Sunday, April 13, 2008

tu hari & seat no satu

Dulu aku kenal satu orang ni, dia cerita dia pegi Genting naik teksi. Ni tahun early 90s. Dia cakap, dia ngan kawan2 dia bayar teksi driver extra. Supaya bawak slow2. Jangan bawak laju2. Dia cakap dia nak gi holiday bukan nak gi hospital atau worse.

korang mesti tau, selasa pagi kul 3 lebih kat 256km nye mark, bas konsortium crash sampai terbalik, satu meninggal.

Actually, aku dapat tahu pasal eksiden ni bila ternengok sokkabar cina kat kedai, gambo front page. terkedu kejap.

Aku dah tergerak nak naik bas yang eksiden tu actually, tapi, aku kalo abis keja 2nd shift, liat tul nak gi Larkin, dah malam2 kan, so aku akan naik dari Beach Road. Alisan ada bas midnite. Double decker beb kalo naik bas midnite. $35. Kalo naik kat Larkin 24RM. Korang tengok dia punye price different. Kecoh kan?

dalam bas, aku tido pengsan, tak sedar langsung, lagipun biasa ah kalo double decker, smooth tak rasa bumping2, bas lak baru, ekon pun sejuk hoho. cuma tu ah aku question mark apsal sampai Sungei Besi kul 6 lebih pagi? Aku ingat driver slow, rupanya ada cerita.

Tapi tu ah, bas ni kadang2 berdesup desup, ye la, aku pun nak cepat sampai, tapi tak mau la laju sangat kan beyond and over the speed limit. Spare a thought for the passengers please.


Anyway lupa lak nak cerita last week gitu, kul 2 pagi gitu ah, aku ngah tido sekali tu bas cam terenjut so aku tersadar, sekali aku perasan bas dah masuk emergency lane tau, sekali tu aku nengok depan, siak ah trepik jam giler.
Dalam hati aku, mesti ada kes besar, dua pagi kalo dah jam panjang gitu, mesti dah lama berlaku dan serious punye kan.

Driver, dia terus reverse. Fullamak driver champion abis.. Dia reverse all the way sampai kat exit S*****g R*****m. So dia terus masuk ikut jalan lama tu yang kecik sempit tu. aku rasa Kimi Raikkonen pun tak bleh bawak cam dia bawak la. Dah la gelap gelita, jalan sempit, trepik dari depan datang menderu lori, dia main potong2 lain nye.. Aku nervous sey. Pax lain semua ngah tido so dorang tak tahu ceta.
So aku nengok, ah ha, seat number satu kosong la, so aku pun gi la pindah duk depan haha.

Best ah, terus borak2 ngan driver dengar dia ceta2, dia pun sorang takde kawan kan haha. pasal drivers ni use handphone untuk communicate with others, kat hiway tadi lori terbalik makan tiga lane semua, jem giler, in fact bus kul 10.30pm , bas kul 11pm semua kena trap ah. ( aku nye bas 11.30pm ). Nasib baik dia sempat reverse dan selamatkan diri before kena stack up kat jem tu jugak. So dah exit lagi satu, bas aku naik masuk balik hiway, kosong. Siap ada satu teksi pun keluar exit sama bawak laju giler, tayar belakang keluar api terus meletup tayar tu, nasib baik, umur teksi driver tu panjang...teksi dia dah buang kiri kanan dah macam ular menggelepar gitu..tapi tak terbabas langgar divider atau buang ke semak dan pokok, last2 dapat berenti tepi jalan. Aku ngan driver bas nengokkan je pasal driver dah slow down kan bus dia...

heran eh, some people.
Keta polis, ambulan, bomba, F1, moto GP, bleh ah bawak laju giler. Yang lain tu laju ikut speed limit dah ler.

3 comments:

BENTARA said...

lu selalu ulang2 masuk Malaysia hal kerje ke?

deaf_angel said...

tak la, aku keja kat spore je, tapi hati aku kat msia \m/

MindHeartBodySoul said...

Salam... Konsortium Express nih memang policy dia daredevil roller coaster ride kot... Mission: get faster to alam barzarkh..
Itu ari raya aji 2007, pun Konsortium Espress accident sama 6biji keta.
Sedih.. sentap aku nengok satu mak budak tersandar kat divider palang besi tengah2 lebuhraya lane kanan pangku 2 anak dia. Tak abih terkejut kena langgar keta dia.
Matahari tegak atas kepala kul 12tgh hari masa tuh...
Jam dekat satu jam... menuju Slim River dari arah KL.