Sunday, December 31, 2006

Korban 2006

Photos of the Hari Raya Haji qurban sacrifice.
Gambar foto upacara sembelih korban untuk hari raya haji.
Warning very the detail. Amaran banyak darah dan pisau tajam
Berpuluh2 tahun aku hidup, maybe raya aji ni kali yang pertama aku dapat tersentuh apa tu makna sebenar Korban.. Korban bukan je semelih semelih , bukan je orang2 yang gi ibadah aji, bukan je orang yang pegi perang2 tu semua pertahankan agama, tapi macam2 lain pun korban jugak.. Smoga Allah kasi kita semua strength, help and protection. Amin.
Moving on, ni sebagian gambo2 upacara korban aku snap tadi..kat sebelah Pusat Penjaja Geylang Serai.


















memori : REAL XPDC Konsert Live / Luahan hati tentang unofficial live recordings

Ntah apasal eh, aku dari dulu aku suka dengar unofficial live recordings.. ada orang panggil bootleg la, apa la, tapi unofficial live recordings ni boleh datang dari mana2 sumber, radio broadcast ke, rakaman peminat ke, dan apa2 la. Aku suka dengar pasal walaupun selalu nye tak clear, ( kecuali kalo soundboard recording dan semestinye radio broadcast ), tapi kadang2 peminat2 dapat rakam sound yang baik, even kalo rakaman dia tak bagus tak dengar sangat persembahan lagi banyak dengar orang2 kat audience sing into the recording mic, tapi unofficial live recordings tu ada keistimewaan pasal dia tak diproses dan takde edit. Lagipun what is said and played is what is recorded. Pengumpulan live recordings ni ramai yang buat di seluruh dunia..cuma di rantau ni je kurengggg sikittt... Kalo takde orang atau terlalu sikit pengumpul jenis2 rakaman ni, akan hilang je la gitu saje rock2 melayu..Sedangkan kat negara omputeh, Jepun, dan mana2 la, rakaman2 live unofficial rock/metal bands dari 60an sampai skarang, peminat2 kumpul dan simpan buat khazanah.

Ni skarang ni pun aku ngah type blog ni, aku ngah dengar latest of the latest, rakaman radio broadcast dari Sweden yang dirakam waktu persembahan Iron Maiden kat Stokholm untuk tour eropah A Matter Of Live And Death November/December lepas. Ni la keistimewaan negara2 Eropah dan Amerika Selatan. Kat saluran radio, boleh main Iron Maiden...siap boleh live recording lagik untuk pendengar2 radio negara2 Scandinavia. Kat sapa2 yang cakap ni menggalakkan orang tak beli album ori, well... you are wrong, kalo betul2 fan, mesti support. Bruce Dickinson ( vokalis Iron Maiden ) pernah untuk tour Give Me Ead masa dia intro lagu baru "Wildest Dream" ,( tu jam album Dance Of Death belum keluar ) dia cakap kat audience " keluarkan semua alat2 rakaman korang, rakam lagu ni dan kongsi satu dunia, tapi beli la album2 original". Dan kalo sapa2 dah tengok video/dvd Maiden kat Gothenburg 2005, dia cakap " bila rakaman ni disiarkan kat TV, rakam kat videotape dan kongsi ngan kawan2 bukan sahaja di Sweden tapi seluruh dunia ". Tapi cam ni Iron Maiden tak yah takut la, peminat dorang satu dunia selagi ada duit poket, mesti beli rakaman2 ori dorang hehehe. Enough luahan hati aku pasal unofficial live recordings...so moving on...

kat sini nak share kat korang satu rakaman album Melayu live yang aku rasa unik kerana... aku tak rasa sound dia diproses balik.

REAL XPDC Konsert Live
1999 Real XPDC Records
Dirakam kat Shah Alam
Mael XPDC ngan guest musicians yang nama2 korang nengok sendiri la kat inlet dia aku snap foto ni.

Aku percaya tulisan kat inlet cd ni " keseronokan amat jelas dirasai mendengar album live ni berbanding album album live sebelumnya yang kebanyakkan telah dirakam semula di studio rakaman. ".

Setlist
1) Jangan Tak Mandi
2) Senapang Patah
3) Ntahapahapantah
4) Hidup Bersama
5) Apa Nak Dikata
6) Bahalol
7) Si Ai En Ti Eh oppss salah, CINTA (versi Metal)
8) Selendang Merdeka
9) Tak Nak Jadi Soh Chai

Smua lagu2 best XPDC yang MAEL nyanyikan balik kira sebagai artis solo la.
Suara MAEL ni sedap la...aku suka... mintak seribu kali maaf kat Ali, aku rasa Ali has a very nice voice tapi pada aku MAEL is XPDC.
Exciting la jugak album ni, aku suka dengar ( walau setahun tak sekali kot? cuma ni aku keluarkan balik pasal sebenarnye nak snap some photos untuk forum Lagendarock tapi sambil tu ceta2 kat sini la, saje type2 luahan hati )... Mael pandai coleteh jugak...menghiburkan..

