Sunday, May 10, 2009

Search at JB 09/05/09

Firstly, a big thank you kat dua kawan aku tolong belikan advanced tiket dan siap jemput aku dari tempat kerja dan tumpangkan aku balik pasal aku nak keja pagi ni. Kalo tak, baca je ler review korang smua sambil gigit jari.


( click all photos to enlarge my Ross Halfin setengah masak wannabe henpon snaps huhu )


Search In Johor Bahru, or
Search Balik Kampung, or
Search Live in the Rock N Roll City

atau apa je korang panggil, macam biasa, untuk aku antara the must go Malay Rock Event Of The Year.
Aku tak terkejut kalo betul2 macam semalam DJ tu cakap sebelum start, nak nyanyi Negara Ku dan lagu Negeri Johor, pasal betul2 nye spirit smalam peminat2 Johor.

Kelakar smalam masa warm up, DJ tanya sapa orang Singapore? siot ramai jugak angkat tangan wakaka. Lepas tu DJ tanya lagi sapa anak Johor? wakaka. The same people angkat tangan lagik. Sporting.



Setlist 9 May 2009 ni nak dekat serupa ngan first show, tapi opener was Paranoid ( ganti Derap Komando ). Bila agaknye Search nak main whole album Karisma ek? huhu..I like.
Dan nasik tambah lepas Melastik, ada lagu Pawana dan encore lagu Mat Rock dan Pasti. Feewittt.

Tak salah aku smalam macam gini setlist dia.
1. Paranoid
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Hillary Solo
11. Fenomena
12. Bencana
13. Yazid Solo
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana
19. Mat Rock
20. Pasti



Selamat Pengantin Baru kat peminat2 Search ni.

Highlights
- Packed giler atas bawah, kat atas semua tempat duduk penuh, kat bawah yang diri sampai belakang packed. Happening abis dan very loud.
- Mak Amy Search datang, aku rasa last Amy Search introduce Mak dia masa tengah konsert was show 2004 kat Larkin Stadium.
- Pengantin Baru mana tu? Tinggalkan majlis ke nak nengok Search? haha. Glamer abis sampai naik stage Fantasia Bulan Madu lagik huhu.
- Video Kamera banyak jugak ler, mintak2 ni jadi live dvd and cd. DJ tu sebelum show pun ada cakap
- Dapat jumpa few kawan2.
Lowlights
- DAH TUA, so kena diri belakang2 je la diri senyap2 haha.
- Sori ler kawan2 yang tak dapat jumpa, aku datang lambat, dan rush balik pasal tumpang kawan.
- Paranoid, Gadis Ayu, Gadis Misteri. I never heard these songs played live before. Happy ler.



Ni lepas Pawana.




Balik dah. Naik atas kejap snap gambo huhu.

21 comments:

Dr. Bentara said...

Sungguh gemilang!!! Kalau aku ada kat Malaysia memang 2-3 dates aku pi tengok.

::alifdalmim:: said...

walamak...happening giler!
yg tak pegi pun dpt rasa concert spirit tu..hehehe

eddie dewanaga said...

err... err... errr...

woo hooo!!!

erk..!!

Takilala said...

baca review dan tgk gambar ni buat gua tak sabar nak g tgk 12 jul kat KK nnti. silap2 gi lg 18 julai kat Tawau. huhuhu.

berteromber said...

deaf...aku tunggu jugak kalau2 ko sms aku...x der rezeki nak jumpa nampaknya..

anyway mmg happening la show malam tadi...aku masih tak kebah lagi ni..

ajie said...

mmg hebat dan happening konsert malam tadi....tak sangka ramai fan yg datang utk support search ni....

Set lagu pun best2...cuma ada brp lagu yg munkin tak berapa mesra dgn telinga pendengar tu yg ada senyap jer...hahah

anyway rasa tak puas lg nak tgok, ada sen mmg wa nak naik Kl punya show nt..

ajie said...

gambo yg last sekali tu, wa rasa leh cam badan wa kat bawah tu...hehe

Portdy said...

Speechless....lost for word....

speedrider said...

Thanks for the update bro deaf!! Ada nasik tambah tu yang geram tu!!!! Agak2 berapa ribu yang datang semalam? 8 ribu? atau lebih 10 ribu?

Aisya Redd Rohim said...

Wow, dahsyat.
Celcom yg taja gamaknya.
(lepas Amy bising2 konsert local slalu tak dapat big sponsor...)

Haaa..lagu-lagu Search ialah lagu2 yang buat aku belajar & cari Kamus Dewan DBP utk tahu makna 'PAWAKA' (Gemuruh)... 'PAWANA'... & banyak lagi istilah yang mendalam & seni.

Portdy said...

Set list yang ok,

tapi ingin sangat dengar Purnama masuk list...

zan said...

Stadium MBJB boleh penuh dalam 7-8 ribu jer. Tapi tiket memang "sold out".

Wa masih imajin kan bila lagu "Diari Habil & Qabil" tu bukan John yang main, tapi Kid. John banyak makan semut la..arghhh!

Anonymous said...

haha gua suke yg part "ross halfin" tu...

berteromber said...

Deaf...tengok gambo last tu...baru aku perasan...ada aku kat situ...hahaha..

- said...

hai,

wah! best! Lara belum ada kesempatan nak tgk konsert tahun ni! Hillary dgn Yazid main solo tu bawak lagu apa eh? mesti garinggggg!

hf said...

best of the best of the best..

tu yang boleh aku cakap..

memang dah agak..
show JB ni memang ade kelaianan sikit..

SEARCH balik kampung woo !!!!!

aku duduk atas ..
tak larat duduk depanb dah..

sakit kaki berdiri..

yang betul2 touching malam tu..

time Fantasia Bulan Madu..

dengan solo Hillary..
& kalau nak tau..

mak MAY pun kumat kamit nyanyi lagu ni siyott..
gua duduk area2 mak AMY je..

haha

erm..yang kawin tu adalah reporter KOSMO (pompuan) yang akan buat buku AMY nanti..
kene pulak dia memang org Johor..

bangga siyoll org Johor malam tu..

matakucing said...

review pertama aku baca..aku suka gambor yang ada kertas2 terbang tu..penuh glory arr..

SkiD said...

best! Best!..kalau aku muda2 lama dah gi tengok...hehe!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bangga la dapat tengok Search dapat layanan yang selayaknya untuk mereka dalam tour di awan biru ni.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

wah def...ko gi tengok search erk, best tuh. aku dari ari sehari nak datang umah hang ni tapi x dan, sorry erk defkawanku:-)
mamat ni lah yang aku jumpa kat restoran jejantas arituh. rupanya ada konsert kat JB.

**hahahhaha def...ko perasan erk
Tu aku letak CPL POLARIZE RM115 aku beli kat kenny 67mm. Pakai CPL ni best def. Langit nampak biru. shoot photog ayer pun molek.....apalagi kalau tehgari terik objek tu still nampak cool.....