Sambungan aku story tadi...So ni masuk Harian Metro nari..
1) Biar betik? semalam semua kaunter Konsortium was open pe, cuma dorang ambik kertas hitam gitu, dorang tutup nama Konsortium je.
Anyway, apa aku tahu, tiga companies yang bas semua sama color dan logo, tapi satu je kena ban, lagi dua bleh jalan..Tapi that is why it makes it so unclear.
2) lagi satu biar betik...bedek ah, platform 21 ada bas Konsortium then also ada bas snoozer aku rasa nak gi Sg, siap penuh ada pax semua ngah nengok entertainment screen dalam bas ( bus snoozer best tapi mahal )..Takkan bas Konsortium logo besar2 reporter tak nampak. Tapi benefit of the doubt dia datang lain time kot.
so aku memang kadang2 baca sokkabar ni kan " baca boleh, percaya jangan ". Dah la gossip pun cedok dari porum hehe.
3) sokkabar cam anti Konsortium je...cara interview ngan dua orang pax tu.
Saje2 je buat blog...sebenarnye aku ngah take a break.
Syarikat bas KBES akur arahan JPJ
KUALA LUMPUR: Syarikat bas ekspres milik Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) dilihat akur dengan arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang menggantung semua 232 bas ekspres milik syarikat berkenaan selama sebulan apabila tidak menjalankan operasi seperti biasa, semalam.
Tindakan gantung itu dikenakan ke atas mereka selepas inkuiri Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menunjukkan banyak bas milik syarikat itu terbabit dalam nahas jalan raya.
Tinjauan Harian Metro di Hentian Puduraya semalam, mendapati kaunter tiket KBES ditutup dan tidak ada sebarang operasi penjualan tiket di kaunter berkenaan.
Sementara itu, bas ekspres milik syarikat berkenaan turut tidak kelihatan di sekitar kawasan hentian berkenaan.
Orang ramai yang ditemui nyata tidak terkesan dengan penggantungan lesen KBES kerana menurut mereka, masih banyak perkhidmatan bas lain menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.
Pelajar kolej, Amira Hakim, 18, berkata dia boleh menaiki bas lain untuk pulang ke kampung di Melaka kerana dia bukan jenis penumpang yang setia pada satu syarikat bas saja.
“Saya tidak kisah naik bas apa pun yang penting ia mempunyai lesen dan pemandunya memandu dengan berhemah.
“Pengantungan lesen bas Konsortium sedikit pun tidak menjejaskan peluang saya untuk pulang ke kampung,” katanya.
Seorang lagi penumpang Nor Azila Abdul Rahman, 27, pula berkata dia tidak sanggup membahayakan nyawa semata-mata untuk menaiki bas yang terbukti mengamalkan cara pemanduan tidak selamat.
Menurutnya, banyak lagi syarikat bas lain menawarkan perkhidmatan bas untuk ke pelbagai destinasi.
“Kalau sudah tahu syarikat itu ada rekod buruk, buat apa nak bahayakan diri guna perkhidmatan mereka sedangkan banyak lagi syarikat bas lain yang boleh dinaiki.
“Kalau hendak cakap pasal kemalangan, naik kenderaan apa pun mungkin boleh kemalangan tetapi sebagai pengguna, kita berhak menentukan kenderaan ingin kita gunakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment