Sunday, January 20, 2008

my maiden~era Powerslave 1984-1985

~Sambil kemas2, aku photoshoot sikit, dan saje suka2 cerita dari ingatan dan memories aku pasal sesuatu era tu, kita bermula ngan Powerslave.
~Sorting out my stuffs, I took the opportunity to take photos and from memory, review and reminisce about that era, and my collection.


From above photo ( click all to enlarge )
- Powerslave cd remastered ( from Eddie's skull boxset )
- Powerslave limited edition which comes with bonus cd ( from circa 1996 around that )
- Aces High single 7'inch vinyl
- 2 Minutes To Midnite 7'inch vinyl
- Aces High/2 Minutes To Midnite '1st ten years cd
sadly and with regrets, I have thrown the old cassette tape and gave away the old cd pressing.


Lukisan depan Powerslave oleh Derek Riggs.
Cita2 aku, kalo ada rezeki lebih nak beli buku artwork si Derek Riggs ni, dan jugak nak dapatkan vinyl Powerslave.
Baru tu jam aku nak borak pasal lukisan dia yang sangat, cantik, detail, dan jugak banyak benda2 kecik dalam lukisan tu kena carik dan hayati.

Cover belakang dia, memang lavish lukisan2 Derek Riggs untuk album ni.

k, skarang wa ke halaman rindu wa, dan ceta pasal track by track apa wa ingat pasal Powerslave album ni.
Maiden zaman tu ~ barisan klasik yang aku rasa paling semua orang sayangggg sekali: Bruce Dickinson, Dave Murray, Adrian Smith, Steve Harris, Nicko McBrain
Producer - Martin Birch


1. Aces High ( ciptaan Steve Harris ) - ( markah 9/10 )
Lagu mengisahkan pilot2 kapal terbang Spitfire pejuang tentera udara Britain dalam Perang Dunia Kedua (WW2). Mereka bertungkus lumus pertahan Britain, dan jugak nyawa mereka menentang serangan tentera udara German yang didalam lagu ini menggunakan kapalterbang jenis ME-109.

Aku pernah baca satu artikel, Steve Harris ditanya kenapa dia tak buat lagu jenis macam gini lagi - laju dan pendek. Steve jawab, masa zaman dulu tu, dia darah muda, berjiwa muda, jadi bila dia tulis lagu2 perang, dia lebih kepada glorifying ( membanggakan?? damn, i wish I have better grasp of both Malay and English language, so boys n girls please study hard at school ) perang tersebut, tapi kini dia dah tua, lebih berfikir dan dia lebih mengerti peperangan tu penuh kesengsaraan, jadi lagu2 perang yang Steve tulis zaman ni lebih serious dan lebih social-conscious.

Aku dengar dulu versi Live After Death (LAD) sebelum dengar versi ni, maklum tu jam aku menengah satu/dua zaman mid 80an memang susah nak dapatkan kaset Maiden walaupun kaset cetak rompak pasal zaman tu mana la berduit. Every cent counts.
Aku prefer LAD version dari versi ni, pasal versi ni nampak macam " bersih sangat ".

Special memori aku pasal lagu ni ialah, dulu2 tu kan, aku memang pemalu abis, kira kalo cikgu suruh diri baca dari buku pun aku menggigil abis. Tu jam aku hari minggu belajar kat 4PM tau, kat Bedok Town Sec kot? dah lupa. Teacher suruh tulis "a song that you like and why you like it", semua orang tulis love song jiwang karats, tapi aku cerita pasal lagu ni, teacher aku puji depan class. Its one of those defining moments yang buat aku ada sikit prinsip " me against the world ". Walaupun aku school drop out, tak sekolah sampai mana pun, tapi memang betul, kalo ada orang kasi pujian atau galakan betapa kecik pun, kita jadi lebih konfiden mengharungi masa depan dan ludah balik kat sapa2 yang pandang rendah atau hina kita just because they think we are not as good as they thought they are.
solos - Dave Murray dulu lepas tu Adrian Smith.



2. 2 Minutes To Midnite - ( cipt Adrian Smith/Bruce Dickinson ) ( markah 9/10 )
Aku rasa aku pernah review pasal lagu ni satu masa dulu kat blog ni ( click my maiden collection kat label tu ) tentang jam dinding hari kebinasan dunia ( Doomsday Clock ) yang dijaga para saintis nuclear gitu.
Aku tak rasa tahun 1984 waktu rakaman album ni, jam tu ialah pukul 11.58 malam, tapi mungkin pasal nak sedapkan lagu kot. Para saintis akan gerakkan jam ni mengikut keaman atau kekacauan dunia terutama penggunaan dan pembuatan bom nuclear.
Antara versi lagu ni yang paling aku feberet ialah dalam official album A Real Dead One, ntah apasal, tapi aku suka bila part lepas guitar solos lagu tu masuk balik verse pada aku a bit different.
solos - Dave Murray dulu lepas tu Adrian Smith.


