pegawai beruniform. So aku was like, errrr berapa banyak investigators ni?
As usual, kat porum etc, pointing fingers dan scapegoats dah konpem ada.
Untuk aku, bedek ah, sapa tak mau cepat2 balik, cepat2 sampai destinasi.
Dan bedek ah, ada sapa2 yang reckless driving untuk sampai destinasi cepat2 sanggup ambik risiko eksiden. dorang reckless driving pasal dorang konfiden dorang boleh handle any situation. tu yang buat eksiden tu.
Macam tadi, aku bingit ngan wak kang ni dua orang, tunggu la kejap bas nak jalan, dorang dah komplen2 apsal bas belum jalan lagik..
so? bukan driver je yang bawak laju, tapi its the pax pun willed the bas to go fast to reach the destination fast. Aku pun macam gitu jugak kadang2.
Macam tu hari, last two months? before raya.
Satu driver (pasal aku kadang2 boring, aku suka borak ngan drebar bas hehe) bukak story kat aku, dia kena suspend, gantung tanpa gaji 4 hari.
Korang tahu apa dia punye mistake?
Dia bawak last bas, jb gi kl. So bas dia , I mean syarikat bas dia, ( aku tak yah la cakap which company ), memang famous for their express and punctuality. Takde berenti2 cuma toilet break aje.
Tapi dia cakap malam tu dia lapar giler, and kalo toilet break tepi jalan pun, mana ada van2 jual2 makanan ringan kat tempat rehat tepi jalan tu.
So dia dah take a risk to masuk Yong Peng so he can have his dinner. Dia cakap aku dia makan 15 minit aje.
Memang la bas lain semua banyak masuk yong peng, tapi bas ni, konpem takkan masuk. Like I say bas ni memang best takde hegeh2.
Pakai otak la, kul 2 pagi, kalo driver lapa, dia masuk yong peng, make a difference of most to most 30 minits.
Kalo bas tu sampai KL pun maybe paling lambat 5am. Still LRT belum jalan pe, bas awam pun belum jalan pe. Kena tido or lepak2 dulu kat luar LRT atau kat tangga stadium bukit jalil sampai tren pertama sampai.
Ada satu pax, terus kompelen, dan driver ni kena suspend 4 hari tanpa gaji.
Kalo eksiden malam tu pasal driver ngah driving dalam kebulur, will u regret not allowing the driver a bit of food?
dan kalo driver ngantuk atau penat, driver berenti kejap, dan korang tak suka apsal driver berenti pasal korang nak cepat sampai, then something happen, nasik dah jadi bubur.
So what I am trying to say is, sometimes, kita willed the driver dalam hati kita untuk laju, laju , laju.
So berapa banyak pax yang suruh driver slow down, yang mungkin berani nak kena maki ngan driver la, tapi kalo takde eksiden, sampai cepat, happy.
Tapi kalo ada eksiden, point finger kat driver.
Aku suka was this porumner dia cakap dia belikan driver dia nescafe ngan redbull everytime naik bas malam. I really like it, maybe aku pun nak kena copycat jugak. Drivers are human being also.
Untuk aku, to prevent this eksidens, black box dah taruk, speed limiter pun aku rasa dah taruk, maybe kasi driver more rest.
apa aku tahu dari drivers bas express ni, kadang2 tengok company, ada company, gaji tetap, schedule memandu semua ada cukup time rest, ada dua drivers..
tapi ada, depends on berapa trips..lagi banyak trips ko buat, lagi banyak gaji dapat.
Siksa beb kalo drivers yang kerja ikut style ni.
Also tailgating, mak ai, dia punye dekat aku seram, at high speed betul2 ikut belakang, seriously kadang2 bas aku naik ikut belakang bontot treler or oil tanker, aku pun nerves, pasal konpem kalo depan jangan cakap e-brake, kalo depan slow down mendadak pun, aku rasa no way bus driver punye reflex action boleh save tu bas dan konpem kalo kena konpem rabak pasal treler semua korang tahu la kuat giler kan body dorang.
tapi cant be denied, memang some bus drivers pun memang road bully especially ngan kereta2, rabak siak kadang2 dorang cocok.
tapi tu ah, sekarang dah berapa dah? 12? tapi apsal porum dah naik sampai 19? ikut aku tengok bas tu aku was like semua abis tau pasal bumbung dah abis dah...and nasib baik kot tak banyak kereta gi arah selatan waktu magrib tu jam?
aku naik bas, biasalah, regular, tak rasa apa2...cuma memang kadang2 kat north south hiway, aku tengok eksiden , kadang2 teruk giler, kereta tercorok bawak treler, etc, aku was like sedih jugak la, tapi aku do get a bit nervous kalo love ones aku naik bas express and especiallly i am not in the bus. So what can I do? usually aku was like belikan dorang advance tikets dan aku pun a bit choosy la the bus they take. I think this is the least I can do.
My heart goes out to all the family members yang meninggal eksiden ni, ye la kot, dah tunggu kat bukit jalil ke , dah tunggu kat rumah ke, atau kawan2 dah tunggu ke, tup2 ni jadi... heartbreaking. Semoga dorang tabah.
Dan kalo travelling tu pasal nak gi carik rezeki ke, atau nak jumpa famili ke, aku rasa tu ngah mati dalam keadaan niat yang baik. So semoga dorang selamat kat akhirat nanti. Amin.