Friday, August 5, 2011

skarang ni pagi jumaat so aku nak cerita sikit

ok, pertama sekali aku nak wish semua yang baca ni yang beragama Islam selamat menempuhi bulan Ramadhan ngan mendapat apa2 je la yang baik yang korang mampu kerjakan ikut 'evil dan devine' masing2.
Ada yang aku pergi blog korang ucap selamat berpuasa, ada yang aku tak type kat blog korang, ada yang aku nak type tapi aku tak boleh type ntah apsal ntah for example - blog wan beruas. So korang cek la blog korang, ada kot yang pangkah nick aku kot.

Tu hari aku run satu errand kat satu masjid ni, tak payah cakap la kat masjid mana kat negara Msia atau Spore.
Aku masuk pejabat, pegawai tu yang bertugas pandang aku kejap terus buat bodoh pandang komputer dia.
Aku kasi salam kat pintu la, dia jawab tapi tak pandang aku pandang komputer dia.
So aku pergi kat ngan dia, aku tetap diri.
Dia tengok aku, tak senyum pun, so aku diri je la, tak heran la aku tak dapat duduk pun, so dia then cakap " duduk ".
Then dia pandang komputer lagi, lepas tu dia keluar dari mulut dia " nombor IC ", so aku kasi la, dan segala proses tu dia tak senyum langsung...dan aku rasa,
dia sebagai anak abu lagik, is a horrible disgrace, tapi mungkin kat aku je la dia layan cam gitu kot...biasalah aku pun dressing tshirt jeans selipar je. Aku tak expect layan best tapi basic courtesy, dan aku rasa dia memang fail.
nak tak nak layan dan basically rude and arrogant, dan kira cam siol la perangai...
padahal ngan jubah bagai, ngan logo authority kat jubah dia...

Aku was like, first time dalam hidup aku jumpa pegawai cam gini punya anggek.. tapi takpelah dia pegawai, wa takdebenda. So ok la dia berlagak gitu , obvious rabak punye UNFRIENDLY.

Cuma, dia adalah dalam posisi yang terbaik untuk menunjukkan dan mengiklankan budi bicara seseorang muslim yang sedang bertugas dan berpakaian melambangkan tugasnya dalam bidang keagamaan.

Pada aku rugi besar la perangai cam gitu...

Tapi aku terfikir balik , mungkin kat pintu tu dia dah nampak aku, dia nampak atas kepala aku ada SETAN BESAR kot? ye la, I am not exactly an angel ye tak.

Tapi walaupun dia nampak kat atas kepala aku ada Setan Besar pun, that is not an excuse nak berlagak dan perangai yang piss me off. Tapi aku cubalah cakap lembut dan hormat kat dia sebagai pegawai agama, dah la aku kat kawasan masjid, bulan posa lagik. Lantak dia la nak perangai cam mana cuma RUGI la pada aku dia perangai cam gitu.

So to all, bulan Ramadhan ni, tak yah rabak2 nak lebih2 sombong atau berlagak la, just endure a bit, smile, tolerate, give an example of a proper way to behave in public and at work especially dealing with public, cakap ngan terang dan bukan cara kurang ajar especially terang2 orang tu ialah lebih tua dan jangan anggek. Be Humble and show humility whoever you are.

Aku harap masa aku bayar zakat fitrah kat mana2 masjid di Spore dan KL nanti, aku takkan jumpa perangai pegawai/staff cam gini lagi, tapi aku konfiden dorang mesti gerek pasal aku selalu every year borak2 ngan amil2 zakat fitrah kejap. Ye la dorang pun mesti boring kan duk je kat meja haha

11 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

sabar, sabar... kira ujian poselah tu :)

(sabarkan hati sendiri sbb bagi aku org pejabat agamalah yg sepatutnya tunjukkan cth paling professional dan cantik budi bahasanya)

deaf-angel said...

YES,
you got my point.

Paling kita nak menunjukkan betapa best nye agama Islam kat masyarakat, ialah ngan sikap budi bahasa dan cara kita berbicara ngan orang ramai, terutama kalo kita kerja ada kena mengena customer service.

berteromber said...

beb...amil zakat susah nak jumpa yang sombong...dorang kena pr baik...lagi ramai bayar zakat kat dia lagi banyak dia masyuk...

yang bahagian opis ni yang banyak sombong...ni semua jenis holier-than-thou...

Ijau D. Koceng said...

dia tgh layan chat facebook atau ym tu...

btw, klu dpt snap gambar dia kan bagus :)

Dr. Bentara said...

maafkanlah dia... tapi kadang2 memang kita pun tak tahan. At least, perangai sama levelkan le dengan makam dia tu kan?

lieyalatif said...

tu org kate rambut same itam, tapi ati2 lain.....pelikkan org keje pej agama perangai mcm ni..sepatutnye mane boleh nak pandang org slek n dabel standerd.....

biaq pi die laa...yg penting kite dah tunaikan tanggungjawab kite....

selamat berpuase bro...

speedrider said...

sabar deaf.

selamat berpuasa.

WanBeruas said...

Deaf,gua 1st.day posa dah diuji dengan tegar..Betul2 menguji wa punya kesabaran..

Sori,wa tersilap setting pd blog tu pasal orang tak leh komen.Mujur Dr Ben kasi remind sama gua..hehehehe..

Portdy said...

manusia seperti itu tersangatlah ramai yang telah aku jumpa.Kerek without a cause.

Iaryylr said...

Senyum :) tak rugi ! macamnie senyum :) senyum!, Asal kita bersabar menunaikan kewajipan adalah lebih baik dari bermasam muka menjalankan tanggungjawab he he he!

Izzahra said...

Bukankah tingkahlaku tu mencerminkan keperibadian seseorang...

Rasa kesal ngan apa yg berlaku.Mudah-mudahan dia akan sedar n kita plak banyakkanlah bersabar ngan karenah org2 camtu k.