This is the limited edition double cd released in circa 1996 if i remember it right.

3. Big Orra ( Losfer Words ) ( cipt Steve Harris )( markah 7.5/10 )
Instrumental. Aku tak paham sangat lagu ni, seperti lagu filler. Seperti nak cukupkan kuota atau waktu album je. Lagu exciting ler tapi dalam banyak2 instrumental Maiden dalam era 80an dulu, pada aku ni paling lemah.


4. Flash Of The Blade ( cipt Bruce Dickinson ) ( 8.5/10 )
Korang smua tahu tak Bruce Dickinson tu antara kemahiran dia ialah dia pakar lawan pedang? Yang pakai semua putih tu ngan topeng, ada pedang besi panjang tu, ntah apa nama dia. Sukan Sea, Olympics semua ada sukan ni.
Bruce Dickinson ni, terror sangat, sampai dia ada ranking kat England satu masa dahulu dan Olympic Team Britain ada jemput dia buat latihan kalo tak silap aku haha. Terror siol dekni. Dia multi talented eh. Orang cakap nyanyi rock band, setan la apa la. Tapi dekni, universiti double degree siol, dah tu penulis buku, radio dj, pembawak kapal terbang ( pilot ) bertauliah yang pandu commercial planes, dan jugak penyanyi dan penulis lagu band paling best dalam sejarah bumi
Ni pun solo tak salah aku Dave dulu baru Adrian..


5. The Duellist ( ciptaan Steve Harris )( 9.5/10 )
Lagu pasal pertarungan dua manusia, baik menggunakan pedang, atau senjata api atau apa pun. Lagu yang tersangatlah aku suka. Lagu yang laju dan dia punye gitar solos memang betul2 duel antara Adrian Smith ngan Dave Murray.
Solos - Dave dulu baru Adrian.

6. Back In The Village ( cipt Smith/Dickinson )( 8/10 )
Lagu ni macam meleret pada aku, ntah apsal, aku tahu ramai peminat suka lagu ni, tapi aku lagi prefer Duellist sebagai 'hidden gem' dalam album ni.
Solos - Dave dulu Adrian kemudian



packaging2 belah dalam berlainan untuk lain2 cetakan cd.

7. Powerslave ( cipt Bruce Dickinson )( 10/10 )
Argghh!! sapa bleh lupa Bruce Dickinson pakai topeng masa Live After Death tu nyanyi lagu ni, masa dia keluar dari bawah stage ngan ada api menyala semua. That, my frens is heavy metal at its glorious best!! \m/
Lagu yang pada aku intepretasi aku mengisahkan tentang firaun2 di zaman jahilliah dulu, zaman firaun disembah sebagai tuhan, dimana mereka fikir mereka akan hidup selamanya dan berkuasa dan penuh kebanggaan, hingga satu hari mereka sedar, mereka akan mati, dan minda mereka penuh ngan kesangsian dan kebingungan.
Ni pada aku antara lagu ciptaan Bruce Dickinson yang paling bagus dalam sejarah Maiden.
Ooo.. lagi sikit lupa, 1st gitar solo Dave Murray, fullamak....sedih je, bleh nangis ah dengar. So beautifully slow and sad.
Dan jugak ni lagu, STEVE HARRIS IS KING. makdatok dia punye bass masa masuk part instrumental tu aku suka betul.

8. The Rime Of The Ancient Mariner ( ciptaan Steve Harris ( markah 11/10 yep, 11/10 )
Korang nanti senang, pegi bookshop, MPH ke, Times, Kinokuniya, Borders, pegi classic literature section, carik buku The Rime Of The Ancient Mariner, dia lebih kepada unsur poetry tulisan Samuel Taylor Coleridge.
Steve Harris dah ambik poetry classic tulisan tahun2 1800 dan jadikan lagu epic 13minit panjang. Tapi yang best, sebahagian portion poetry ni Steve Harris gunakan sebagai lirik, sebab tu walau majoriti Maiden fans yang tak masuk sekolah tinggi macam aku, takde belajar2 classical literature ni, tapi setakat sebut ayat sastera inggeris klasik -
" day after day, day after we're stuck no breath nor motion as idle as a painted ship upon a painted ocean, water water everywhere and all the boards did shrink, water water everywhere nor any drop to drink" tak jadi hal. Maka terkejut beruk la semua selenger bukit yang sangka Maiden ni sembah setan dan hisap darah anak dara sunti haha.
Nanti la, aku kalo ada mood aku cerita sikit pasal apa lagu ni is all about lain kali. Dah panjang sangat dah.



