( click all photos to enlarge )
Kelmarin Ustaz Embek Ali meninggal dunia. Aku tak pernah attend belajar or directly mintak tolong ngan Ustaz ni, tapi dia memang respected especially dia kerja keras membasmi kegiatan salah bawak agama, agama songsang dan sesat, terutama among Malay Muslim community.
Jadi kita orang islam dah hilang lagi satu guru agama terror, dan terutama Melayu Islam hilang seorang yang prihatin mana2 salah bawak agama terutama kita yang hidup dalam masyarakat majmuk.
Anyway, dalam cerita lain,
kat Singapura, Onan Road.. ada this so called "Masjid Taha".
Sama ada Ahmadiyyah atau Ahmadiyya atau Qadiani atau apa pun, hal2 gini sensitif especially kita hidup masyarakat majmuk campur2 ngan kepercayaan masing2 berbagai agama.
So baik tanya ler ngan guru guru agama tempat korang yang bertauliah apa korang nak tahu pasal kumpulan ni.
- korang kena gi seek out sendiri dari qualified, certified, muslim religious teachers.
Apa aku stress sini, CEK IT OUT ngan ustaz ustazah tempat korang yang qualified atau dari authorised badan majlis agama islam kat negeri or negara tempat korang.
Maybe korang interested baca ni.. kat luar tu didisplayed kan.
Aku actually dah type panjang2 hahaha..aku delete smua dah.
Sensitip sangat haha dan ni pun memang bukan the right channel untuk discuss pasal ni, setakat pemberitahuan untuk kita mulakan belajar pasal sesuatu je.
8 comments:
arwah ni antara org yg mula2 jadik foundation untuk Perdausi & Yayasan Mendaki... org kuat MUIS jugak ni, dah banyak penyelewengan ajaran sesat dia benteras.. dia ni berani & telus.
Al-Fatihah...
yes naga.
Aku slalu eh, bila tengok guru guru agama satu2 meninggal dunia..
aku panik tau...pasal nanti lain kali cammana..
hopefully yang baru2 semua akan terror jugak untuk jaga kita semua.
tapi kita kena sokong dorang ler.
Bro, bab ajaran sesat ni kita kena firm stand kita supaya kita tak sama sesat.
cut/paste
Buku ini adalah dikeluarkan mengikut keputusan Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975 (hari yang kedua). Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang tersebut telah mempersetujui pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai Puak Kadiyaniah/Ahmadiah, selepas pindaan seperti berikut:
1. “Puak Kadiyaniah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.
2. “Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju satu kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah/Ahmadiah hendaklah dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”.
3. “Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia hendaklah mengambil tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri (yang mengambil bahagian sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung dalam keputusan-keputusan (i) dan (ii) di atas diisytiharkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/qardiani.html
Al Fatihah buat arwah ustaz nih..byk gak ajaran sesat kat kota singa sana yek
teringat firman Allah surah apa aku lupa bahwa dunia akhir zaman akan lenyap gologan2 seperti arwah ustaz tu.
jemput ke blog baru gua daaaa ... hehehe salam rock n metal dari gua ... emmm ajaran ahmadiah? Eh, ada lagi kat sana eh?
Al-Fatihah juga buat sahabat kita, Abdul Samad Mian (Samad -Lefthanded)yg telah meninggal dunia hari ini.
Post a Comment