Tuesday, July 28, 2009

kenapa dulu aku tak buang kaset ni? - Aerosmith Permanent Vacation

Click all photos to enlarge


uolls mesti at one time or another, come across lagu2 Aerosmith, dari zaman dulu sampai sekarang, even masa korang nengok wayang ceta John Travolta "Be Cool" ada siap Aerosmith perform Crying ngan that lady singer, dan of course pilem Armageddon heroin dia Liv Tyler anak Steven Tyler penyanyi Aerosmith with 'that song'.
dan katunis Gayour kat cerita Bersama Selamanya dalam majalah Ujang kat scene masa ada awek ( dah lupa nama2 karakter komik ni time early 90s dulu ) ngah dengar lagu Angel huhu.

Ni kaset memang aku suka sangat time sekolah dulu, dan dah upgraded to cd dah. Tapi kaset aku tak buang.



Release cetakan pertama album Permanent Vacation ni untuk kaset dan cd ialah logo Aerosmith dan nama album dicetak kat casing dia dan bukan kat cover kertas. Macam kat gambo2 ni aku tampal ni. Very the unik, mungkin ada lain band buat macam gini? tapi ni first time aku tengok dan remember it was during the late 80s. Tak salah aku, aku gamble beli kaset ni pasal aku baca somewhere ni kaset best giler, so aku gamble je la beli, dan memang gerek sey.

Ni album yang ubah Aerosmith dari rock ke mega huge pop rock superstars sampai skarang. Dan aku memang suka lagu2 pop rock Aerosmith.


These are the photos of how the Aerosmith Permanent Vacation looks like with the band's logo and album title printed in yellow on the transparent casing and not on the front cover artwork.


First time dengar lagu Magic Touch, aku dah hook. Very the happy giler korus dia, Dan lepas tu lagu2 ala Bananarama macam Dude Looks Like A Lady, Rag Doll, dan of course lagu sentimental yang meleleh abis, Angel.
Lagu rock yang bukan teeny booper pop rock kat kaset ni, aku paling suka Hangman Jury, such a stylo mylo song. Dan of course ada lagu Beatles dorang cover version I'm Down. Kecohrable lagu ni , dan ada bunyik dolphin ler apa ler kat kaset ni first song.


Bila dah tutup betul2, tak perasan sangat..
Memang best ler album ni, in fact Aerosmith zaman pop-rock Pump, Get A Grip, kompilasi Big Ones ada lagu Blind Man pun gerek, Nine Lives semua gerek. Dah masuk Just Push Play terus aku give up, Jaded? biar betik lagu ni. Tapi yang live dvd You Gotta Move aku suka, aku suka giler. Lagu 70an dorang plus 80an yang gerek2 dan ada lagu Roadrunner kalo aku masih ingat lagik.



And this is how the cd looks like. Aku tak pernah nampak cammana version cd ngan logo dan title album printed kat casing luar tu.







Aku teringin nak nengok dorang live huhu. nak dengar toys in the attic live huhu.

Anyway, dulu time sekolah, kawan2 aku budak2 tea dance suka lagu Walk This Way Run DMC huhuhu..

14 comments:

Takilala said...

1st time gak aku tgk kaset mcm ni. Lawa, patut la tak buang..huhu. Dah dgr Steven Tyler + Joe Perry duet ngan Bob Marley utk lagu Roots Rock Reggae?? Best. Aku suka lontaran vokal atuk ni. huhu.

Abang Ben said...

Embed logo kat jewel case kaset tu mahal tu...

sis_nita said...

mmg suka dengar lagu yang kat filem Armageddon tu..

filem Armageddon ni pon aku suka tengok.. dah berkali2.. sampai DVD pon dah calar2..

Ijau D. Koceng said...

perasan x logo aerosmith ngan logo wings ada persamaan?

dulu2 karaoke lagu *apa-tajuk-lagu-armageddon-tu?* mmg sakit tekak dibuatnya, lagi2 part tarik chorus... sesakit tarik lagu lady

SkiD said...

Aerosmith ni aku layan jugak...terutama album Pumps dulu... Dulu aku memula dengo lagu Dream on, ingat lagu sapa.. pasal lagu dari 70's kan..tak sangka lagu diaorang jugak.. Pas tu buleh top balik zaman 80's..

eddie dewanaga said...

gua suka video2 diorang yg ada Alicia Silverstone dan Liv Tyler tu... fuh!

Aerosmith cukup meletup dgn lagu2 yg ada touch Desmond Child.

berteromber said...

beberapa bln lepas terjumpa beberapa keping cd aerosmith kat cash & converter..teragak2 nak beli bila datang balik dah elek...

aku cuma ada Big One..tapi zaman Pump, Get A Grip dam Permanent Vacation memang layan..

ajie said...

first kaset aku beli, big one. dapat duit lulus pmr time tu...kaset tu ntah kemana...

lagu2 diorg mmg layan....vocal atuk ni mmg powerla...amazing,angel, janie got a gun, dan paling berhantu..lagu i dont want miss a thing...haha

*gua rasa dedulu Amy search cam ada iras2 gaya atuk ni....

Portdy said...

nak nangis baca entry ni bro dep,

ramai juga yang minat aerosmith ni eh?ingatkan me alone...

"im alone , i dont know if i can face the night....huhuhu..."

Aerosmith masuk album JustPushPlay dah mellow pop sangat...the best memang era 90s dia , zaman pop rock...PV, Pump, GAG, BigOnes, 9 lives...even zaman 70s dia pun gerek jugak ....

Saudagar Mimpi ... said...

Satu-satunya kaset Aerosmith yang aku beli adalah Big One. Lepas tu kurang sangat layan Aerosmith ni.

Joe said...

memang best soundtrack filem Armageddon nyanyian Aerosmith ni.

kalau tak silap, tajuk lagu tu I Dont Wanna Miss A Thing.

rimanilzah said...

muzik aerosmith mmg best

dilaOHdila said...

aku pun 1st time tengok benda nih
kalau hang tak tunjuk kat sini dep sampai bila aku tak kenal urang nih
apepun aku tabik spring sebab kau boleh cari benda2 ni yang memang sukar urg lain nak dapat
TABIK spring kat dep nih !!!! TOING!!!!!!!!

matakucing said...

aerosmith byk lagu2 dia top..aku suka lagu2 dorang..tp aku tak de 1 pon album aerosmith huhuhu