Sapa tau cammana orang yang rakam album ni dapat sound power giler cam gini? Aku tahu dia pakai DAT machine, tapi dia sambung terus kat soundboard ke? ok la eh orang dalam eh? tapi very good sound la untuk rakaman jenis2 gini..

Skarang rock band melayu dah mula keluar jenis vcd/cd live in planet hollywood gitu..alrite la....at least ada jugak documentation dan untuk peminat buat kenangan.



Engkau la emas Engkau permata
Aku cuma macam ni saja
Aku mahu bertemankan hidup
Dengan hati ikhlas mulia...

Saturday, December 30, 2006

1341+ The Number Of The Beast

2007 Masehi nak sampai ek. Lagi dua hari. Cepat betul masa berlalu, makin tua dah. Uban makin banyak, rambut makin sikit. Makin susah nak center parting dah..HUAHUAHUA!!

Ni ngah petang raya aji. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1427 Hijrah untuk smua. Smoga keadaan banjir teruk kat Johor, Melaka, Sumatera dan lain2 tempat dimana saje dah reda sikit, dapatlah mereka yang terjejas sambut raya ngan gembira.
A salute to Search for cancelling their Larkin gig next Sunday as a sign of respect to the flood victims. \m/

Anyway, ni dia kelender rasmi Maiden untuk tahun "1341 + The Number Of The Beast".

Thursday, December 28, 2006

review : Classic Rock Magazine January 2007 issue

Smua orang bleh tulis atau type eh, smua bleh buat ayat, buat karangan, cerita, perenggan ( paragraph ) ke hapa2 ke, tapi kalo nak tulis sampai orang suka baca dari start sampai abis, bleh kasi orang dapat feel it, susah.
Korang pernah kan, baca mana2 tulisan rencana ke ulasan ke then korang cam menjiwai dan tumpang ketawa tumpang sedih nangis.. Aku tak rasa penulis2 tu semestinye sekolah tinggi ke, ada sijil ke hapa ke, smua dari kita manusia adalah istimewa cuma tak bleh lari dari cara hidup zaman ni, nak tampil ke hadapan orang masih nengok kita nye sijil sekolah, latarbelakang, siap lagi nak screen kita nye criminal rekod lagik..tu la yang cam siot kadang2, dunia ni rugi pasal aku rasa ramai orang yang berbakat tak dapat ke hadapan just becos sekolah tak tinggi, takde cert dan jugak apa2 la yang berterabur time masa zaman lampau dorang.
Tapi whatever, aku rasa salah satu cara untuk dapat tulis ngan lebih baik ialah ngan lebih membaca, apa2 pun la, sokkabar ke ( hari ni nye ke, bulan lepas nye ke doesnt matter ), majalah ke, notis bod kat bus stop ke,iklan pamplet ke, bleh belajar word baru, bleh nengok style orang. Salah satu aku nye dreams in life, aku nak baiki melayu dan english aku bleh tulis cam journalist yang best2..teringat aku zaman Metal Hammer, Kerrang, Raw late 80s dan early 90s.. salah satu influence aku untuk suka membaca. Anyway enough merapu.

Korang!! Classic Rock Magazine issue January 2007 is the best of the mega super best.
Aku slalu gi kedai, bukak plastik baca je percuma tapi yang ni beli.
Cover depan..
10 muka surat penuh tentang latawan Iron Maiden gi Jepun untuk A Matter Of Life And Death nye tour, cerita macam2 la, Maiden gi makan, gi sana sini, naik ketapi laju bullet train or whatever tu, gi kedai Bootleg ( biar betik Jepun ada kedai bootleg, heaven sey ),

ada ceta pasal anak pompuan sulung Steve Harris first steps pun kat Jepun jugak depan members dan crew Maiden, dan paling poignant pasal Adrian Smith cakap kerisauan dia kerana Maiden nak buat persembahan kat Hiroshima. Dorang nye stage show dan setlist semua unsur perang untuk tour ni dan kita smua tahu sejarah Hiroshima.
Ada ceta Bruce Dicksinson cakap pasal pembinaan Atomic Bomb ( kan lagu Brighter Than A Thousand Suns ditulis tentang Jepun kena jatuh bom Atom dua kali kat Nagasaki dan Hiroshima ), dia ceta la pasal masa cipta bomb tu dan aftermath dia bila salah satu pencipta Atom Bomb dapat tahu bom tu dijatuhkan kat Hiroshima dan kesedihan dia bila dapat tahu betapa dahsyat giler kesan bomb tu.
Also ceta pasal dorang pegi musium kenangan pasal bom atom tu jatuh dan hancurkan Hiroshima all that la, best ek,
takpelah at least aku tak dapat gi Jepun ( sapa tahu lain kali kan? ), baca pun dah aku dah alrite. Also ceta pasal dorang nye setlist untuk tour ni pasal dorang gi main album AMOLAD complete dari start sampai abis.
Ah, dah jugak pasal Budokan. ( Budokan ni cam legendary eh, aku nengok DVD Dream Theater Live In Budokan, lawa sey tempat tu.)
Macam2 la pasal Maiden dan lots of nice photos.
Also, majalah ni ada ceta pasal kumpulan Eagles nye kenangan buat album Hotel California. Dan ada satu segmen breakdown pasal lagu tu sendiri pasal tuduhan lagu tu unsur puja setan la apa la crap, dan jugak pasal tuduhan2 religious zealots yang tuduh whatever crap pasal gambar kat belakang album tu nye cover.
Last but not least, lots of very good writings and reviews yang aku suka sangat baca, and of course lots of nice photos ( pasal ni issue pun ada gambo2 dari satu majlis awards Classic Rock jadi Ronnie James Dio semua ada la.)
Dan paling best dapat free sampler cd, yang cover dia pun ikut style Jepun, godzilla with the raising sun style Loudness hehehe. Sampler dari cam2 band la, aku suka la sampler Warrior. Nak kena check this band out. Dragonforce pun ada jugak la, New York Dolls dan apa2 la...
Korang gi carik majalah ni wei....

