Tuesday, November 23, 2010

budget? tak pernah masuk Singapore? Naik bas dari arah Johor? terutama untuk yg ikat perut tapi nak tengok Iron Maiden Februari tahun depan

* Updated 7 January 2011 @ 0845hrs - Merchandise n Sistic showtime correction
Updated 23 December 2010 @0750hrs Maiden vs Eagles , scroll all the way down.
* Updated 22/12/10 1230hrs * Photos of how I think the PEN A PEN B etc will looks like
*UPDATED 02/12/10 0130hrs* Confirmed Opening Act - Paling Bawah
*Updated 26/11/10 1130hrs* (paling bawah)
*Updated 26/11/10 1950hrs kat paragraph makanan halal food
& Transportation.


*Updated 23/11/10 0633hrs*
Post ni bukan untuk semua orang
, lebih kepada mereka yang perlu kawal perbelanjaan ngan ketat, more to the public transport users, etc etc baik yang nak gi tengok Maiden ataupun yang mungkin nak holiday atau jalan2 kat Singapore tapi cuba dapatkan tips jimat belanja pun aku rasa relevant jugak..

Ni hanya pendapat aku je... Mungkin boleh pakai atau tak boleh pakai, up to you guys.
So ni post lebih kepada
1) Sapa tak pernah turun Spore atau tak biasa dan budget.
2) public transport terus pergi indoor stadium dari jb
3) untuk yang nak proper overnite , lokasi2 tempat2 berkelompok yang banyak hotel2 jenis 3star atau cheaper dan backpackers lodge dan PRO and CONS tempat2 ni, prostitution etc.
3) lokasi Indoor Stadium ngan tempat2 relevan pada pendapat aku.
4) makan, mesjid, naik bas, naik mrt,( public transport)
5) pergi dan balik terus kalo sempat.
6) kalau tak sempat dan kalo tak mau duk hotel atau backpackers lodge, aku try bagi beberapa solution untuk korang kill the time till the next morning balik jb naik bus first kopek.
7) merchandise tips



disclaimer - Sebelum any Moral Policia nak think otherwise, give me a break. Anggap ni sebagai pelajaran dalam perjalanan. Mungkin ni pun ada info berguna untuk korang.
Untuk yang fikir aku banyak merapu, sorry aku tak sengaja ,aku type main rembat je sebarang apa yang aku ngah fikir. Harap korang endure hehe.

In fact, aku rasa aku buat blog ni, jadi lain kali sapa2 tanya aku pasal nak gi Singapore cara budget, aku suruh dorang baca kat sini, dah senang.

Apa pun - Kita mampu merancang, Hanya Tuhan menentukan. Ingat, failing to plan , is planning to fail.


intro sikit(tak mau baca terus skroll bawah sampai MAP ONE)
Aku rasa 15/2/2011 kat Stadium Tertutup Singapura ialah terkumpulnye bilangan 'hardcore peminat2 rock dan metal' paling gempak dalam sejarah sejak muzik rock mula cocok kaum Melayu dari zaman 70an dulu,

Ni Iron Maiden beb, Cengkih segala Cengkih.
Ramai dari seluruh pelusuk Malaysia yang sanggup berkorban duit dan masa dan sacrifice macam2 untuk pergi konsert ni. I know how it feel guys to sacrifice a lot for something you are passionate about.

Aku tahu, its all mostly duit, nak kena tambang transport lagik, masalah tinggalkan tempat kerja especially sapa kerja yang tak stable, I know all these problems guys, tapi cuba bayangkan, macammana korang baca bila peminat2 dari Nepal, turun dari Gunung2 Himalaya, pergi sampai Bangalore atau Mumbai, dah tu bila balik Nepal dah tau kena buang kerja.. Betapa sacrifice dorang..

Bukan aku nak hasut la, biar kita takde koleksi rock sebesar macam depot bas, tapi at least, kita try nak tengok Iron Maiden. Baru rock.

ok la, aku got a feeling, by 2013 History Tour atau 2015 next album tour, Maiden konpem main kat KL, pasal sooner or later, mesti ada breakthru, tapi takkan kat Singapore pun tak boleh kan? Naik bas express je gi Larkin JB, baca tips aku, korang save banyak duit, standby duit tiket konsert aje.

Atau macamana peminat boleh ikat perut bertahun2 hanya untuk backpack giler babi budget giler satu dunia untuk tengok Maiden kat lain2 negara.. Dan korang tengok dorang nye backpacking iteneary jelajah satu dunia sangat menyeramkan pasal dorang pun normal regular man on the street jugak macam korang dan aku yang nak kena ada priorities dalam hidup tapi... tetap ada ruang untuk Maiden dalam hati.
Aku baru nak plan backpack untuk tiga show Maiden kat Australia tahun depan aku dah tengah stress dah haha.

