Thursday, June 11, 2009

(sebut slang jepun) - "i would like to become Steve Harris' daughter, stay heavy" - review Flight 666 aku


( click all photos to enlarge )

Untuk sapa belum tengok dvd ni atau belum dengar cd, atau masih dolak-dalik nak beli yang ori, atau ngah tunggu korang nye friendly neighbourhood Ah Boy cetak-rompak bawak masuk stok ( pastikan both dvd contents ada kat dalam eh ).

( OK aku dah berjaya updated semua tiap2 gambo tiap2 mukasurat dan item kat http://deafforever.multiply.com/photos )

sinopsis Flight666 ni ialah, kapalterbang 757, modified untuk Maiden dan crew dan equipment berton-ton, jadikan Ed Force One, terbang 50,000 miles dalam 45 hari pegi 5 benua satu dunia untuk 23 konsert.



Dan setiap lagu dalam dvd dan cd ialah dari lain2 tempat.
Jadi korang boleh tengok sendiri, enam orang umur dah 50an, terlompat2 terlari2 terpanjat2 atas stage selama dua jam sambil main muzik dan ini bukan tipu2. Ni real. Jadi kalo persembahan cam gini kat dvd dan cd masih kena kutuk, well... - leave the hall.


ok, firstly the Double dvd kat dalam Flight 666.



Ada dua versi, satu special edition ngan buku built-in, lagi satu versi takde buku.
THE FILM (disc one) - APA YANG BEST untuk aku.
- reaksi peminat dari mana2 tempat kat lain2 bandar dan negara. Menakutkan pun ada dorang punye sanjungan kat Maiden. Kat Msia ngan Spore, jangan harap la cam gini.
- Banyak lawak dari backstage crew Maiden spread out across this dvd.
- tunjuk masa ngah konsert , apa jadi belakang stage. Bruce tukar2 kostume, dan aku suka filem ni tunjuk permulaan Trooper Bruce keluar ngan bendera tu. Ooo tu macam ye.
- India, ooo fantastic. Tunjuk aci aci pakai sari ngah bersihkan tempat konsert pakai penyapu lidi. And if this is not National Geographic material, I dont know what is.
- soundcheck lagu Wratchild kat tengah2 panas kat India.





- Perth, siot satu dua saat je, tapi aku nak nengok lagi dan carik lagi kamera angles dari Perth pasal ni dvd, audio dari satu tempat untuk setiap lagu, tapi video dia campur aduk cuma crowd scenes je dorang try maintain dari tempat sama. Aku baca Moonchild pun ada Perth, tapi aku tak tahu kamera mana satu.
- tunjuk peminat bawak love ones tengok konsert Maiden.
- Steve Harris ngan anak2 dia..
- Adrian Smith cakap serious2. Dan isteri dia tu sama je eh mana dia pegi haha.
- Nicko, Janick, Dave cam kelakar2 gitu interview segments dorang.
- Kan? dorang cakap betapa penting Dave Murray masa tengah problems, actually apa aku tahu, Steve Harris nak Maiden tutup kedai masa Bruce keluar, tapi Dave yang cakap suruh carry on.
- Bruce siot ah, tak yah cakap. Superman siot. Seriously..dia mempunyei otak pemikiran dan bakat yang mengkagumkan.



- I would Like to become Steve Harris daughter, stay heavy - peminat teenage girl jepun. Jepun nye segment is full of respect untuk Maiden dan pencapaian dorang berpuluh tahun ni.
- Kevin Shirley ngan Steve Harris ngahdengar kat studio lagu For Greater Good Of God versi live jadi maknanya coming soon I hope AMOLAD live.
- Lars Ulrich, Tom Morello, Vinnie Appice, Kerry King smua ada cakap2 sebelum LA Show, tapi Ronnie James Dio takde interview lak, tapi aku rasa kalo Dio pegi nengok Maiden, aku rasa untuk aku sebagai fan Dio dan Maiden, its cam happy la nengok scene cam gini.
- Mexico, yang tempat2 sejarah tu...lawa giler. tak dapat pegi, nengok sini pun jadi la. Another National Geographic Moment.