berita: LOUDNESS 25th Anniversary album baru.


Dah keluar baru nye dari kumpulan Loudness. Tunggu ihsan kawan aku nanti pinjamkan aku bila dia ada nanti. Skarang nengok gambo cover je la.
Aku rasa ni kali , semua liriks Bahasa Inggeris pasal ni album rakam kat amerika kot, baru best la eh, dorang nyanyi bahasa jepun , tak paham.
Tracklist album Breaking The Taboo ni - 'Breaking The Taboo', 'Brutal Torture', 'Sick World', 'Don't Spam Me', 'Damnation', 'The Love Of My Life', 'A Moment Of Revelation', 'Risk Taker', Dynamite', 'I Wish', 'Diving Into Darkness', 'Without You'.

Tuesday, December 26, 2006

Dear Kumpulan Search


Dear Yazit, Nasir, Hiliary, Amy aka Search line up GME ( spelling sma betul ke?, Eddrie nye nama kena include jugak ke? )

Korang jangan tak jadi k 5 januari 2007 ni tau? skarang aku ngah pikir, cammana aku nak gi dari puduraya gi Stadium Merdeka ni? takkan nak jalan kaki lagi sey...tapi apa2 pun wa dah ada tiket, tak stress sangat. Mintak2 aku sempat sampai KL pun petang tu hehehehe. Takpe, tiket bas banyak.

Apsal susah sangat nak nengok korang ek Search?
Remember korang suppose to play Fort Canning Singapore kan? Wa dah beli tiket tau, $50 tak salah. Kenangan yang pahit. Dan wa rasa bukan wa sorang je cam gitu, ramai lagi. Apa bleh buat kan, dan sampai skarang aku rasa habis2 gitu je kan? takpelah smoga berbahagia la whoever, duit bleh carik lain kan Search? betul tak? lagipun bukan salah korang.

Kalo boleh, korang suruh Slank warm up kejap la eh, aku expect nothing less than a 2hr show , 20 lagu nye setlist cam kat Larkin yang korang reunion tu. Oo dan please please, tak mau waste time bawak Isabella ngan Fantasia Bulan Madu please..bawak more obscure songs please - Setelah Hujan lagik sekali ah, or tak banyak songeh, Pembakar Perasaan pun ok la. Album GME lak, lagu Irama Marakas please, do make my dream come true dears. hehehe.

Encore panggil la ex members on stage ek..( you know who they are )
Korang dah tua,Korang bleh imegin ke satu hari nanti korang nak reunion ngan Kid/Din tu jam ntah sempat ntah tidak.., so bersatu la balik skarang. Weiii Iron Maiden 6 orang la, tak jadi masalah untuk korang jugak buat sama. Smua fans aku rasa kalo vote, akan mintak the 6 men line up, abis ceta. Adil.

Dah tu je, prektis elok2, sound kasi elok2.

From
Your Fan in South Of Heaven ( oppss South of JB ) muahahahaha!

Monday, December 25, 2006

Foxtrot


intermission lagik, dan pasal komik jugak hehehe
korang tahu komik ni kan? ok la kelakar dan jugak selalu jokes dia very relevant ngan isu semasa dan hal2 mutakhir ( ewah melayu aku wakakakka ).
Anyway, nampaknye katunis Foxtrot nak berhenti buat katun harian, 30hb december ni kali terakhir, tapi websites2 kat internet akan recycle katun2 harian lama ( cam peanuts punye strip la ), katunis dia cuma nak buat weekends nye strip je, sedih lak...ni salah satu komik aku look forward to tiap2 hari. Kadang2 gi library kalo ada kompilasi dia, aku pinjam...best.
moving on...

