Saturday, December 9, 2006

berita - Lovehunters

" Mendung dalam sinar mata mu , kenangan duka masa lalu, kepasrahan "
lagu melayu peberet Lovehunters bagi aku hehehe.. Sambutlah Kasih huwahuwahuwa
tapi kan, pada aku Shed No Tears still the best la, antara lagu tempatan Inggeris yang paling best aku pernah dengar.
Anyway, ni some latest info kat sokkabar melayu pasal Lovehunters dan apa2 la jugak.

Maybe kalo free, harga tiket affordable bleh gi nengok dorang perform la, mintak2 ada lagu Shed No Tears la hehehe.



Santai : 9 Disember 2006
Mudah cetak | E-mel
LOVEHUNTERS 'JELAJAH KELAB'
Oleh
Jo Santai

WALAPUN sudah beberapa kali berganti pemain gitar utamanya, kumpulan Lovehunters yang ditubuhkan dalam 1987 akan membuktikan mereka tetap bertahan apabila mereka semakin rancak mengatur persembahan dari 16 Disember ini hingga ke pertengahan tahun depan.

Untuk permulaan, mereka mengadakan 'club tour' atau persembahan bergerak dengan mengadakan persembahan esklusif di tiga lokasi berlainan.

Pada 16 Disember, Lovehunters beraksi di Gashaus Cafe di Middle Road, diikuti di Celebration, NTUC di Hougang Mall, pada 5 Januari depan dan mengakhiri persembahan ini di Hard Rock Cafe pada 19 Januari depan dengan kesemua persembahan bermula 10 malam.

Penulis difahamkan bahawa persembahan bergerak ke kelab-kelab anjuran Diva Jams ini adalah untuk mengimbaskan kembali ingatan para peminat Lovehunters yang setia mengikuti perkembangan mereka sejak kemunculan album pertama hingga ke album kelapan mereka.

Persembahan kembara mereka akan disusuli dengan satu konsert besar-besaran pada 1 Jun apabila Lovehunters mengadakan konsert Demam Loverhunters 2007 sebagai menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan mereka.

Gerakan Lovehunters di kelab-kelab itu nanti juga akan menampilkan muka baru dalam kumpulan ini, Najif, pemain gitar utama kumpulan Gersang, menggantikan anggota asalnya, Moliano.

No comments: