Wednesday, October 13, 2010

Ulasan cd Ministry Of Rock



Intro dulu sikit2.
Waktu Ronnie James Dio hidup tu jam, aku tak ingat dia dah sakit kenser ke belum, cd ni dah keluar, dan lagu pertama Lets Rock, untuk aku ialah Tribute to Ronnie James Dio jugak pasal liriks dia ada sebutan lagu2 yang dinyanyikan Ronnie James Dio macam Catch The Rainbow, Kill The King, Heaven and Hell dan jugak Holydiver walau Holydiver takde dalam lirik sheet cd ni.
Jadi sebelum orang lain sibuk2 nak buat tribute untuk Ronnie James Dio, baik cd atau pun konsert, Ministry Of Rock in their own way dah remind us of Ronnie James Dio dalam lagu dorang waktu tahun lepas ni.


START REVIEW

CD ni dah setahun lebih dah rilis, aku asyik lupa nak cerita, tu hari aku review cd Wet Appetite so lekas2 aku taruk tepi cd ni kalo tak lupa lagik.

Ministry Of Rock ( the band, hehe ) ni, members dia kalo by familiarity, aku rasa Jatt Ali paling dikenali la. Penyanyi dan drummer sebuah band melayu yang antara paling famous dan evergreen, Black Dog Bone.
Tapi masa yang sama, members lain pun ada nama jugak k.



Empat lagu aje. Semua lagu original. Tulisan Jatt dan liriks bini dia tulis.
Semua lagu bahasa Inggeris.
Dan Jatt Ali ni memang pro with good command of English, so dia nyanyi English memang sesuai dan tak dengar janggal dan kekok. Also, ( aku kadang2 baca review orang cakap Jatt ni Ronnie James Dio melayu, mungkin suara dia merdu unik dan maintain sampai sekarang )

Let's Rock - Intro lagu ni dua orang pompuan berbual2. Aku rasa ni la lagu rock pertama aku dengar dua ppm berbual, sebelum ni of course macam Beavis dan Butthead, dan lagik satu Maiden nye Prisoner intro, tapi belum pernah dua ppm berbual so ni first time aku dengar intro cam gini.
Macam aku cakap kat permulaan blog kali ni pasal liriks rujuk kat title2 lagu2 yang ada Ronnie James Dio, dan liriks dia pun rock maintain jugak ngan Rock Will Never Die, brader n sister etc.



Joy - Intro dia very the Indian theme. Sitar sounding gitu. Last aku dengar intro rock cam gini maybe Taste Of India Aerosmith. Lagu ingatkan aku kumpulan Whitesnake. David Coverdale and gang kalo rakam lagu ni, mungkin famous lagu ni. Tapi thats the problem ngan rock melayu especially newer songs, tak ramai orang nak ambik tahu, dan tak ramai orang willing to support by buying the original cd and show tickets.

My Friend - Aku nye favourite. Lagu relak one corner abis.
Reminds me of Wasted Sunset dan jugak Gary Moore slow songs gitu. Very the combination of slow rock and blues gitu. Sedap lagu ni walaupun macam aku cakap, lagu relak one corner sambil termenung tengok tingkap terkenang nasib badan.

Rollercoaster - Last song, rocking.



Aku tak tahu cd ni dijual kat Malaysia tak, pasal aku beli kat Singapore. Aku pernah baca Harian Metro ke hapa ntah interview Jatt dia ada mention pasal buat album ni kot, so tak tahu la.

IN conclusion, untuk korang yang jumpa cd ni, I think its a worthwhile buy, enjoyable music walau 4 lagu aje.
Macam aku cakap sebelum ni, band rock melayu baru dan originals ada, kena support jugak. Lets not forget this while we continue to listen and attend shows from the older bands.




nanti lain kali senang, aku review this another cd melayu baru - Hirman "Kau Cinta" yang semua lagu tulis sendiri oleh the singer.
Bukan rock kedebang! kedeboom! k, more to accoustic stuff tapi , kalo best aku tetap cakap best pasal tu aku beli hehe, ada Art Fadzil main gitar karen kat salah satu track, sua jadi macam Chris Isaac siot, I like.
Nanti la..


6 comments:

berteromber said...

kat radio spore ada main tak lagu dorang ni...tak pernah dengar la...

aku suka kalau Jatt nyanyi lagu2 Deep Purple...terutama era Coverdale...macam ngam gitu suara dia...

zan said...

Pasal support tak support ni subjektif giler aku rasa subjeknya. Kalau promosi bagus dan mudah untuk didapati, aku rasa tak de masalah crowd Malaysian nak support lagu2 atau album2 rock melayu dari Singapura ni.

Masalahnya, album Addy Craddle yang baru ni pun susah nak jumpa kat Malaysia (mungkin ada tapi aku belum jumpa). Sampaikan aku hantar mesej kat inbox fb dia pun, dia suruh beli guna pos. Jadi macamana boleh timbul isu support tak support kalau promosi sendiri dah kantoi?

Dua sen aku..

Abang Ben said...

mati-mati ingat nama band europe.

Portdy said...

material Singapore susah nak dapat kat malaysia hatta kat JB pun.

aku yang minat pelawak/pengacara Suhaimi tu pun dapat dvd "kecoh nak raya" dia sikit punya susah daaa.itupun pirate

tapi dulu-dulu senang sikit. keset craddle dulu senang2 dapat kat Pontian.
"malam ini malam persandingan mu" hahaha aku suka nyanyi ini lagu dulu.

Takilala said...

betul betul, mmg susah nak dpt.

deaf-angel said...

berteromber 90.5fm
ko gi youtube ada brian richmond nye interview and sample lagu

zan.. u r correct but not always.. kalo cd buat sendiri, sometimes kena depend on words of mouth dan kalo suka, no choice beli direct dari artist..

portdy... tu lagu feberet aku , best giler