Friday, December 22, 2006

so close.. yet so far away

Korang pernah tak? teringin sesuatu dah 23 tahun, doploh tiga tahun, dari korang sekolah rendah time kecik2, sampai dah berdozen dozen umur, korang nak tapi tahu mustahil,..dan tiba2 yang diingini tu nak melintas paling dekat ngan korang dalam sejarah, takkan berulang lagi, tapi korang fikir dan fikir then think dua tiga kali, then korang tahu, well... tak bleh la, then korang air mata ada basah2 sikit..? sadness surrounds you at this moment at night, kul 2 pagi, semua senyap...bunyik keybod je...

Cam nak nangis aku. Aku spend the past 30 minits surf internet pegi cek tiket kapalterbang.. i just cant do it..
IRON MAIDEN nak perform kat Dubai bulan March tahun depan..
Paling dekat..takkan lagi dekat dan takkan lagi murah lagi. Takkan ada lagi.
This is the onces in a lifetime occurance yang aku ada chance untuk mampu pegi tengok dorang, tapi tiket flight je dah $1600++.
ARGGGGHH!!!!!! decisions decisions decisions, kalo start kumpul, possible kot? wakakaka. Tapi...arrgggh!!! lagi bagus beli esbok yang dua pintu..
but stranger things has happen, nengok la one or two days kasi aku fikir lagi...

now lagu sedih hall and oates " co close " ngah main kat kepala aku :

They met on the dance floor in the old high school gym
He fell like a rock
She kinda liked him
And his heart beat like thunder as they moved cross the floor
But when the music was over she slipped out the door
Yeah a man loves a woman but he can't understand
Why she's sad when she stares at the ring on her hand
Then she sits in some club where the long shadows fall
Drops a coin in the jukebox not the phone on the wall

So close
Yet so far away
We believe in tomorrow and a better day
We lie down to sleep so close
Yet so far away

Thursday, December 21, 2006

MALEX U'phoria 2

ni kira sambungan tu hari pasal cd2 kumpulan Malex lama eh..



MALEX "Uphoria 2
P&C Uphoria Publishing

Tracklist
1) U'phoria Di Hari Raya
2) Nostalgia ( instrumental )
3) Bilang-Bilang ( unplugged )
4) Yang Tersirat ( unplugged )
5) Emosi ( instrumental )
6) Euphoria ( live bootleg )


Ni bulan pose bila eh aku beli? 2003 tak salah aku beli kat salah satu bazaar ramadhan/raya Geylang Serai.. Sort of macam mini-album. Cam EP gitu la kira. Tu jam beli dapat poskad gitu dan poster or something la tak ingat, tapi dah hilang dah, aku simpan cd dia je.
Pada aku, ni album ada satu benda yang aku kurengggg sikit. #3 & #4 ada cam suasana unplugged with audience gitu? tapi kenapa tepuk tangan dia pada aku is so fake.
Tapi well...... kalo korang smua dengar korang nilai sendiri ah, tapi pada aku, everytime aku dengar, bila masuk part tepuk2 tangan tu, tak berkenan la hehe.
K, first song, lagu raya. Lagu ori dorang. Bagus jugak tapi tak tahu lak radio ada main ke tak masa raya hehehe. Aku tak dengar la, aku dengar lagu Sepasang Kurungan Biru je huahuahua.
Seken song, I like..., third song, ok la. #4, best..tapi cam aku cakap tepuk2 tangan tu aku tak suka, kalo ada version takde tepuk tangan mesti best, atau tepuk tangan yang lagi sesuai dan semestinye lagi bersemangat.
Sebelum korang cakap aku sapa nak kutuk2? well...anggap je la constructive criticism ( betul ke spelling? ).
Emosi, cam sama je ngan version first album...tapi still best of the best.
Lagu #6 - Euphoria ( live bootleg ) - hah! ni la aku suka, mungkin satu hari nanti Malex boleh release a proper live album, tak pun kualiti bootleg cam gini pada aku dah more than acceptable.

tu je kot.

review- TWISTED SISTER a twisted christmas

in no way post ni aku nak glamerkan krismas, apa lagi nak promote krismas.
Tapi pasal nak ceta Twisted Sister dah release album " A TWISTED Christmas " je...

Twisted Sister ni korang pun dah tau, dah lama la eh, masa aku secondary school antara kaset aku ulang2 main ialah kaset album dorang " You Cant Stop Rock n Roll". Sampai skarang ni pada aku dorang nye paling best album.
K, ni album krismas dorang, dorang bawak 9 lagu2 krismas yang biasa kita dengar kat shopping centers dan kat tv dan jugak kat hollywood movies, tapi semua dah kena metallised rabak rabak wa cakap lu...kalo korang dengar XPDC Metal 60an? ah something like that la, kira dah kena twisted la.
Korang tau lagu " deck the halls with bough of holly fa la la la la la la la, tis the season to be jolly fa la la la la la la la la"? kecoh sey, laju giler lepas tu kira dah cam lagu Manowar Hail And Kill la sikit lebih kurang backing dia. Best sey...
Yang paling best? intro2 tiap2 lagu klassik krismas ni semua intro pakai lagu2 metal famous , pakai intro lagu The Price ( lagu ni ada Lita Ford ), lagu Black Sabbath "Children Of The Grave" jadi intro lagu Let It Snow, intro lagu Judas Priest " You Got Another Thing Coming" jadi intro lagu " I Saw Mommy Kissing Santa Claus " dan apa2 lagi la, ACDC problem child tak salah aku pun ada.
Tapi paling best nye lagu... Heavy Metal Christmas ( 12 days of christmas )
Lirik dia cam gini..

