Monday, December 3, 2007

review- Wings Live at Planet Hollywood 02/12/07

( *edited 9/12/07, added title song #2 )
WINGS
02 December 2007
Planet Hollywood Kuala Lumpur
about 10.30pm - 1am



setlist
1. Lipas Kudung
2. Jumpa Hilang - ( thanks to Anonymous )
3. Jerangkung Dalam Almari ( performed dua kali, 1st time stop halfway ada problem )
4. RnR Lu Punya Suka
5. Potret Monalisa
6. Kota Kemusnahan
7. Ranggi Metropolis
8. Inspirasi Taming Sari
9. Black Solo
10. Opera Hidup
11. Kau Bukan Brader
12. Misteri Mimpi Syakilla
13. Watari / Joe Solo
14. Difficult To Cure (Beethoven's Ninth)- kumpulan Rainbow nye cover
15. Alam Barzakh
16. Dalam Kehadiran Sofiah 2007
17. Sejati
18. Bujang Senang


ulasan dan gambar2 photos "Ross Halfin tak jadi" aku sambil aku dengar playback -


Last aku nengok Wings setahun lepas, pun kat Planet Hollywood KL jugak - review aku tu jam - http://deaf-angel.blogspot.com/2006/11/wings-26-nov-06-planet-hollywood-kl.html

So cam biasa full house, packed giler. Padahal aku sampai cepat jugak.
Wings naik stage pakai lagu Led Zeppelin - Kashmir.
Then, on with the show..Opss lupa, semalam rekoded for live album, vcd dan aku harap dvd. DVD superior ler quality dan durability.

Lipas Kudung - Top form ler Awie ni malam. Suara dia clear jugak. Walaupun most of the time kena tenggelam pasal majoriti peminat sing word by word every song ( ni area aku ler, fans sebelah Eddie side happening ).

2nd song apa title dia ek?? Jumpa Hilang dari Naga Kramat ( thanks to anonymous \m/ )
then terus masuk Jerangkung Dalam Almari..about 2:30 minit mark dorang stop main, technical problem kot. So peminat dah start kutuk2 la, I mean those sekeliling aku " technician tak buat keja " all that hehe.

Tapi Awie memang master la kawal keadaan, ni aku puji dia, aku pernah nengok Maiden nye bootleg live at Saitama Japan 2004, salah satu drums Nicko McBrain pecah, Bruce Dickinson siap bleh buat William Tell nye re-enactment main tembak anak panah ngan Nicko atas stage untuk buy the time masa drum tech tengah exchange baru. Betul2 menghiburkan walaupun ada delay.
So Awie buat joke pasal Inul la apa la.
Then dah repair apa patut, lagi sekali ler Jerangkung Dalam Almari.



hah korang nengok kofokusan penonton kat Joe Wings

then Awie cakap ler " I am feeling hot tonite baby ". Siot.
Then RnR Lu Punye Suka... Fans semua happening sey singalong, ni aku kena salute dua tangan. Kot pun Awie dah cakap suruh kasi kerjasama pasal live recording kan hehe.
Seret 8 minit lebih..

Then some jokes about " asyik2 terimalah lagu ni, jadi nah ambik kau lagu ni!! " terus masuk Potret Monalisa. Dah jadi choir gitu lagu ni.

Kota Kemusnahan next, old feberet ni, those were the days, aku secondary 3 tak salah? hehe. Ni live album sound mesti power nye.


Eddie backing kota kemusnahan. peberet!


then awie cakap la lagu rancak pun dia nangis, pasal peluh masuk mata. Memang siak, panas sey aku tak gerak banyak pun berpeluh, kalo yang depan aku terlompat2 mandi peluh ler. Lampu stage semua on, pasal live video kot nak kasi clear.
Siak je audience pekik2 song request, Awie layan - ada suruh Joe nyanyi lupakanlah, satu fan mintak biru hitam mata ku, Awie cakap dah kelabu. Tapi ni semua aku rasa live album konpem kena edit kot. Then Awie borak2 pasal sentuh2 bukan muhrim.

Korang just imegin after every few songs ada technical problem, kalo frontman tak tahu cover, konpem kecoh. Cam yang 2002 Rockers nye gig reunion kan start lambat technical problem, Joe Rockers cakap, "10 tahun anda boleh tunggu? takkan 10 minit lagi tak boleh?" hehehe.

Then Ranggi Metropolis, ni aku kena salute, aku lagu lama2 aku tahu lirik, tapi lagu baru aku tak tahu sangat, sampai ada title pun lupa, tapi fans sekeliling aku, word by word siak..



Then Inspirasi Taming Sari, the song that starts it all untuk aku. Tu jam kawan aku cakap, eh ada band nama Wings, beli kaset dia. So kumpul duit beli pasal kawan aku cakap best, hah kau lebih dari best, ni the 1st song dia ek. Dah buang ler kaset tu semua, skarang smua upgrade cd hohoho.

Then terus masuk Black nye drum solo.

Then terus Opera Hidup.
Then, Awie bebual pasal ni malam live rekoding ler, "seksikan diri anda la", " pondan pun pondan janji seksi ", " di sana kamera, di sini kamera, kanan kiri kamera, di pintu masuk pun ada kamera tapi cctv la ", joker siak si Awie ni.