Jadi markah keseluruhan untuk album ni pada aku ialah - 72.5/80 = 90.6%
Cover Artwork Derek Riggs - 10/10 haha.
Nilai membeli - of course




.
.
.
Dah complete review album, kita jengok kejap Singles dia, terutama artworks singles, dan jugak Bsides singles2 tersebut.



Antara dua ni , aku lagi suka artwork 2 minutes to midnite, ada bendera iraq, afghanistan, israel, memang zaman tu 1984 pun dah memang bergolak tempat2 ni..memang Maiden songs and artworks are evergreen kalo difikirkan.

Bside single 2 Minutes To Midnite ialah lagu Rainbow's Gold dan Mission From Arry.
Unik ialah Mission From Arry ni bukan lagu, tapi rakaman rahsia pergaduhan Steve Harris ngan Nicko McBrain. Memang susah nak paham mula2, pasal dorang kan British jadi accent dorang pekat, tapi sangat menarik.
Cerita dia gini, masa tour Piece Of Mind 1983 gitu, Nicko McBrain tengah buat drum solo, abis tu kat belakang pentas, si Steve Harris nak tukar batteri bass dia ke hapa ntah, jadi Steve Harris bilang satu mamat pembantu belakang stage untuk sampaikan kat Nicko " suruh main drum solo panjang sikit ", abis tu mamat ni tak bilang kat pembantu Nicko, tapi dia cuba bilang sendiri, abis tu Nicko mana la paham atau dengar pasal dia sedang perform Drum solo, terus dia mengamuk pasal sangka Nicko tu mamat tu kacau solo dia, terus dia pegi tumbuk mamat tu hahaha.
Last2 Nicko kena marah ngan Steve Harris pasal keterlaluan.
Masa dorang dua tengah hangat berdebat pasal hal ni, rupanya si Bruce Dickinson dah sembunyikkan tape rekoder dan rakam suara, dia siap jadi batu api lagi nak panjangkan pergaduhan tu, sampai Steve Harris jumpa tape tu dan cakap " some cunts recording this " haha. Tapi dorang gunakan rakaman ni sebagai Bside.
Serious bebual, korang gi carik this track dipanggil Mission From Arry.

Bside Aces High lak ialah Kings Of Twilight ( catchy jugak lagu ni ) dan The Number Of The Beast live yang tak taruk dirakam kat mana tahun berapa berapa haribulan



Belakang sampul piring hitam 7 inci singles Aces High ialah lukisan dari dekat, jadi kalo tak silap aku, pejuang kapalterbang, kalo dah tembak lima musuh dah jadi ace kan? hahaha, so ada lima kepala eddie lain.
2 minutes to midnite lak, gambo dipetik Ross Halfin , idola fotographi aku.


Last sekali,

1st ten years Aces High dan 2 minutes to midnite.
Paling best ialah track - Listen With Nicko.
Korang dengar sendiri cammana Nicko kenang kembali zaman era Powerslave ni, dan paling best dia terkenang pasal dia gaduh ngan Steve Harris tu, lawak siak bila dia cerita balik pasal dia tengah solo lepas tu mamat tu datang pekik2 kat dia..

Well thats it..lain kali, ada mood, buat album2 lain lak...
Up the Irons!!

Aku buat ni posting, typing, ingat2 balik, ketawa2 sendiri dari kul 2 sampai kul 4. OK la 2 jam. Tak makan banyak sangat masa. Saja takde keja carik keja.

3 comments:

Dr. Bentara said...

tengok gambar je dah drooling hahaha...

ok komen dulu baru baca kekekek...

Dr. Bentara said...

ok sambung balik komen dah habis baca. Taste lu sama macam wa... Ini album pertama IRON MAIDEN aku beli... err actually, bapak aku belikan tahun 1985 (masa tu umur 10 tahun). Bapak aku yang BUY ORIGINAL only, beli original EMI kaset. By a few months aku boleh nyanyi kesemua lagu dalam album ni BY HEART! Dasat tak? hahaha... aku nyanyi kat sekolah sampai budak sekolah Form 5 yang pakai seluar bootcut masa tu tabik! HAhaha...

Aku kena buat entry sendiri ni pasal ini album... soon!

Anonymous said...

This is great info to know.