Atau cammana kat dvd Flight 666, peminat2 Columbia dan lain2 Amerika Selatan, kena tido tepi jalan sampai seminggu ngan makanan dirampas polis, dan nak masuk kena kawal ngan Polis Berkuda yang garang.
Band Melayu, aku pernah dah tido tepi jalan untuk kumpulan Wings, pasal aku miss last bus. Tapi thats nothing la. Maybe untuk Maiden tido tepi jalan berhari2 macam peminat2 Amerika Selatan tu? Maybe tido kat airport la senang hehe.

Berbanding ngan contoh2 ni, Aku rasa setakat Malaysia to Singapore or vice-versa, dont complain. I do it all the time kl-spore weekly or more times weekly by publik transport. And I hate the " Apa class nak naik bas? " cliche. Tu semua crap talk by people who are not what they think they are.

Aku buat topik ni, yang aku akan cuba update semasa ke semasa, dan aku akan cuba buat topik ni macam HIGHLIGHTED atau STICKY gitu..

Peta Lokasi



Aku letak dua peta, pasal aku nak tunjukkan beberapa tempat yang mungkin kritikal especially sapa2 nak overnite atau nak tahu pasal lokasi stesen2 MRT ( train ) dan jugak lokasi kalo korang naik bas SJE masuk dari JB atau lepas tu nak balik JB naik dari Queen St ( Bugis ) atau baru sampai kat Beach Road etc etc.



MAP ONE




- Kita bahagikan cara tengok MAP kepada enam, ATAS KIRI, ATAS KANAN, BAWAH KIRI, BAWAH KANAN, TENGAH ATAS, TENGAH BAWAH
- Dari MAP ONE ni korang nampak ada stesen mrt STADIUM kan? hah, so dont worry janji korang sampai stesen ni, keluar tren, naik eskalator, scan kad korang, ah depan mata!
- Dari MAP ONE ni jugak, kalo korang tengok sebelah BAWAH KIRI,
Korang nampak EW12 BUGIS?
Ah, ni tempat bas SJE yang korang selalu nampak kat JB ( Singapore Johor Express ), dan bas 170 SBST dan Causeway Link ( kaler kuning ) akan habis kat sini.
Aku rasa ramai orang Johor tau la tempat ni.
Jadi kalo korang naik bas sampai habis kat sini... No Problemo. Paling mudah terus naik MRT gi Stadium stesen. ( Naik gi arah Paya Lebar, keluar tren kat Paya Lebar dan tukar ke Circle Line Stadium ). Sistem bas ada, tapi MRT takkan sesat. Tanya je sesapa.
- Situ pun tempat Arab Street jugak la kalo korang jalan sikit je sampai.
Sorry eh, aku sometimes find some people, DEKAT AJE, tapi dorang cakap JAUH. Pasal mungkin dah biasa hidup senang asyik naik kereta sana sini. Tak biasa jalan, Jadi nak jalan sikit pun Complain. Aku rasa post ni tak sesuai untuk jenis orang cam gini.
Arab Street ni ada Masjid Sultan, makanan2 Halal all over the place so no worries ok.

Sama jugak tengok MAP ONE lagi sekali.

Tengok ATAS KIRI, nampak NE7 dan NE8? Little India dan Farrer Park MRT stesen ni.
- Kalau korang google " BACKPACKERS LODGE" atau HOSTEL, ada banyak jugak lokasi kat kawasan antara stesen2NE7 NE8 ni dan jugak stesen BUGIS tadi.
- Kat NE8 tu ada masjid angulia , ada MUSTAFA - Ni 24 jam shopping center 6 tingkat so kalo malam boring, korang gi shopping or hang around kat sini.
- Since Indian influenced area - So makanan Islam tak jadi hal. In fact kat NE7 tu ada pusat penjaja ngan ada makanan2 halal. Tapi dont worry la, area ni 24 jam ada makanan Islam terutama kat Mustafa tu.
- Kat sini jugak ada juga hotel2 berunsur 3Star? Jadi kalo korang nak up sikit duk hotel 3 star. Why not.
- Harus diingat - backlane Desker Road dan Rowell Road tu, aku cakap BACKLANE!! ok? frontal tak nampak apa2 huhu. ( DO NOT WORRY if you bring families here, korang tak akan jump ni corrupt2 punye benda kecuali kalo korang gigih carik!! ) adalah tempat ada bapok2 tak approve dan jugak so-called approved prostitution.
So jangan korang malam2, tiba2 jalan2 lorong2 belakang kena sapa ngan mak nyah.
Anyway, bak kata Austin Powers - Oh Behave!.
Safety wise kul 1 pagi 2 pagi, no problem.... tak semua tiang tu tiang lampu ok? ada tiang cctv semua polis monitor 24 jam pakai remote. Nanti korang tengok sendiri la kalo korang perasan.