On my heavy metal Christmas my true love gave to me,
"12 Silver crosses";
"11 Black mascaras";
"10 Pairs of platforms";
"9 Tattered t-shirts";
"8 Pentagrams";
"7 Leather jackets";
"6 Cans of hairspray";
"5 Skull earrings";
"4 Quarts of Jack";
"3 Studded belts";
"2 Pairs of spandex pants";
"And a tattoo of Ozzy!";

Best krismas song pada aku sejak lagu Spinal Tap " Christmas With The DEVIL ".

Anyway, Twisted Sister dah tak lama lagi la, aku rasa tahun depan dorang nak break up ( lagi sekali ), and this time for good...Another sign umur dah meningkat for them and means me too muahahaha.

Saturday, December 16, 2006

Heaven And Hell


Korang mesti ingat album Heaven & Hell ni kan?
"sing me a song, you're a singer. do me a wrong, you're a bringer of evil"
Untuk sapa2 tetinggal keretapi, line up Black Sabbath untuk album " Live Evil " dah reform- Ronnie James Dio, Tony Iommi, Geezer Butler, Vinny Appice ( Bill Wards tak jadi, dekni tak sihat kot ).
Dorang tak panggil nama band reunion Black Sabbath tapi pakai nama Heaven And Hell.
Pada aku, Ozzy Osbourne best, tapi zaman Dio jadi vokalis lagi best, even Dio nyanyi lagu2 zaman Ozzy lagi kena, korang dengar lagu NIB. Ternaik bulu roma.
Tahun depan buat World Tour ( konpem tak datang Spore/Msia nye benda2 best gini ), dan dah rakam 3 lagu baru untuk best of " Dio Years ".
Anyway mesti best nye ek...

" The World is full of kings & queens, who blind your eyes then steal your dreams, its heaven and hell " \m/

Friday, December 15, 2006

berita - Search

(Hopefully aku dapat pegi nengok at least one show. Kalo ada tiket la.)


SEARCH (dari kiri) Nasir, Hillary, Amy dan Edrie selepas sidang akhbar pengumuman konsert mereka di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya petang kelmarin.

Search kesal konsert tiada penaja
Oleh: ABD. AZIZ ITAR

BIARPUN sudah 25 tahun ditubuhkan tetapi karisma Search sebagai sebuah kumpulan rock legenda di persada muzik rock tanah air masih belum mendapat perhatian daripada pihak penaja.

Hakikat itu dapat dilihat apabila tidak ada satupun syarikat yang sanggup menaja Konsert Search dan Slank (S2 Celebration Concert) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari dan Stadium Larkin, Johor Bahru pada 7 Januari depan.

Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy kesal apabila kemampuan mereka selama ini dipandang sepi oleh pihak penaja terutamanya daripada kalangan syarikat korporat dan telekomunikasi tempatan.

“Mungkin mereka (penaja) ini buta ataupun pekak dan tidak pernah membuat sebarang penyelidikan tentang pencapaian Search sebelum ini.

“Dua tahun lepas Search pernah buat konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan hampir 40,000 penonton.

“Jumlah itu lebih ramai daripada penonton konsert kumpulan Linkin Park (dari Amerika Syarikat) yang juga pernah diadakan di situ,” kata Amy pada sidang akhbar pengumuman konsert sempena ulang tahun ke-25 Search di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor petang kelmarin.

Konsert anjuran Tiga Events Sdn. Bhd., itu mendapat kerjasama daripada Biro Membasmi Dadah Umno Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Ozone Events Sdn. Bhd.

Konsert Search dan Slank itu juga diadakan sempena Karnival Rasa Sayang 2007 anjuran Biro Membasmi Dadah Umno yang diadakan di dua stadium tersebut.

Menurut Amy, ekoran ketiadaan penaja, konsert terbesar Search yang khabarnya menelan kos sekitar RM500,000 dan dirancang sejak enam bulan lalu itu pernah ditunda sebanyak dua kali.

“Bagi saya, ini adalah masa yang sesuai untuk menyalahkan pihak-pihak penaja. Hakikatnya nama Search sahaja yang besar tetapi kami tidak dapat apa-apa pun.

“Sedangkan artis-artis dari luar pernah diberi peluang (mendapat tajaan) dua tiga kali mengadakan konsert di negara kita.

“Saya tidak menyalahkan artis-artis luar tetapi kalau macam ini macam mana artis tempatan hendak maju?” soalnya dalam nada geram.