Kau Bukan Brader, story sikit, tu jam eh, those days Heart 91.3 ada midnite progrem gilir2 Najib Ali, Jorah Ahmad ngan sapa tu lagi satu dj tu? ah dj ni ler dia panggil M Nasir. So tu jam M Nasir ngan producing Jerangkung Dalam Almari, Wings ngah kat studio ngan dia so kira M Nasir datang studio buat promotion. So malam tu M Nasir cakap album terbaru Wings akan dinamakan "Braders". A bit of trivia ler for sapa2 interested, so aku pun tekejut bila kaset keluar, its Jerangkung Dalam Almari lak.

Anyway, malam tu ler, ada satu peminat tepon dj tanya M Nasir " kenapa abang M Nasir dah tak jadi Singaporean, jadi Malaysian lak? ", M Nasir classic answer aku tak bleh lupa " sana rumput lagi hijau " wakakakaka. Ye la, jadi Malaysian dah bleh masuk muzik2 juara lagu TV3 bagai, lagu2 dia lak RTM bleh main hohohoho. Tak kena gam dah.



Then Awie introduce next song sebagai sebuah lagu nasyid, introduce lagi sekali sebagai Misteri Buah Mangga dan finally introduce lagu ni as Rindu Bayangan.
In between dia thanks kat Planet Hollywood, Awie cakap si angkasawan tu baru naik planet, Wings dah naik tiga tahun lepas.

Anyway Awie cakap minggu depan ada konsert dangdut kat Shah Alam wakaka. Awie introduce Lord, Yazit Search, Michael Jackson, David Coverdale, Erra Fazira ( siak yang ni paling kecoh siak, gamat satu dewan, tapi Awie then cakap dia acah acah je ), Yan Lefthanded, Samad Lefthanded, Ahmad Azhar, Abdul Zamin, Samsaidi, Azmi wakakaka. Then introduce guest keyboardist as " mr comel ".

Misteri Mimpi Syakilla ler..
ending dia Awie buat style scaling tabla gitu, yang pegi nengok dorang kat Fort Canning tu tahu ler yang dia buat scaling tabla gitu time Rashidah Utama.

Then Watari ngan Joe Solo



masa Joe solo..yang lain..


Terus masuk Ritchie Blackmore nye Beethoven tu aku ingat main sikit tapi sua sampai masuk keyboards part semua, ala lagu Rainbow suka bawak Difficult to Cure, yang Beethoven " glory glory we adore thee " tu. Impressive siot. Sayang la eh, Wings tak gi international market, other things semua dah ada.

Alam Barzakh, last year lagu Dari Tuhan, so this year Alam Barzakh la ye. Ni mesti nak bayar balik pasal CD/DVD Alive 2006 lagu ni hilang kan haha. So mintak2 ada kat next live album.


Awie kameraman

Then joke around, then cakap pasal lagu seterusnye dulu dirakam style blues, skarang nak perform style rock n roll, tu jam Sofiah baru 17 tahun, skarang Sofiah dah menopause, jadi Sofiah pesan suruh laju sikit lagu ni. Siol je Awie. So he introduce the song as Dalam Kehadiran Sofiah 2007

Then aku lepak pasal ada fan request lagu Jerangkung, Awie kutuk ler, lagu tu dah sudah pe, tido ke?.
Then joke pasal masih 19 tahun ler apa la, " kalau dulu kita takde spm, tapi kita ada wawasan! " then Awie buat the zombi kampung pisang nye 'otakkkk' tu. kecoh sey.
Benda2 kecik gini yang buat aku tak mau miss Wings nye full show and it only can happen in Malaysia. Ni baru live band. Tak kejong.

Sejati.

Eddie tukang pekik " kenangan itu!! " nye backing la masa nak abis tu wakakaka. Feberet part aku tu...

then some jokes about buaya2 senang. Buaya atas pentas terutama Eddie banyak sangat makan orang, Black jadi buaya tak besar2, Joe jadi spesis buaya banyak bulu. Kelakar.

Then bujang senang, then abis. Lampu padam, lagu Kashmir sambung balik. Then jumpa some frens aku kenal kat internet je tapi jumpa in real life hehehe. Dah tu je. So means Live 2007 album, banyak lagu setlist tukar dari Alive 2006. So best ler.
Next year Wings kat Planet Hollywood aku bleh gi tak? hehehe.



Aku nye Man Of The Match - cam biasa Black ler.



The trail of tears began for all the Cherokee
The white men came to trade & borrow but then they would not leave
Some of us were taken by boat, and died at sea
Those of us who lived were sold to slavery
We welcomed them as brothers knowing nothing of their greed
Born hunters not the hunted as the white man hunts for me

Manowar's Spirit horse of the Cheerokee

3 comments:

carvedijan said...

Nice meeting lu bro!!! Next time jumpa lagi

Anonymous said...

2. Apa title dia? yang 'cari cari pencarian' nye lagu

Lagu Jumpa Hilang - WINGS Naga Kramat


Rugi gak gua tak sempat pergi tengok Wings dan jumpa lu orang...
:( - sgns

deaf_angel said...

carve, k.
ko gerek ah!!

anonymous, yes yes ni lagu dia aku baru konpem balik, Naga Kramat, sebuah cd yang aku tak beli, tapi ramai2 pakat pinjam satu member yang beli hehehe.