- Tempat ni jugak dekat ngan Orchard Road. In fact, aku kalo 4 pagi gitu, dari Mustafa aku shopping atau makan2, aku jalan kaki je gi arah Orchard ( Dhoby Ghaut ) untuk tunggu 1st train start. Again, aku cakap aku atau sapa2 biasa jalan kaki. Apa pun korang kan pelancong, jadi jalan2 tiba2 sampai, tak rasa.


OK Skarang pulak MAP ONE tengok ATAS KANAN.

- Kalo korang carik hotel2 3 star, contoh 'hotel 81' yang banyak hotel2 kat seluruh Singapura, hati2 pasal mungkin ada dari korang yang mungkin tak berapa rasa sesuai ngan tinggal kat hotel dah tu ada sort of a red-light district in the same area if you know what I mean.
So dari geylang lor 6 tu sampai lor 18 tu, memang a bustling , happening place 24 jam.
Makan2, relak2, berbagai2 bangsa, ada masjid2 jugak kat along main road geylang road tu, Masjid Salleh is quite nearby actually, kalo korang nampak menara macam Masjid tu bukan Masjid tapi Jamiyah, satu organasasi Islam kat Lorong 12.
tapi biasalah, kat lorong2 tu ada ramai jugak prostitutes carik makan, memang some so-called approved ones in brothels tapi some unlicensed ones, so maybe some of you guys may feel uncomfortable.

Sorry eh, aku cakap ni semua fact of life ok.

Apa pun, its a bustling , happening place 24 hours especially at night. Tapi tu la kalo korang ambik hotel2 kat sini, memang " walking distance ", korang jalan pelan2 20 minit sampai la indoor stadium terutama kalo dah lepas midnite cooling..

OOO LUPA NAK CAKAP

SINGAPORE NI KECIK GILER!! Betul, memang a tiny red dot, so dont worry pasal distance.

SKARANG Basically aku dah recommend, dua kawasn untuk sapa2 nak backpack/hotel murah2 yang banyak jugak pilihan.

Lagi satu tengok lagi sekali MAP ONE - BAWAH KIRI

Kat situ pun ada jugak pilihan2 backpackers lodge - So korang boleh try sana jugak,tapi terus terang berbual, kadang2, bayar lebih sikit la ambik proper room, atau kalo betul nak, ambik backpackers dorm, tapi pilih yang single room, ada privacy sikit. Pasal mau kang share dorm ramai2 ngan sapa2 tak elok ke, brutal ke, gay ke? hehe.

OK, Masih MAP ONE, Kalau korang yang naik bas dari mana2 kat Malaysia dan korang naik sampai abis, mungkin bas tu akan sampat kat BEACH ROAD.
Hah, kat MAP ONE TENGAH BAWAH, nampak Beach Road? ah situ la, kat situ pun ada masjid, dan jugak pusat Penjaja. Siti Nurhaliza makan tulang kat situ la.

ok jadi dah tiga kawasan kan.. ok lagi satu aku rekemen Geylang Serai, ialah sapa tau korang nak tengok Maiden, dah tu nak gi pasar Geylang Serai beli kain or orang kampung kirim barang or whatever...

Next MAP TWO ( proximity ngan Geylang Serai... )




ok tengok MAP TWO, ATAS KANAN. Hah nampak Paya Lebar MRT?
ok nampak City Plaza? hah dari situ all the way ikut main Road Changi Road tu arah kanan sampai terkeluar peta,

adalah mungkin boleh dinamakan, senang nak carik orang melayu, dan carik makanan2 halal unsur melayu

hah korang nak carik jawa2 style nasik rawan, nasik jenganan, nasik sambal goreng, soto, mee rebus, mee siam, dan apa2 je la...pegi sini la makan.
Aku rasa by then pusat penjaja Haig Road pun dah dibuka semula jadi makin banyak pilihan, tak pun korang gi all the way Pasar Geylang Serai yang warna Purple ada "Photos" tu.

"Malay Village tak payah, buang masa, dah nak roboh pun setahun lagik.

So kat situ nampak Joo Chiat Road kan? Ni semua la korang nak pergi kedai cd Muzika Rekods tu nak carik cd2 melayu ah ni semua kat situ la depan2 ngan Pasar Geylang Serai.
Very convinient and ada banyak jugak hotel 3 star kat situ.
Makan pun senang, mesjid ada a few.
In fact, depan Paya Lebar MRT tu ada mesjid jugak. No problem kat area sini.
Tapi maybe tempat ni a bit makcik2 place \m/
ok next apa aku nak cakap?
Actually so far post aku ni macam a rough guide untuk sapa2 nak masuk Singapore, budget2, abis tu tak duk rumah Sedara mara atau rumah kawan2...

ooo ok, next a rough guide of the more affordable hotel/backpackers prices.
AGAIN, Ni untuk orang budget2 ok... Like I say, orang2 UP tak payah baca ni post.