Konsert Search bersama kumpulan rock Slank dari Indonesia itu sepatutnya diadakan pada 27 Ogos lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan 20 Ogos di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.

Tetapi kemudian ditunda pada 10 November di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan 12 November pula di Stadium Larkin.

Sayangnya tarikh tundaan kedua itu juga tidak dapat dipenuhi. Kini, pihak penaja, Tiga Events Sdn. Bhd., menetapkan tarikh terbaru konsert tersebut ialah pada 5 Januari depan di Stadium Merdeka, manakala 7 Januari pula di Stadium Larkin.

Jelas Amy, meskipun pernah ditunda beberapa kali tetapi ia tidak pernah melemahkan semangat Search untuk mengadakan konsert yang akan dirakamkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) itu.

“Ini adalah impian Search yang telah berputik sejak awal penubuhan kami lagi. Konsert ini adalah sejarah dalam industri muzik tempatan.

“Setakat ini, tidak ada lagi artis tempatan yang sambut macam ini (mengadakan konsert ulang tahun). Bagi saya, muzik juga satu medium untuk keamanan dan ia sesuai dengan Karnival Rasa Sayang 2007 yang juga diadakan pada tarikh tersebut,” ujar Amy lagi.

Difahamkan setakat ini sebanyak 15,000 tiket sudahpun ditempah untuk menyaksikan konsert di Kuala Lumpur, manakala 20,000 tiket lagi untuk konsert di Johor Bahru.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert di Stadium Merdeka berharga RM82 dan RM47, manakala tiket-tiket di Stadium Larkin pula berharga RM37 dan RM22.

(aku ambik dari Utusan Malaysia 15/12/06)

Thursday, December 14, 2006

berita - LOUDNESS Konsert 25 Tahun

Tua dah aku. pejam celik pejam celik Loudness dah 25 tahun dah.
Bayangkan zaman tu cam gini
zaman skarang cam gini ( gambo 25th anniversary concert )

Cam semalam je eh aku zaman sekolah, kumpul duit, pegi carik kaset Disillusion. Aku tak yah rujuk mana2, aku bleh ingat lagi lagu2 dalam album keramat ni: Crazy Doctor, Butterfly, Exploder, Revelation, Esper, Dream Fantasy, Milky Ways, Ares Lament, ngan lagi satu apa? hahaha dah lupa, maklum dah tua...
( skarang aku upgrade ke cd English version dia, trivia: Disillusion dirakam vokal dua kali, satu bahasa jepun dan satu bahasa English yang sangat kelakar bila Minoru Nihara nyanyi, sedap bunyik dia pelat2 lidah Jepun bercakap Engrish hehehe )
Kelakar kan dia nyanyi? korang dengar lagu Crazy Night kan? Wock And Woll Cwazy Nights hehehe.
Aku tahu la English aku lagi teruk, tapi sekali2 ketawakan English orang lain best wooo.

So Loudness ngan line up original Akira Takasaki, Munetaka Higuchi, Minoru Niihara dan Masayoshi Yamashita dah sambut 25 tahun ngan konsert special kat Jepun. ( Cam Search la jugak ye.. )
Setlist TOKYO INTERNATIONAL FORUM HALL A 25th Nov 2006
EXULTATION
LUNATIC
CRAZY DOCTOR
THE WINDS OF VICTORY
1st medley
LOUDNESS
~STREET WOMAN
~LONLEY PLAYER
~ANGEL DUST
~IN THE MIRROR
~BLACK WALL
~ESPER
SO LONELY
CROSS
CRAZY SAMURAI
2nd medley
LET IT GO
~ROCK'N ROLL GYPSY
~LIKE HELL
~SOLDIER OF FORTUNE
~PRAY FOR THE DEAD
~NEVER CHANGE YOUR MIND
THE END OF EARTH
STAY WILD
CRAZY NIGHT
(1st endcore)
THE PANDEMONIUM
THE BATTLE SHIP MUSASHI
(2nd endcore)
THE LOVE OF MY LIFE (brand new album)
S.D.I.
special
SPEED

ooo ya, sapa2 tak tahu original line up Loudness ni sudah reunion pada tahun 2000 gitu la untuk Spiritual Canoe dan ada album2 selepas tu macam pandemonium, biosphere, racing dan apa lagi la live albums dan dvds. Ni akhir tahun ni nak keluar album baru lagik, kalo aku dapat dengar bila kawan aku beli ( aku konpem dia mesti sambar satu, Loudness fanatik wooo ), aku review sini next year.

