Sunday, December 31, 2006

memori : REAL XPDC Konsert Live / Luahan hati tentang unofficial live recordings

Ntah apasal eh, aku dari dulu aku suka dengar unofficial live recordings.. ada orang panggil bootleg la, apa la, tapi unofficial live recordings ni boleh datang dari mana2 sumber, radio broadcast ke, rakaman peminat ke, dan apa2 la. Aku suka dengar pasal walaupun selalu nye tak clear, ( kecuali kalo soundboard recording dan semestinye radio broadcast ), tapi kadang2 peminat2 dapat rakam sound yang baik, even kalo rakaman dia tak bagus tak dengar sangat persembahan lagi banyak dengar orang2 kat audience sing into the recording mic, tapi unofficial live recordings tu ada keistimewaan pasal dia tak diproses dan takde edit. Lagipun what is said and played is what is recorded. Pengumpulan live recordings ni ramai yang buat di seluruh dunia..cuma di rantau ni je kurengggg sikittt... Kalo takde orang atau terlalu sikit pengumpul jenis2 rakaman ni, akan hilang je la gitu saje rock2 melayu..Sedangkan kat negara omputeh, Jepun, dan mana2 la, rakaman2 live unofficial rock/metal bands dari 60an sampai skarang, peminat2 kumpul dan simpan buat khazanah.

Ni skarang ni pun aku ngah type blog ni, aku ngah dengar latest of the latest, rakaman radio broadcast dari Sweden yang dirakam waktu persembahan Iron Maiden kat Stokholm untuk tour eropah A Matter Of Live And Death November/December lepas. Ni la keistimewaan negara2 Eropah dan Amerika Selatan. Kat saluran radio, boleh main Iron Maiden...siap boleh live recording lagik untuk pendengar2 radio negara2 Scandinavia. Kat sapa2 yang cakap ni menggalakkan orang tak beli album ori, well... you are wrong, kalo betul2 fan, mesti support. Bruce Dickinson ( vokalis Iron Maiden ) pernah untuk tour Give Me Ead masa dia intro lagu baru "Wildest Dream" ,( tu jam album Dance Of Death belum keluar ) dia cakap kat audience " keluarkan semua alat2 rakaman korang, rakam lagu ni dan kongsi satu dunia, tapi beli la album2 original". Dan kalo sapa2 dah tengok video/dvd Maiden kat Gothenburg 2005, dia cakap " bila rakaman ni disiarkan kat TV, rakam kat videotape dan kongsi ngan kawan2 bukan sahaja di Sweden tapi seluruh dunia ". Tapi cam ni Iron Maiden tak yah takut la, peminat dorang satu dunia selagi ada duit poket, mesti beli rakaman2 ori dorang hehehe. Enough luahan hati aku pasal unofficial live recordings...so moving on...

kat sini nak share kat korang satu rakaman album Melayu live yang aku rasa unik kerana... aku tak rasa sound dia diproses balik.

REAL XPDC Konsert Live
1999 Real XPDC Records
Dirakam kat Shah Alam
Mael XPDC ngan guest musicians yang nama2 korang nengok sendiri la kat inlet dia aku snap foto ni.

Aku percaya tulisan kat inlet cd ni " keseronokan amat jelas dirasai mendengar album live ni berbanding album album live sebelumnya yang kebanyakkan telah dirakam semula di studio rakaman. ".

Setlist
1) Jangan Tak Mandi
2) Senapang Patah
3) Ntahapahapantah
4) Hidup Bersama
5) Apa Nak Dikata
6) Bahalol
7) Si Ai En Ti Eh oppss salah, CINTA (versi Metal)
8) Selendang Merdeka
9) Tak Nak Jadi Soh Chai

Smua lagu2 best XPDC yang MAEL nyanyikan balik kira sebagai artis solo la.
Suara MAEL ni sedap la...aku suka... mintak seribu kali maaf kat Ali, aku rasa Ali has a very nice voice tapi pada aku MAEL is XPDC.
Exciting la jugak album ni, aku suka dengar ( walau setahun tak sekali kot? cuma ni aku keluarkan balik pasal sebenarnye nak snap some photos untuk forum Lagendarock tapi sambil tu ceta2 kat sini la, saje type2 luahan hati )... Mael pandai coleteh jugak...menghiburkan..

Sapa tau cammana orang yang rakam album ni dapat sound power giler cam gini? Aku tahu dia pakai DAT machine, tapi dia sambung terus kat soundboard ke? ok la eh orang dalam eh? tapi very good sound la untuk rakaman jenis2 gini..

Skarang rock band melayu dah mula keluar jenis vcd/cd live in planet hollywood gitu..alrite la....at least ada jugak documentation dan untuk peminat buat kenangan.



Engkau la emas Engkau permata
Aku cuma macam ni saja
Aku mahu bertemankan hidup
Dengan hati ikhlas mulia...

8 comments:

Anonymous said...

- Bruce boleh cakap cam tu eh, best la...

- bagi rock melayu, aku rasa ramai org kita tak berapa suka share rakaman camni. semua suka simpan sendiri je.. boleh bangga pulak tu cakap tak nak bagi kat org lain. sedangkan maiden sendiri suruh org share, itu aku kagum.

aku setuju tajuk forum 'unofficial recording documentation' tu. aku berminat nak kumpul semua maklumat ni. tapi ada pulak org yg salah faham konon kita nak 'curi' rakaman diorang. camana tu? susah kan, cuma nak dapatkan info dan kumpulkan senarai semua rakaman pun ramai yg tak nak share info, apa lagi la nak share rakaman tu.

deaf-angel said...

sebab tu aku nak taruk setlist2 sebagai permulaan..
10 , 20 tahun dari sekarang, budak2 baru mesti akan dengar smua lagu2 Search dari smua album, then dorang mesti nak tahu, apa2 lagu yang Search bawak live.
sama jugak sapa yang 20 tahun dari skarang akan first time dengar Wings/Amuk/Rusty Blade/Rockers/May dan apa2 band, dorang mesti nak tau..kalo takde orang documentation.. thats it gone with the wind...

dfebian said...

Aku juga ada dgr album ni...sound mmg live..ori...

Unknown said...

bro share la... boleh aku dengar jugak. dulu aku nak beli tak dapat...

azamaju sprayworks said...

salam bro.makasih coz share info pasal xpdc/mael kat sini,aku setuju 100% apa yang bro tulis dalam artikel ni,sebab secara tak langsung aku sendiri pun membesar dengan xpdc.
Dan Mael memang best sewaktu bersama xpdc n solo..

chempiang said...

bro..lame carik album neh..tp xde release kat market eh..
share r bro..nk jugak mndngar..dpat dgr ponk 3 lagu jek kt youtube...

Tukang Libas said...

hangin beb....kaset live konsert nie gua punye da lenyap bersame2 rumah setinggan yg gua duduki....mase 2 gua sambung blaja...bilik gua mmg mak gua x kemas rr....tringat sampai sekarang....=(
da la order kat majalah konsert, ...hangin2!!!

Anonymous said...

dulu gua zmn skolah lalu je tepi kedai kaset, nampk la poster album Real XPDC 'live' tu.. x sngka skg jd 'khazanah rare'gua rasa.. paling gua suka rasany lagu C.I.N.T.A. versi metal dlm album tu :) \m/