Untuk korang yang backpacker type sorang2 dan main rembat sebarang tapi tak nak tido kat tepi jalan punye bangku2..actually its safe la, polis spot cek korang pandai2 handle la.
maybe this helps u




Or else korang ambik hotel, macam Hotel 81 ke those 2,3 star hotel, the prices is something like these..
Untuk sapa2 baca ni bukan untuk pergi tengok Iron Maiden, tapi plan nak holiday kat Singapore dan stay kat hotel Singapore, dan tak tidur rumah keluarga, saudara-mara atau kawan2, dan tengah budget atau tengah berjimat pun maybe can use this as a rough guide.

Prices ni lebih kat area macam aku cakap tadi la, area Geylang Serai/ area lorong2 Geylang/ area Serangoon, macam aku type dari mula tadi.



Tapi not to worry Singapore kecik aje, publik transport macam bas dan keretapi gerak cepat adalah efficient dan boleh diharapkan (jugak).
Sekali2 korang naik teksi la, tapi Singapore teksi pakai meter. So chances kurang nak kena tipu unlike certain places.


OK next -

MAKANAN FOOD HALAL FOOD

Fast Food - McDonalds halal, KFC halal, Burger King halal, Long John Silver halal, Pizza Hut halal... lagi apa eh? aku tak ingat la skarang. Delifrance pun halal. Not that bad la actually kalo franchise2 cam gini, korang ada quite a big choice.
ala...nanti korang nampak sendiri ada sijil halal, and dont worry setakat bacon tu semua ialah daging Turkey.

Makanan Melayu - Ah ni sensitif.. ada orang punye teori, food court atau kedai kopi cina, lepas tu kalau cuma satu kedai makan melayu, macammana dorang sort out sudu garfu? cammana kalau tercampor?
ah!! ni aku cakap dulu ok, sorry sapa2 terasa tapi again, ni fact of life.

Paling baik korang gi makan kat food court yang 100% halal macam Banquet, ah ni dekat ngan Bugis MRT tu ada , dia dalam Raffles Hospital.

Lantak la korang nak melantak apa makanan cina ke, hirup sop ke, apa ke, dont worry 100% halal cuma PLEASE CEK CERTIFICATE DULU SEBELUM BELI, ye la aku type ni silap2 orangbaca post ni tahun 2012/2013 tak ke aniaya kalao dunia dah berubah.

Senang, kalo korang was2, tanya dulu, halal ke tak? Kalau korang betul2 jenis was2, jangan beli kalau jawapan dia " NO PORK NO LARD"
Teori dia ialah - No Pork No Lard, fair enough, tapi ada gerenti ke? ni baik korang buat keputusan sendiri. Up to selera dan gerak hati masing2.
Kalo ada sijil halal MUIS, maknanya dah certified dah kena samak/sertu/cuci air tanah or whatever yang korang panggil proses ni kat tempat korang.

korang beli je kat kedai2 yang pelayan dia cina kalau dorang ada sijil halal Majlis Agama Islam Singapura pasal memang tak mengejutkan kalau kedai tu nampak staff semua cina tapi sebenarnye mereka ada sijil halal MUIS, so paling penting korang recce dan survey dan tanya.

Ingat aku cakap SIJIL. BY LAW, KENA TAMPAL SIJIL ORIGINAL NGAN EXPIRY DATES.
Setakat stiker2 warna warni ngan macam2 logo kat tembok2, tak yah bo.

So kata korang pergi kedai kopi, maknanya gerai cina jual western food mesti ada sijil kat cermin dia, sebelah kedai dia cina jual sop sop tulang ke hapa ke pun mesti ada sijil jugak. So be careful, benda2 gini especially kalo ada love ones korang sama..
Aku bukan geng baik tapi benda gini pasal makanan korang nak telan, let me be serious and frank with you guys.

oo ok, kalo setakat 7-11, kata jual pau ke hapa ke, pau ayam ke apa kebenda ke, korang tengok supplier dia halal tak, ah ada dim sum supplier halal. Then biasalah supermarket smua ada halal non halal counters kat some places etc.

Kalau kedai/gerai melayu / Indian Muslim pun, korang tepok dada tanya selera la.
Most to most beli bungkus aje la.
I am writting this pasal, bukan pasal kita kolot ke hapa ke, tapi kalau benda tu terang2 tak elok kita makan, atau kasi love ones kita makan, then kita rembat aje.. I think its unfair to our love ones. Betul tak?
ok lagi apa eh?

Penat wei type, aku langsung takde edit ni , aku main rembat je..


TRANSPORTATION BY BUS EXPRESS FROM ANYWHERE MALAYSIA OR IF YOU ARE AT LARKIN TERMINAL JB OR AT CIQ.


1) Kalau korang naik bas, terus masuk Singapore, chances are the bus akan abis kat Beach Road macam aku cakap kat atas MAP ONE tadi yang TENGAH BAWAH tu.