Wednesday, December 13, 2006

MALEX Euphoria

Asyik ceta band omputeh je kan, so satu dua postings ni aku ceta dan tampal fotos aku snap untuk cd cd kumpulan Malex yang pes dan seken. Ceta pasal pes nye dulu ek. Cover dia -


MALEX - Euphoria
( Malex/Alif/Ain/Sham )
Batu Giling Production 2002

Tracklist :
1. Euphoria
2. Keampunan ( vokal )
3. Emosi
4. Seksa ( vokal )
5. Angin
6. Ribut Hidup ( vokal )
7. Yang Tersirat ( vokal )
8. Aur Dan Tebing
9. Berentakan
10. Di Tebing Suram ( vokal )
11. Fiesta Frenzy
12. Nostalgia
13. Euphoria ( reprise )

songwriting - Semua Malex kecuali #2,#4,#7 Malex/Alif, #10 Shanazron, #6 Malex/Mizi/Loloq


breakdown:
8 instrumental
3 laju
2 slow

Ntah eh, pada aku ni antara rock album melayu yang paling best la, cam kalo kita dengar kaset Wings "belenggus"/"hukum karma", kita dengar kaset Search" mentari merah", kita tak fwd skip2 lagu kan? hah cam gini la aku dengar album ni. Konsisten. Jadi mungkin ni antara pada aku best album rock melayu? mungkin la tapi ni album nampak cam abis2 gitu je kot? tak edarkan lagi ke? Dulu ada nampak Malex buat show dorang jual, kat Muzika rekods pun ada, skarang dah takde kot. So sapa takde ni album Euphoria, rugi!!! hehehe, korang gi la usaha eh carik. A magnificient album \m/ .( wa tak buat sign dio ni sebarang2 so ni kira wa dah respek abis ni )

Keampunan, Siksa, Euphoria korang tau la eh dari 3rd album WIRA COSMO ( vokalis je lain ), tapi yang lain banyak hidden gems.
"Emosi", peh....slow jack abis. Kalo lagu kita boleh panggil lawa, ah ni lagu memang lawa cun melecun sedap mata memandang la. Wakakaka.
Some instrumentals, melekat kat kepala, especially bila hari hujan ke, kita ngah naik bas sorang2 ke? hah...this is that type of instrumental. \m/. ( wa bukan nak angkat beb, wa cakap betul nye )
Dan cam aku post tu hari, apsal apsal Malex tak cover version 2 slow rock terbaik giler - Yang Tersirat dan Di Tebing Suram untuk Wira Cosmo? kasi tambah lagu sikit. Simpan lain kali kot untuk live album or boxset? hehehe , takpe wa beli , tu pun kalo wa tahu mana nak carik la...sikit nye susah carik cd kumpulan Malex.

So thats about it, sedikit memori pasal rock2 lama, tak lama jugak la eh, tapi kira memori jugak la eh.. next...dorang nye seken cd lak.

oppss lupa lak, kat inlet cd ni tulis - illustrasi diadaptasikan dari " lebor gabala - the book of conquests " oleh jim fitzpatrick.

asal usul Eddie: mascot Iron Maiden

Sapa tak tahu Eddie tu sapa kan?
Pencipta dia si Derek Riggs ni kan kalo kena tanya mana dia dapat idea gambaran Eddie, dia cakap dia pernah nampak gambar satu kepala askar dah reput gitu, diletak atas kereta kebal masa perang Vietnam dulu.
Mungkin sojer Vietnam atas kereta kebal Amerika, atau sojer Amerika atas kereta kebal Vietnam. Anyway, ni gambo dia...



Check out this image, which is supposedly the one that inspired Derek Riggs to draw Eddie! Be advised, contains strong graphic elements.

The image below is supposed to be one of two scenarios;

A Vietnamese head on an American tank, or...
An American head on a Vietnamese tank.
Riggs talked about this photo in 12 Wasted Years and claimed he believed it was an attempt by the American government to gain sympathy through propaganda. Regardless of why the picture was originally taken though, it isn't hard to see the links to the result - Eddie.

Tuesday, December 12, 2006

review dvd - MANOWAR: The Day The Earth Shook: The Absolute Power ( bah. 3 )

Masuk DVD 2 lak..
Mula2 bahagian konvention dia yang 2 jam lebih tu footage dia.
Soalan - Joey , What does the six magic circles means on the song Blood of the King?
( yang last song album Kings Of Metal kan ada part " six magic circles made by the blood of the king"
Joey - Its our sixth album, and if you look at the CDs and Records they are all circular, each one is special..

Ooooo baru den tahu hahahahahaha. Kadang2 lirik dia memang curious jugak.
Ok ni semua masa ada satu part convention tu. Smua lapan2 anggota Manowar dulu skarang disuruh jawab soalan2 peminat dari seluruh dunia...best la.
Dah tu sapa minat gitar, ni dvd 2 gitar heaven
Ross the Boss nye gitar klinik 40 minit gitu, David Shankle pun, cuma Karl Logan je kejap, mungkin pasal dia ahli Manowar masakini.
Then macam2 la, best tunjuk ahli2 Manowar dan jugak peminat2 dorang dari seluruh dunia...Jelesnye aku!!!!
Ada satu part tu tunjuk Manowar soundcheck lagu Hearts Of Steel dalam bahasa German Herz Aus Stahl. Best sey.
ok lepas tu ada documentary pasal tempat festival ni dan cammana dorang buat stage besar gile bertingkat2 sampai tiga untuk choir dan orkestra 200 orang tu.

