Sambung, aku ingat nak cram semua kat satu post tapi tak boleh la. So part 3.
- post part 3 ni takde apa2 SPOILER aku nak describe so tak yah nak skip skip perenggan untuk yang tak mau tahu SPOILER.
Apa pun lepas kelakar2 Far Far Away , basah kuyup Jurassic Park, action packed Waterworld dan lagi sikit aku nak pitam terkejutberuk Ancient Egypt, kita makan dan minum dulu -
kena respek peraturan, korang jangan terang2 bawak beg plastik dalam isi epok-epok sardin ke,nasik bungkus ke, atau bawak mangkuk tingkat bagai, konpem security mesti tak kasi kan.
So korang letak je dalam beg.
Tu hari aku cakap tiket2 kita orang, setiap tiket dapat $5 food voucher kan? So korang bleh gunakan jugak kat dalam sana.
Also, ni bukan aku cakap ok, tapi korang masuk sendiri website USS dan tengok mana2 tempat makan/restoran yang provide Halal food, jadi korang dah tahu, tak la korang dah sampai nanti rasa was2 sana sini kan.
For vouchers $5 tu kalo dah mata-mata , bleh dapat meals bleh share, setakat isi perut je la.
Takkan nak melantak ye tak, nak makan2 lepas keluar dan seberang jembatan masuk balik Vivocity, korang boleh terus pergi Pusat Penjaja ( nanti aku tampal gambo2 makan kat sini k ) seberang jalan dari vivocity makan2 ye tak. Nak makan tempat ada up sikit, korang pergi makan kat Banquet la which is present kat mall dekat situ. Or any other halal certified aircon environment eating places. Tapi still aku rekemen makan kat hawker center across the road dah.
Kita take a break have a kit kat kat Goldilocks.
Very comfy environment Goldilocks ni. Mungkin tu jam tak ramai customer.
And speaking of Goldilocks ni, this newspaper dispensing machine featuring her court case makes a good laugh dan good photo opportunity. Ni pasal dia pergi makan bubur beruang2 tu smua kan? Aku dah lupa la.
minum -
Dont worry, korang bawak air dari luar, lepas minum abis, korang top-up pakai Water Cooler dah. Aku tengok sana sini seperti ada a few water coolers so tak jadi hal.
Kalo korang nak beli kat sana ok la air jarang ke, air soft drinks ke, tapi mim alip hah alip lam la. Betul tak aku eja? Senang pun aku teraba2. Rabak sey.
Coke je dah tiga ketul ok. I mean S$3.
Tapi cantik2 refreshments stands. For example -
Aku tengok ni aku dah rasa kelakar, agak nanti Madagascar nye Crate ride cam mana eh?
Apa aku tahu nanti, crate ride ialah ride atas air. mesti lawak giler nye kalo dah opening nanti ni ride. Nak2 ada penguin2 terlepas dari tanjong rambutan ni. Ni aku type ni, aku teringat cammana satu2 kasi salute kat kapten dorang je aku dah gelihati. Konfiden level dorang tinggi, tapi asyik buat blunder je, nasib cam kentang.
Then HOLLYWOOD lak
Pantages Hollywood Theatre
Ada show kul 6, by the time kita sampai, dah full house. So tak dapat tengok this live Monster Rock Musical. Tak tahu cammana ni show.
Tapi this stretch memang banyak kedai2 souvenir dan makan2 pasal dah memang kat entry/exit especially dah nak malam kan. Bila korang nak exit tu nanti ada besar nye signboard "Hollywood" gitu. A great photo opportunity jugak untuk korang snap.
Dah Hollywood kan, so ada la kot jumpa karakter kat sana..
This Charlie Chaplin guy memang pandai buat posing ngan visitors. Tiap2 visitor dia buat lain2 posing. Tapi korang kena beratur Q ler pasal ramai nak snap ngan dia.
Aku carik madagascar penguin2 giler2 tu jalan2 takde lak... tapi ada ni mr and mrs woody woodpecker ke hapa ntah nama dia so korang Q ler kalo nak snap foto ngan ni dua character.
ok Universal Studio ni kan... korang take note dia punye rides and shows abis kul 7pm tak salah aku tapi.. makan2 dan especially shopping2 Merchandise and souvenirs masih bukak. Nanti aku ceta nanti.
Tapi kalo korang datang Fridays and Saturdays evening ada fireworks ke hapa ntah, ada Hollywood Special masuk bayar lagi S$5 or something like that.
Nanti sambung besok lusa.
7 comments:
itu stage 28 kat mana deaf?
Ko punya cerita ni buat aku teringin nak pegi!!
perrgghh aku suka entri ni!!!!!
cromirama stage 28 kat new york
tapi blum start
new york dah start yang ada steven spielberg nye angin taufan tu.. nanti aku tampal gambo..best
dok berangan nak pergi tapio takl sampai2 lagi...cuti sekolah pun dah nak habis!
atdoi!!jeles tul la beb!!!
Post a Comment