- macam aku pasal aku regular user, aku try save duit, aku jarang jarang sangat, mungkin setahun pun tak sekali aku bayar tiket bas express kl-spore and vice versa kalau aku travel sorang..
pasal aku boleh jimat mungkin 10RM everytime ngan turun kat Larkin dan masuk spore sendiri pakai bas2 awam.
Lagi aku jimat kalo aku tak naik bas mula kat Spore, pasal aku kena bayar singdollar.
Tapi of course la ni aku cakap kalo aku travel sorang.

2) Kalau korang naik Transnasional dari pantai timur dan terus masuk Singapore, chances are bas abis kat Lavender MAP ONE TENGAH ATAS, kat sini pun ada Hotel 81 dekat jugak, dan memang dekat ngan Lavender MRT.

3) Jarang2 la bas korang naik akan abis kat area lain macam Jurong ke Kovan ke, even Orchard road untuk bas2 express mewah.

4) Kalau korang pilih untuk keluar dari bas express kat Woodlands Immigration ( maknanya korang pilih tak mau naik balik bas express korang, lepas korang chop paspot kat Woodlands ), korang boleh naik bas 170 pergi Kranji MRT dan travel pakai public transport. Details will be similar to below scenarios.

5) Katalah korang, rata2 aku rasa ramai macam gini, korang naik bas dari seluruh Malaysia dan korang naik bas sampai kat Terminal Bas Larkin , Johor Bahru.

Dari Larkin Terminal, ada tiga pilihan naik bas, Aku rasa rata2 korang takde EZ-LINK Card, ni card mudah kalau ada pasal ngan kad ni , korang travel kat Singapore jadi senang, main scan je kalau naik apa2 transport. Tak kesah apa2 operator. Tak macam KL, nak naik LRT tukar monorel ke hapa ke kena tukar2 beli2 lain2 kad pasal lain2 operator.

5a) naik SBST no 170 ( bas putih line purple ), pergi Kranji MRT ialah 1.80RM. Penting korang sediakan duit kecik, note dan coins dalam dua2 currency RM dan Singdollar.

5b) naik Causeway Link ( kaler kuning ), pun sikit lebih kurang la 1.80RM jugak.

5c) naik SJE Singapore Johore Express , 2.50RM. Tapi yang ni special, bas ni akan bawak korang terus pergi Queen Street yang dekat ngan BUGIS MRT yang aku cakap masa MAP ONE kat atas tadi.


Dari Larkin, korang naik sampai CIQ, turun, naik eskalator clear immigresen Msia, turun eskalator, naik balik bas yang korang beli tiket tadi.
Sampai Singapore immigresen, turun bas, naik eskalator clear singapore immigresen, turun balik eskalator, naik semula bas yang korang beli tiket tadi , pastikan bas tu pergi Kranji MRT.

SANGAT MUDAH!! Trust me. Tapi jangan nak naik bas, korang cuma ada note 10 ketul je, pasal bas ni semua one man operator , driver je. So its important korang ada small change all the time, tapi kata kalo korang ramai2 no hal la kalo pakai note 10 ketul ke hapa ke.


Kalau korang terus datang dari arah CIQ, korang clear immigresen dulu baru korang naik bas, pun korang boleh pilih nak naik2 tiga2 bas macam aku sebut tadi, SJE tetap 2.50RM, tapi SBST dan Causeway Link aku rasa 1.40RM aje untuk sampai KRANJI MRT.


So bila dah sampai KRANJI MRT stesen, Korang beli tiket pergi STADIUM stesen. Tak salah aku $2.40 singdollar sorang satu trip kalau korang beli tiket single-trip.
Macam aku cakap tadi, tak payah kesah pasal line MRT semua guna tiket sama tak kesah apa operator.
So dari Kranji MRT, korang naik tren menuju arah Marina Bay, korang ada dua pilihan korang nak berhenti kat BISHAN MRT , tukar Circle Line Pergi Stadium Stesen boleh,
atau korang naik sampai DHOUBY GHAUT tukar Circle Line pergi Stadium pun boleh jugak..


Dah sampai Stadium stesen, keluar je dari gate, korang nampak indoor stadium.


Senang sangat, konpem korang tak sesat.


Aku nak ingatkan kalo korang nak cuba balik JB malam tu jugak lepas show, kira korang gamble Maiden akan habis show about 10.50pm etc , korang baik beli tiket single trip balik Kranji jugak in advance. pasal aku bleh gerenti lepas show, ramai orang yang kat stesen nak beli single trip tiket pasal dorang ada EZ Link Card.

Anyway, Spore nye mrt stesen semua korang pakai self-ticketing machine, bukan beli dari staff kat glass screen macam korang naik Rapid LRT.




