Tuesday, June 17, 2008

Sweet Charity 14 Jun 08 @ PWTC ( part i )

part 1 of 2. Reviews dan 'Ross Halfin tak jadi' photos aku gi nengok Sweet Charity 14 Jun 2008 konsert kat PWTC Kuala Lumpur.

Ni buku program dia, full color, banyak info terbaru setiap ahli, harga 5RM.
( click all photos to enlarge )


aku pernah ada kawan kerja, dah abang2 gitu, suka cerita pasal dia waktu remaja gi nengok Sweet Charity kat National Theater (sebelah aquarium van kleef tu dua2 dah roboh dah) pada akhir tahun 70an, awal 80an gitu.



Ramli Sarip ngan position kaki yang waktu show intro, MC si Bob Lokman dah buat explanation lawak mengenai perbezaan cammana diri atas pentas cara Rock, dan diri atas pentas cara Raihan.


Dan cara kawan aku cerita, macam memang zaman tu the best time to be a rock n roll fan kat sini. Jealous siak aku. Apakan daya, paling dekat aku ngan Sweet Charity tu jam ialah nyanyi lagu Bulat Bulat waktu main "Combat" dalam longkang kat kampung haha. ( tu jam Vic Morrow is huge beb, huge giler ).

So I am not really a super huge fan of Sweet Charity, tapi aku lagi dulu kenal lagu2 dorang before aku discover Maiden, so sabtu lepas, aku cam rasa, aku macam nak pegi nengok Led Zeppelin gitu feeling dia. Cam nak gi check out something legendary, something huge , sesuatu monster besar.



Rosli Mohalim time dia solo, wah ramai peminat sey gi snap gambo dia kat depan.

Mula2 aku ngan Zan duk belakang..last row sekali, maklum tiket paling murah. nampak stage kecik je.
Tapi lepas makan je pindah gi depan tempat duduk seat mahal huhu...clear jugak ler.
ooo lupa, tiket 103RM yang untuk hari Ahad, tukar ke sabtu pun ada termasuk makan dinner jugak.. dan rupanya ada tiket 73RM yang nengok dari 2nd level gitu.



Meja depan aku, aku rasa semua family Wan Ahmad, cucu dia kot masa starting pekik2 " Tok Wan!! Tok Wan!! ". Wooo showmanship bagus sey Tok Wan.


setlist
1. hilang gelap terbitlah terang
2. apa khabar sayang
3. dekatlah padaku ( happiness sangat pasal aku suka lagu ni )
4. pelarian
5. dunia perlumbaan
6. sejuta wajah
7. batu
8. ribut 10.59 pagi
9. perjalanan
10. bagaikan bermimpi - AJ vocal
11. terharu - AJ vocal
12. zakiah
13. jangan tunggu lama-lama
14. teratai
15. di tahun 2000
16. musibah
17. kamelia
encore
18. lazy ( deep purple cover )
19. jalan malam


kalo sekali nengok, album Pelarian punye paling banyak lagu dalam setlist kan?
ada 7 lagu gitu.
Mungkin feberet album dorang jugak kot, tapi still, no Bulat2 yang also dari tu album, so memang album Pelarian ni best ( tu pasal aku suruh dorang sign cd cover album ni haha, nanti aku taruk gambo k ).



AJ Ahmad Jaafar takeover lead vocals - Bagaikan Bermimpi ngan Terharu. Sedap sey suara dekni. Everyone of them ada stage presence ler. Showmanship class gitu.



Zakiah real beb, real.. dia punye big screen sudah ada tarian pasir gurun ternama sey. Nanti kalo dvd or vcd dia keluar, korang cek out ni lagu. Aku personally rasa its a bit out of place pasal makcik2 and ladies ramai. Tapi the song itself kena seret. I like.


Apa aku paling suka jugak pasal ni show ialah, memang leceh la, ada dinner ler, ada MC ler, tapi Sweet Charity takde hegeh2 once dorang start, dan takde unplugged unplugged.


time Kamelia tak salah aku, ramai depan stage dah, mula2 tu lagu Jangan Tunggu Lama2 dah ramai tapi security suruh clear, dah nak last dah ok dah.



John Lord intro Lazy, oppss salah, Yong.


Nengok show ni, kalo buat comparison untuk aku, macam tengok Heaven&Hell tu hari, pasal semua pun legends.. tapi at least Heaven&Hell ngah active, tapi ni Sweet Charity ni ntah bila lagi dapat sama2.
So ni macam, baik gi nengok cepat pasal mungkin lepas ni mungkin dah takde peluang lagi kot?
Tapi whatever it is, I hope to see Sweet Charity kat Singapore one day. Dan mesti penuh ngan abang2 lobang semua turun tapi this time semua dah tua... mesti happening punye eh.

nanti aku sambung autograph thingys session.

11 comments:

matakucing said...

ermm mmg bertuah ko dpt turun tgk..SC reunion..ntah bile lagi dpt tgk..ntah aku merasa ntah idak..huhuhu frust aku :-( Maybe dpt tgk M.Nasir je la kot thn ni kat Istana Budaya.

matakucing said...

deaf dorang cover Lazy..pergh blues abis ooooo rockin siot fav aku tu.

BENTARA said...

nak jadi Ross Halfin first sekali kena pastikan dok depan stage hehehe..

deaf_angel said...

matakucing,

M Nasir bila eh? aku nak gi nengok jugak kalo ada peluang.
yang Sweet Charity ni, Ramli Sarip introduce tujukan kan lagu apa ntah, aku dah lupa, "dunia perlumbaan" kot - " lagu ini ditujukan buat Mohammad Nasir Mohammad " or somethign like that. Cameraman ada zoom kat M Nasir jugak before show start, dia ngan bini dia.

ya dorang bawak Lazy, siap Rosli Mohalim ada to and fro ngan the crowd gitu.

deaf_angel said...

mm,
sebab tu tak bleh jadi Ross Halfin. Ross Halfin yo yo oh je haha.

hellfire said...

..banayk syok ini konsert...
tapi beli ticket murah pulak..
chissttt........

last aku tengok SC tahun 96 kat Sepang siyol..
tu jam rambut Ramli Sarip sampai punggung dah !!!!!!!!

zan said...

Merasa gak la ko HF dapat tengok masa kat Sepang. At least semua line-up original masih ada..

hellfire said...

Ye,zan..
dapat la merasa........

..dengar lepas ni show Spore pulak ..

MindHeartBodySoul said...

"Dan mesti penuh ngan abang2 lobang semua turun tapi this time semua dah tua... mesti happening punye eh."

??? Apa itu abang2 lobang?

Anyway, itu great moments to be treasured. Aku dah tak suker kat Ramli Sarip semenjak dia dah tua bangka sekarang... Nyanyi pun dah tak 100% ummmph macam dulu. Lemah longlai ajer... (pendapat akulah).

MindHeartBodySoul said...

Anyway... betul-betul cakaplah...
aku memang rugi sebab tak berkesempatan nengok konsert macam tuh...

1. Live performance
2. Original members
3. Environment & atmostphere
...& lain2 gathering etc

deaf_angel said...

triple s

sweet charity nye gig ni takde hegeh2 cam mak bonda la wei...takde lembab2..smua rock je..walaupun ada lagu slow.