Wednesday, February 6, 2013

Flybaits - Pusingan Ke 2 ( LP ) youtubeded

( Click all to enlarge )

kenangan lalu lagi... I'll try to upload as much as possible into youtube the piring hitam original versions walaupun ada skip2, some of them quite irritating.
Kalau kat kedai ada jual original nye, of course aku tak buat tapi takde... so I believe everyone deserves to listen, appreciate and treasure these great malay songs from yesteryears, especially versi asli.

tu hari dah cerita pasal piring hitam Flybaits 3, so ni back to the future lagi lama sikit, tahun 1981 ngan piring hitam kedua Flybaits - The Flybaits Pusingan Ke2.

kalau kat Singapura, rasanya Flybaits  zaman tu ngan Black Dog Bone kira famous amos la kot,... Sweet Charity keluar ring sikit pasal dorang rock, tapi cerita2 lagenda aku dengar dari old timers yang tengok ni bands sebelum dorang jadi recording artiste, ni Black Dog Bone zaman National Theater, ( whats the word? ah yes, tiket daun ) was like rock abis. Ntah eh.. aku dengar2 je orang cakap, ntah betul ntah tidak. Memang legend la dengar cerita2 zaman kegemilangan gitu...I listened to the stories in awe.
Lain kali aku nak tengok apa aku boleh buat ngan BDB vinyls yang aku ada, .

ok, back to topic...

Album cover, biasalah piring hitam, you'll get the whole details.



Konsep Sampul - M Nasir.
Gambaran adegan tinju nye rehat antara pusingan, dua trainers , dua peninju - satu ngah makan siap dah bukak glove,  satu lagi ngah jumpa apek jual sayur ngah hulur dia botol susu, pengadil ngah boring ngan satu minah ngah angkat papan tanda pusingan ke 2.
Details sey.. iskandar, eddie marzuki.. still big names till today these two in Singapore.

Lagu2 kat LP ni, nanti senang aku taruk liriks kat bawah post ni..

1. Senandong Irama II
Rangkaian Trek Tek Tek, Nona Nona Zaman Sekarang, Lenggang Kangkong..
( diubahsuai M Nasir )
2. Kesan (kenangan lalu II ) ( lagu senikata M Nasir )
3. Dewi Pujaan ( Flybaits )
4. Cahaya Cinta ( Flybaits )
5. Mami Mami ( lagu Flybaits/senikata M Nasir )
6. Balada Pemain Musik (Boria ) - (M Nasir)
7. Cemburu ( Flybaits)
8. Joget Perkelahan (Flybaits)
9. Maafkanlah Kesalahanku ( lagu Flybaits senikata M Nasir )
10. Dia ( dan Suria ) ( M Nasir )

Dont feel like talking cock too much, so let me type out some of the lyrics from this album and appreciate them.... Mami Mami was like kelakar, very hilarious.. , Balada Pemain Muzik is like so boria and entertaining, Joget Perkelahan too, and of course the slow songs....

mmacam biasa...AS USUAL GO TO....
http://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos
One hour from now...





Some of the lyrics of the above songs...with ejaan zaman tu..

Senandong Irama II

Trek trek..
Pisang monyet pisang kelat
Mari digoring sianak dara
Sakit gigi bolih di obat
Sati hati yang bagaimana

Buah duku hai buah langsat
Mari dimakan sianak kera
Sakit gigi bolih diobat
Sakit hati simpan sahaja

Nona nona Zaman sekarang
Tak bolih ditegur tak bolih dilarang
Kalau nak usik jangan sebarang
Salah silap kau kena terajang

Ho ho ho nona jangan begitu
Kami hanya menegur saja
Kami bukanlah hai ulat bulu
Kalau tidak suka tidak mengapa

Nona nona zaman sekarang
Tak bolih ditegur tak bolih dilarang
Bajunya pendek bertambahlah jarang
itu membuat lelaki senang

ho ho ho nona jangan meradang
Kami hai cuma bergurau saja
Kalau lah nona tidak meradang
Kami belanja menonton wayang

Lenggang lenggang kangkong
Kangkong ditepi paya
Memang nasib tak beruntong
Dapat isteri boros belanja 2x

Lenggang lenggang kangkong
kangkong tepi telaga
Terpaksalah engkau tanggong
Kalau hati sudah lah suka 2x


Kesan ( Kenangan Lalu II )
Benarkah ini dihadapankun
Sekeping hati yang pernah ku rayu
Datang dengan wajah yang pilu
Ku terharu

Kiranya kini membawa kisah
Kau cuba lupakan kenangan lalu
Ku pandang wajahmu penuh kasih
Kau menangis

Tiada akan ku tanya mengapa
Kerna ku tahu sikapmu tak sekejam dulu
Tidakkah kau mengerti hatiku
Ku tak pedulikan sejarah cintamu
Ku terima dirimu oh! kasihku

Hiduplah cinta antara kita
Tinggalkanlah kisah yang sudah sudah
Terima kasih duhai cahyaku
Oh! cahyaku



Mami Mami
Ketika ku masih kecil
Ku ditimang dan dimanja
Apa saja yang ku pinta
Ibu tak pernah menolaknya oh

Mami mami
Beginilah suara ku
Mami mami
Bila meminta sesuatu

Aku punya seorang ayah
Dia garang dan pemarah
Bila aku nakal sangat
Aku akan dibelasah oh

Mami mami
Tolong ayah nak rotan
Mami mami
Tolonglah jangan biarkan

Bila ayah kejar, aku mendapatkan ibu
Bila ibu pujok, barulah ayah sejok

Hidup kini dah berbeza
Aku sudah menjadi ayah
Bila aku naik darah
Anakku pula jadi mangsanya oh
Mami mami
Suaranya minta tolong

Mami mami
Hingga terpekik terlolong

Bila aku kejar, dia mendapatkan ibunya
Bila isteri pujok, barulah aku sejok

Joget Perkelahan
Si bujang sudah siap
Si dara kelam kabut
Begitulah akibat
Bila kepingan hendak ke laut

Ayoh kawan semua
Mari kita berkelah
Bawa sampan ke tengah
Dayong hilang entah ke mana

Chorus:

Lek golek, sampan nak terbalik
Tolong panggil apek
Kalau tenggelam umor pendek
Pek apek, jangan gelek gelek
Tolong cepat sikit
Kalau tenggelam umor pendek
I like the above photo very much...I realise there is the reflection of ACDC and White Lion on the vinyl itself.

6 comments:

Adi Herman said...

Perghhh ada jugak sambungan kpd lagu Kenangan Lalu yg bertajuk Kesan tu yer....mostly byk penglibatan M Nasir dlm album ni....nice!

Skudal said...

kena dengar dalam youtube ni ...nak dengar lagu kesan.

berteromber said...

pergh...ni betul2 buat aku terkenang2 zaman sekolah rendah dulu..

suka aku dulu nengok kaver kartun dia tu...ntah mana la dah hilang kasetnya dulu...

lama giler tak dengar lagu2 dari album ni...thanks beb...

Rafi said...

Arwah ayah aku ada lp ni dulu..betul2 mengimbau kenangan! Tq so much bro deaf

PC kOKak™ said...

"...biasalah piring hitam, you'll get the whole details."

terbaik!

darkshahrulez said...

nak kata minat sangat tu taklah,tapi sesekali dengar lagu dorang dkat sinar.fm mmg syok jga