Last sekali, ni paling best!! ada satu extra segment 14 minit gitu, tunjuk lapan2 anggota Manowar rehearsal lagu Battle Hymn kat satu pentas rehearsal...Best giler!!
Nasib baik dorang bawak kamera crew...smua ambik dekat2 sey cam nak terlanggar2 je musicians semua, sempit tempat tu.. I like.
Masa ending, Eric buat silap dua kali masa introduce each member hehehe.

Aku paling suka Iron Maiden, banyak bands lain aku suka tapi, sejak tahun 1988 bila first time aku dengar Manowar, dorang always ada special place kat diri aku muehehehe.

review dvd - MANOWAR: The Day The Earth Shook: The Absolute Power ( bah. 2 )

sambungan..
sebahagian gambo kat sini aku ambik dari website Manowar Brazil eh. ( the live photos were taken from the Manowar Brazil website, the rest from the DVD booklet ).
k , DVD 1 ni kan, konsert Manowar selama 2 jam lebih, tapi aku rasa konsert ni mungkin 3 jam lebih pasal ada masalah bunyik, kita bleh nengok masalah tu kat Bonus footages dia.
Dia punye pentas besar giler, dah tu kiri kanan pentas ada tempat orkestra dan choir tiga tingkat. Nengok 2 gambo ni.



Konsert dia yang setlist aku tampal kat post sebelum ni memang best.
Gambar terang, macam2 angle , maklum 20 lebih kamera..
Paling best bila bekas anggota David Shankle + Rhino perform dua lagu ngan Joey DeMaio dan Eric Adams ( metal warriors ngan glory of achilles ), dan Donnie Hamzik dan Ross The BOSS perform dua lagu ( metal daze dan dark avenger , part baca poem tu Orson Welles nye muka keluar kat screen besar )
200 pemuzik orkestra dan choir tambahan tu semua datang dari Czech Republik.
Ada segmen khas untuk dorang bila dorang main lagu2 klassikal dari Wagner ( ni lepas Joey kutuk keturunan Wagner pasal tak mau beri kerjasama untuk bahagian tribute to Wagner ).
Ooo ya, bahagian ni Joey De Maio cakap " Germany Owns Heavy Metal!! , England doesnt own Heavy Metal, America doesnt own Heavy Metal, China doesnt own Heavy Metal , Russia doesnt own Heavy Metal "
Joey deMaio cakap gitu pasal dia bilang si Wagner ni dilahirkan kat Germany. Zaman dulu, "Wagner plays faster, louder and more melodic than any other music".
Skarang ni aku nak carik rakaman rehearsal dorang perform lagu Heart Of Steel dalam bahasa Inggeris pasal konsert ni dorang bawak dalam bahasa German.
Serious bebual, masa lagu penghabisan, aku nangis siot tengok...mata berair.

Drummers kat atas: (L to R ) Rhino, SCOTT COLUMBUS, Donnie Hamzik
Bawah: ( L to R ) JOEY DEMAIO , ERIC ADAMS, KARL LOGAN, David Shankle, Ross The Boss

Lagu Battle Hymn, semua lapan anggota main ramai2...Gitar solo lagu ni tiga2 solo satu persatu...korang bayangkan tiga drummer sekali gus?? giler.
Biler intro dia abis, Scott Columbus terus ketuk kan? terus kiri kanan drum riser lagi dua pun naik sama...it is so beautiful, memang sejarah la ni konsert, lagi 10 tahun 50 tahun orang akan cakap pasal ni performance.
Masa kamera man zoom kat penonton, ada jugak nangis, malah kalo korang dengar audio commentary Director, dia cakap dia pun nangis, dia ingat pasal dia stress dan penat, tapi dia perasan pasal persembahan tu best giler, Director DVD ni pun memang peminat Manowar jugak hehehe.
Abis lagu Battle Hymn, ada pertunjukkan bunga api yang palinggg sangat best, diiringi lagu Crown And the Ring.
Skarang pegi kat Bonus section DVD 1 lak, bonus dia satu best pasal kita bleh pilih audio commentary oleh tuan Director, jadi tau la lebih sikit apa jadi.
Bass Solo - Joey berhenti main pasal dia ada problem ngan sound dia..
Sound Check - ni giler, real giler. Dorang ngah perform lagu Outlaw, halfway berhenti pasal Joey tak bleh dengar Snare Drum, jadi baru aku tahu, Manowar main sangat la bising dan lagu Outlaw kan laju, jadi dorang kena ada dengar snare, tapi sound drums ada problem, jadi dorang soundcheck lagi sekali masa tengah konsert...Betul2 bukak mata aku cammana dorang bleh buat ni semua test drums la apa la...Sound sistem Manowar memang paling power la. Joey cakap peminat pay money and they deserve the best. Setuju!! Aku pegi konsert Yngwie Malmsteen kat Expo dulu sound pecah giler....weaksssss.
bersambung