Budget giler, tak mau duk hotel tapi nak balik JB first bus the next morning...


ok katalah, lepas show, katalah kul 11 malam, korang pun nak relak2, mungkin korang boleh pergi Mustafa..
which is macam aku cakap tadi bukak 24 jam, so korang boleh shopping2 enam tingkat shopping center ni semua ada, then makan2 kat kedai2 kat situ, then kul 5 lebih standby kat Queens Street untuk tunggu first bus masuk JB. Naik SJE ok aku rasa by 6 bus dah jalan so korang sampai larkin kalo tak jem mungkin paling lambat 8 pagi. Korang boleh naik bas gi destinasi korang.


Public transport maybe by 11.30 dah nak abis dah terutama rail. So kalo lambat maybe korang kena naik teksi. Teksi pakai meter dan ada nite surcharge kalo lepas midnite tapi kalo mata-mata antara korang, tak mahal la.


Takpun korang jalan je la arah Geylang lorong2 yang aku cakap banyak2 hotel tu tapi lagi sekali aku nak cakap " BEHAVE! " haha.


So far aku tak rekemen mana2 hotel / hostel pasal memang banyak hotel2 macam2 star dan budget untuk korang, tapi rata2 its quite expensive.
Korang just google la " hostels in singapore, backpackers lodge in singapore, hotel 81, etc tapi paling penting lokasi macam aku cakap kat map one and two.




OK skarang MERCHANDISE. AKu bukan terror tapi aku boleh agak macam gini, dan ni based on aku nye experience tengok Maiden dan jugak tengok konsert2 kat Singapore.


Aku boleh agak la, tshirt2 Maiden akan bermula price dari $50.


Kalau ada event tshirt, aku tak agak tapi mungkin ada " Maiden Singapore atau Maiden South East Asia " grab pasal memang ada jual offically kat online store tapi kalo beli kat tempat konsert backprint dia lain, backprint dia ada date. Tu yang bezakan value dan kesyokkan dia.


Setakat jersey bola Maiden semua, tak yah la, tu anytime boleh beli online kat official store.


Selalunye band2 lain Merch stand ada kat ruang "tickets holders only" baik kat Fort Canning atau Indoor Stadium, tapi mungkin yang ni Maiden Merch kat luar pasal size Merch dorang memang gedabak.
Korang sediakan duit je la.


KAMERA


ok, ni aku pun sendiri tak tahu nak bawak ke tak, kalo wife aku jadi pergi, aku maybe suruh dia smuggle kan haha.
Pasal tak boleh jangkakan la cammana security kat indoor stadium ni, kadang2 best, kadang2 macam strict semacam.
Aku masih ingat beb, ada satu mamat ni bawak video camera nak masuk Helloween kat Fort Canning, sangkut beb.
Kawan aku nampak dia selitkan kamera video dia tu kat pokok2 luar ForT Canning, aku tak tau ada budak2 lain congkong tak haha.




PEN


Jangan lupa bawak pen, isi white card.




TOILETS

Public toilets Singapore , insyallah bersih, tapi..bawak botol air, mineral water etc, just in case takde paip.




Peta MRT




*Updated 23/11/10 0633hrs*

ED FORCE ONE - KAPALTERBANG PALING CANTIK DALAM DUNIA
- Landing Changi Airport? Seletar?
Terminal berapa? Nampak tak dari viewing area???


* Updated 23/11/10 0913hrs *

Untuk yang bawak kereta lesen plat Malaysia..

Baca ni, straight from the horse's mouth - penguatkuasa jalan Singapore.

http://www.lta.gov.sg/motoring_matters/motoring_guide_overview.htm


*Updated 24/11/10


Korang naik flight landing Changi Airport

Access stesen MRT ialah dari Terminal 2 atau 3, tak salah aku Air Asia main T1 je kot?
So kalo landing T1, no problem, korang naik skytrain gi T2.
Bayar single trip tiket Airport gi Stadium stesen tak salah aku S$2 pasal korang takde EZ Link Card.

Lepas naik tren kat Airport, korang tukar kat Tanah Merah MRT.
Dari Tanah Merah MRT, korang naik train menuju arah Joo Koon.
Naik train ni sampai kat Paya Lebar MRT.
Tukar kat Paya Lebar stesen turun eskalator pegi underground Circle Line.
Naik train pegi Stadium stesen. Dah!
SENANG SANGAT. Aku rasa all in pasal dari airport, mungkin 40 minit kot.


** Updated 26/11/10 kul 11.40am**

TIMING MASUK DAN KUL BERAPA MERCHANDISE STORE BUKAK

kalo korang tengok tiket dia print 8.30pm.
Jadi aku rasa lah, takde opening act, terus Doktor Doktor nye lagu masuk.

