Saturday, December 9, 2006

berita - Malex

masuk sokkabar melayu nari





Santai : 9 Disember 2006
Mudah cetak | E-mel
MALEX KE EROPAH

Oleh
Jo Santai
Penulis Sambilan

LAGU berjudul Arah yang terdapat dalam album terbaru kumpulan rok tempatan, Malex, ternyata bukan lirik kosong semata-mata.

Setelah menempa nama di Thailand, Malex memanjangkan langkahnya ke Eropah!

Jika semua perancangan berjalan dengan lancar dan segala persetujuan tercapai, Singapura bakal menyaksikan kumpulan rok tanah air muncul bersama kumpulan Metal Steel dari Slovakia untuk sebuah album Inggeris.

Bahkan kumpulan ini mendapat liputan majalah rok popular di Eropah, Metal Maniac.

Apa yang lebih membangga kan, album terbaru Malex, Wira Cosmo, telah pun mendapat permintaan pemasaran ke beberapa negara Eropah seperti di Sweden, Belanda, Denmark, Jerman, Slovakia, Amerika dan Turkey.

Album Malex kali ini lebih menonjolkan vokal penyanyi kumpulan, Rahmat, dengan lagu-lagu mereka yang lebih berpengaruh kepada unsur-unsur klasikal Eropah yang digarap dengan sentuhan yang condong kepada irama kemelayuan dan tidak tertumpu pada permainan gitar dan secara instrumental sahaja.

'Kami harap penerapan elemen sebegini dapat diterima dan memikat hati para pendengar nusantara secara amnya yang lebih terdedah dan senang dengan muzik ala Indon dan emo-rock pada masa kini,' jelas Malik pemain gitar utama kumpulan ini.

Penulis difahamkan proses rakaman album Wira Cosmo ini bermula pada Disember 2005 dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Kesemua lagu yang termuat adalah ciptaan mereka sendiri.

'Lagu-lagu untuk album ini banyak memerlukan saya menggunakan double paddle kerana konsep yang condong kepada rentak speedmetal untuk disesuaikan dengan trend rok masa kini,' kata Raffie, yang dulunya asal dari kumpulan Inspirasi.

Dalam menempa nama di Eropah, Malik berkata Thailand tetap menjadi destinasi persembahan mereka tahun depan memandangkan peminat mereka di sana semakin berkembang. Selain itu, mereka juga akan meneroka pasaran Indonesia.

'Kami berharap apa yang kami lakukan sedikit sebanyak akan mengharumkan nama bakat-bakat pemuzik Singapura,' tambah beliau.

Kepada mereka yang masih belum mengenali Malex, kumpulan ini dianggotai oleh Malik sendiri yang bermain gitar juga selaku ketua kumpulan, Rafie (dram), Ajak (bass), Wan (kibod) dan vo kalis mereka, Rahmat.

Peminat berpeluang melihat Malex beraksi apabila mereka mengadakan persembahan di East Square Pavillion, pada 24 Disember.

Muzik mereka juga boleh dinikmati menerusi Internet di lelaman www.muzikboxproduction.cjb.net atau lelaman mereka di myspace.com/malexrock dan boleh juga ke www.merbukplatoon.com.sg.

1 comment:

Anonymous said...

Hello!

Malex to Eropa! all the best and memang you guys deserve it...lagu memang kena dgn crowd dia org...

Ada konsert kat sana pls jangan lupa bilang bros...

Sabar menanti
Kicini