- We live in the Ass Of The World - Puerto Rico nye fans nye respon was like fantastic. Sorry la eh, Asean cakap macam important kat dunia, tapi...Maiden dah sampai the Ass Of The World tapi belum sampai sini lagi. huhu.

- Columbia, peminat2 berkemah seminggu lebih, polis rampas makanan dorang.. masa Q nak masuk, belts semua kena rampas, polis pakai kuda kawal peminat, A military and policia presence country. Tapi fans dorang was like superfantastic. Best giler.
Yang budak tu kutuk2 polis negeri dia sendiri? siot ah aku takut nanti dia kena tangkap siak kalo gavement negeri dia tengok dvd ni. Ni negara semua tak-betul nye siot.




- The crying fan. Peminat yang nangis cam giler dapat tangkap drumstick, dan keliling dia pun peminat nangis. Tapi dalam dvd ni, segment kat Columbia kot? actually it was a scene from one of Brazil's show.
Actually dvd ni banyak peminat nangis2 pun haha. Emotional abis.
Tapi peminat yang tangkap drumstick dan menangis2 ni memang hardcore, dia kat dalam porum Maiden famous jugak.
- Agama gereja Maiden. Khutbah pakai kebaikan lirik dan lagu2 Maiden. Priest tattoo Maiden satu badan. Kreatif idea untuk Eddie kat badan dia tu. Bila dia gerak badan dia, macam Eddie ngah bergerak jugak.
- DVD Pertama ni about 2 jam la. Macam nengok wayang gitu.


DVD kedua ( THE CONCERT )
- ni semua full concert dari lain2 tempat.
- Tak yah cakap mestilah best of the best.
- Takde Eddie besar selak dari belakang tirai ok. Tapi selain dari tu semua ada Eddie walk on stage siap kamera kat mata.




- Highlights
Rime Of the Ancient Mariner of course...spectacular. Meletup2 bunga api, Bruce pakai costume, dry ice, Adrian mata sampai ternaik2 ngah feeling, backdrop cantik, kamera zoom kat peminat2 nye respon kat lagu ni.
- Wasted Years pasal Adrian Smith part korus nyanyi solo , it was so menikam kalbu.
- Number Of The Beast, dia punye api menjulang2 tu...ooo its a sight to remember.
- dan lain la semua, kamera angles banyak, dan respon peminat2, dan semua la. Best.

- Ni pun dalam 2 jam gitu.




design untuk dua2 cd lawa.

Double CD dia lak.
CD ni kira macam soundtrack dvd ni, best la of course.
Semua lagu pun best...tapi Moonchild, Clairvoyant was exciting dan dramatic.
Dulu2 aku tak paham apsal Clairvoyant jadi single. Tapi rupanya lagu tu dramatic bila main live. (Ni pada telinga aku la.)









LP, piring hitam bergambo...ni dua keping picture disc. Errr....the most beautiful thing huhu.










So, sapa belum nengok, what are you waiting for.
Dan sapa tak pernah tengok Maiden, do yourself a favour and get this dvd. Trust me, its worth it and an eye-opener to the magic that the whole world enjoys.




( Nanti kalo aku berjaya upload kat multiply semua, aku cakap kat sini). key word - KALAU. huhu.

Added 12/06/09 - I have uploaded photos of every page of every item of the dvd book, the cd booklet and the lp packaging on my multiply pages - http://deafforever.multiply.com/photos

18 comments:

eddie dewanaga said...

ianya satu pengalaman 'sekali seumur hidup' bagi sesetengah orang, dan bagi yg blom berkesempatan mcm gua dan rakan2 yg lain, ini semua kira mcm 'berkongsi' rasa meriah, gemuruh, teruja(excited) rasa mcm nak terkucil pun mungkin, sebab biasanya kita dengar dan lihat di tv dan pc, lain juga perasaan itu bila ia hadir di depan mata...

satu produk yg patut dimiliki, lebih2 lagi utk peminat2 muzik maiden dulu, kini dan selamanya...

afraid to shoot stranger...

Takilala said...

aku tgh tunggu ni dvd yg skali ngan buku tu. lama nye nak sampai..huhu...

Abang Ben said...

super duper highly recommended, walaupun untuk BUKAN peminat IRON MAIDEN. Wife aku duduk sekali nengok DVD hehehe...