Lagipun being a working day kat Singapore ( not a PH kat Spore ), jadi aku rasa gate bukak kul 6.00pm paling awal? Tapi aku really doubt it la.
Tapi remember aku rasa2 konfem ada FTTB. Untuk fan club members Maiden, this is the abbreviation for first to the barrier contest dimana pemenang2 bleh bawak satu partner masuk in advance. Takkan FTTB winner masuk 5.30pm? tak logik kot.

Anyway, aku rasa ada tiga empat completely seperate entry ticket check point jadi harap tak jem.

Whatever it is, aku rasa a lot of Singaporeans smua datang lepas kerja untuk yang kerja ofis... so lepas kul 6.30 petang baru ramai aku rasa kat luar stadium.

Last aku pergi tengok show kat sana sebelum puasa tu hari, lepas Magrib pun lengang jugak pasal ramai dari kerja.



Ok, kalo konsert2 lain kat Fort Canning dan Indoor Stadium, Merchandise store semua kat kawasan Tiket Holders Only.

Tapi aku suspek Maiden mungkin bukak Merch Store kat Carpark atau kat kawasan luas kat luar pasal memang hebat Merch Stand dorang.
So kalo kat luar, I dont know, maybe 3pm? 4pm? or even earlier.

Tapi mungkin jugak, Merchandise Stand Maiden untuk Moscow, Spore, Indon tak bawak banyak barang, majoriti barang banyak2 terus dorang hantar direct gi Australia?
So ni pun possibility.

Jangan jadi macam Malaysia Cup Final tu hari, kul 2 petang jersey Kelantan kat booth luar stadium aku dengar cerita banyak dah sold out masa aku sampai Bukit Jalil naik bas kul 9 malam.


*UPdated 02/12/2010 1.10AM

Ada opening act lak - RISE TO REMAIN

BOOOORRRRRIINGGGGGG!!!!! Aku terus rasa ngantuk sangat..


So timing dah lari ni macam...tiket taruk 8.30pm, LAMC lak cakap 3 hr show...
so maybe
8.30pm-9pm - RTR
9.30pm - 11pm - MAIDEN

Maybe? tapi what a fucking waste of time...


Updated 22/12/10 1230hrs
HOW The audience arrangement may looks like for some of the ticket categories.
MACAMANA mungkin dibahagikan para penonton ikut tiket


Macam kita tahu, ruang berdiri akan lebih besar dari standard konsert lain yang lebih fokus kat seating.

Jadi kan dah ada PEN A dan PEN B dan aku rasa memang luas.






Contoh.. Ini macammana keadaan arrangement waktu aku pergi tengok DEEP PURPLE bulan lima lepas.


Confirm tak macam gini pasal dorang remove semua yang kiri kanan tu punye galleries.. Semua jadi tempat PEN A dan PEN B.
Lagipun stage Iron Maiden confirm is going to be so much WIDER and BIGGER.


This is my position when I see Deep Purple. No money to buy expensive ticket and also seeing them for the 4th?? time. I think so. So not really critical haha.

OK Below is not my photos.
BAWAH NI BUKAN FOTO2 AKU OK. Kane West nye konsert ke hapa ntah.
BELOW IS NOT MY PHOTOS. I FOUND ON THE INTERNET.



Bila diri kat PEN A dan toleh belakang ke PEN B.



Sebelum start kat PEN A , paling belakang.


Aku rasa its going to be something like this tapi aku expect lagi lebar pentas Maiden, also Maiden nanti aku rasa confirm ada jumbo screen kat kiri dan kanan stage jugak.

Masa show. Aku harap ada enough space kat blakang untuk nampak stage clear untuk love ones aku.

UPDATED 23 December 2010 @0750hrs

Just a comparison about Maiden and Eagles standing and seating arrangement.
So Maiden's one is going to be more people standing.



Update 7 / 1/ 2011 @ 0850hrs
Merchandise apa aku tahu akan ada dua section... satu dalam indoor stadium untuk tiket holders dan satu kat luar, maknanye dorang akan bukak stand besar giler kat carpark.
Showtime correction , mungkin korang dapat SMS atau email atau kedua2 skali.
Sistic cakap showtime kul 8pm bukan 8.30pm as printed in their tickets.
to be continued

26 comments:

Dr. Bentara said...

flight punya 101 pulak bro. Ramai juga yang naik flight ni.

☆ lieya latif ☆ said...

fuh....bagus tul entry ko deaf....ye lor, kalo tak pi tgk iron maiden pun at least leh jadikan tips nak pi jalan2 singapore....selame ni dgr cite mulut org jek....ni siap betulis bagai hah....senang nak jadikan tips......sbnrnye tingin nak gi universal studio...hiks!

Portdy said...

gua nak nangis baca post ni

dari fan untuk fans....
dari kekasih untuk kekasih....

very informative (and interesting )

SkiD said...