Portdy said...

tengok dvd ni 2 jam tak terasa heheheh....dari kick off concert, sampai india, japan, australia, last sekali Scream for me Toronto...

terharu sampai terduduk Bruce Dickinson bila peminat sorak Ole Ole untuk Iron Maiden!

wife wa suka part kat press conf. kat India tu...."we can tell you but we have to kill you! " hahahaha lawak siot...

betul kata bro Depp, benda2 macam ni seronok kalau kongsi ngan love one kita.

Dalam kepala tengah humming lagu "Always look on the bright side of life".[siul siul siul siul].

ni memang lagu masa tutup kedai eh bro?

ROKATUA said...

Aduhhh. Gua selama nih tahan je.

Tak buleh jadi nih. Kena kirim kat member soh angkat jugak.

Grrrr!

berteromber said...

adoi...gua tengah sengkek la pulak..dah gatal jer tangan ni rasanya nak mengorder...grrrr

thanks la deaf pasal letak gambo2 ni semua...berguna untuk org2 yang tak mampu nak beli macam aku...hehe

dah usha2 kat apek dvd...versi cd dan dvd pun ada..prihatin betul apek2 pirate ni pada golongan tak mampu macam aku...huhu..

Portdy said...

broteromber,

kalau dvd tu 2 disc version roger kat gua eh bro...
tinggal nak dapatkan konsert jek

huhuhu sian eh golongan yang kurang berkemampuan cam kita kan terpaksa bersekongkol dengan ah pek....

Saudagar Mimpi ... said...

Fuh dahsyat nie bro...
Memang berbaloi la kalau beli ori sbb packaging meriah mcm ni.

offtopic : Bro, ada copy The Straits Times tak, Monday 7 Jun...ada artikel pasal Ramli Sarip. Kalau ada kasi tepek la, boleh tumpang baca :)

http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/Lifestyle/Story/STIStory_387278.html

deaf_angel said...

ok, aku dah berjaya mengupload kat

http://deafforever.multiply.com/photos

sorry eh kalo tak boleh baca kecik2 tu

deaf_angel said...

portdy

always look on the bright side of life dorang pakai untuk last few tours kot tapi ada lagi satu The Number Of The Beast versi lawak pun ada jugak..

yep.. korang cakap betul..
Maiden is for everyone huhu

deaf_angel said...

SM

yes I have the article.

Aku belek2 sokkabar Spore, then jumpa. Dia kat Life section sokkabar Straits Times.

Nanti eh, aku tak tahu kat mana aku dah tolak tepi sokkabar tu..

Aku jumpa nanti aku snap pakai henpon seluruh artikel tu..

Next week eh...hehehe

dilaOHdila said...

kalau dah minat tu
boleh cari koleksi dimana ajer
teruskan minat dep
Moga ianya memberikan kebahagiaan(hehheheheh) ----->Poyo lak aku kan. Aku just support jek
bukan senang nak cari mende macam ni.
prod2 ni kat makaysia memang jarang nampak. semoga hang punya koleksi bertamnbah2 & jangan lupa letak elok pada tempatnya. Mesti dah penh koleksi hang ni kan

razzi said...

dah tgok versi pirate...mmg best..
lg best kalo dapat beli yg ori punya...huh


part ole....ole...ole tu paling best...gamat tak hengat...

MindHeartBodySoul said...

minat yang membawa cahaya semangat & harapan kepada peminat tegar spt deaf...

minat + koleksi + support + sharing = bahagia kot.

matakucing said...

geramnya ngk

apa ajela said...

gua suka jadi pembaca senyap blog lu coz gua macam lu minat pada band yg sama..
tapi ini entri gua tak tahan bro..gua mau angkat jgk dvd ni..aarghh

Anonymous said...

Salam Bro Deaf...baru dapat dvd semalam dari Amazon US...

MMg kena simpan DVD nie...Part Kat India n Jepun mmg seronok...

Belah Latin America mmg gila!! Ngeri pun ada tgk...huhuhu

Edrus

Ijau D. Koceng said...

sorila aku xprasan aku blm lg komen entry ni... hehe, belum tgk blm tahu... sdh tgk? tgkla lg...

btw, entry ni aku ada buat link dlm blog aku