Best..best!! thank bro...kalau aku tak tengok Iron Maiden pun, jalan2 kat S'pore pun jadi la...lama sungguh aku tak gi S'pore!!

deaf-angel said...

nanti aku try tambah la apa aku fikir sesuai bukan saje untuk korang Maiden fans

tapi jugak sapa tahu lain kali korang bawak love ones ke, rombongan cik kiah ke

Ijau D. Koceng said...

intro best!

tp bab peta dan info umum tu aku xreti lg, sbb baca skali imbas... nntila try digest ayat 1by1

aku turun changi from LCCT on 14th naik AK707 1505-1605hrs, so sapa2 dari LCCT naik flight ni bleh la aku tumpang sekaki "detroit rock city"

Cromirama Elcy said...

wow.. so complete lah deaf..
iron maiden mau serang bulan feb, gua rasa tak sempat kumpul duit ni.. tapi takpa, gua tunggu review dari lu deaf..

berteromber said...

Thanks beb...info berguna untuk org yang dah 14 tahun tak masuk spore mcm aku...

JAIRO said...

thanx for the info.. nanti tunggu update dari ngko....

eddie dewanaga said...

sangat sangat SANGAT berguna..!!!!

long story short, ini info memang helpful.

deaf-angel said...

it is my pleasure..

apa portdy cakap betul.

When it comes to Maiden, suddenly I become extra-ordinary motivated and highly determined :-)

A.I said...

BAGUS GILER KENTANG la kau!!! KAGOM aku wei. isk..gigih kau kasi info ni. gud job pren (^_^)

Ironmat said...

Deaf,
Tabik spring kat lu, sebab sungguh2 berusaha utk bagi informasi berguna pada yg akan turun utk Maiden nyer konsert -

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

bro,

nak tanye ni..nape font2 tu takleh tuka kale2 die?? tengok sbb dah lame tak bukak blog la dah jadi sakai otaknye ni..tlg japs..

thanks

Mya

:: Wiween :: said...

bro! ritu aku plan nak pi singapore dgn member tapi x jd. huwaaaaa

yemzii said...

sg nye tourism board patut kasi kau award dah

LoveShak said...

Oi!! I like this post...sangat2 berguna... boleh digunakan di masa depan... kudos for u bro!

Anonymous said...

The box of the camera includes Camera Body, Rechargeable Li-ion
Battery EN-EL14, Battery Charger MH-24, Audio Video
Cable EG-CP14, USB Cable UC-E6, Eyepiece Cap DK-5, Rubber Eyecup DK-20, Strap AN-DC3, Accessory Shoe Cover BS-1, Body Cap BF-1B, View - NX 2 CD and a User Manual.
A great side pan requires that the camera travel together with
the subject in both X and Y-axis. In order to remove the lens,
depress the lens release button and rotate the lens clockwise.


Also visit my page; d7100

Anonymous said...

Invest the money you saved into some nice accessories. It also shoots 1080p HD video should you feel the need.

Well Canon, hate to say it, but most amateurs don't like to haul around an external flash unit.

Feel free to surf to my weblog ... canon 6d

Anonymous said...

It's unclear from the report, as well, if Google will offer cellular versions of the tablet immediately (last year the company released a wi-fi-only version months before debuting a 3G version). Of course, it isn't just books
that you're going to put on a color e-reader tablet. If there were dual cameras or a rear facing camera you could center things and get accurate photos.

Also visit my weblog ... nexus 7

Anonymous said...

The manufacturer claims if this can improve text entry speeds by 30%. 9 is also razor thin with the same great features as the Galaxy Tab 10. Samsung galaxy has been developed as a star model that is available at best bargain deals.

my web page - samsung galaxy tab 2

Anonymous said...

You can feel the comfort with the noise cancellation technology
that wipes out the disturbing surrounding noises.
Because we're functioning off of absolutely nothing more than pure rumors and speculation, I might be looking at as well much into this and the i - Phone start has been and will carry on to be delayed for simple and extremely evident factors. It is entirely your choice to decide for the deal package that attracts you the most and offer you the maximum while making you invest the least.

Here is my web blog; samsung galaxy s4

Anonymous said...

Stephen Rannazzisi as Kevin Mac - Arthur, a district attorney; league commissioner.

Amongst initial releases will be Nixon and the Twilight movies.
Key issues appear to be with wireless connection going in and out.


My webpage - roku

Anonymous said...

The Build - We know size was listed already as a positive attribute to these cameras, but
it works both ways. The Olympus E-3 contains a two and a half inch LCD screen, which is just a little bit smaller than its competitors, however, this
didn't bother me. No matter how much you pay for something, it's
going to have something about it that you either don't like or don't require.


Feel free to visit my web blog :: canon eos 5d mark iii

Anonymous said...

Only use your AC or Heater if it is absolutely necessary.
This removes mold, dirt, fungi or other debris from entering the home.
You paid a lot of money for the compressor to cool these coils, right.


Here is my page - nest thermostat review

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [1579] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 870 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN DANA GHOIB