no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Monday, January 21, 2008
asap
ni lak masuk forum sokkabar melayu hari rabu 16/1/08
Komentar : 16 Januari 2008
Mudah cetak | E-mel
FATWA HARAM MEROKOK SUDAH ADA SEABAD LALU
BERITA bertajuk Saudi timbang haramkan rokok dan tembakau (BH, 7 Januari) amat menarik perhatian saya.
Saya maklum bahawa ribuan orang Islam masih mengambil sikap enteng terhadap perkara ini walaupun ia telah dibahaskan sejak zaman khalifah Uthmaniyah (di Turkey).
Pada zaman itu, ulama Uthmaniyah di bawah pimpinan Haji Khalifa (Khatib Chelebi, meninggal dunia 1657) berpendapat tabiat merokok itu hukumnya makruh sahaja kerana tidak terdapat dalil tentang kemudaratan merokok.
Tidak ramai orang mengikuti perkembangan fikah Syafeiyyah.
Antara mujtahid terkenal mazhab tersebut, Sulaiman Bujarmi Al-Misri Al-Azhari, menerangkan tentang haramnya menanam, menjual dan menghisap tembakau (rujuk kepada Reliance of the Traveller oleh Nuh Hamim Keller).
Fatwa tersebut telah dikeluarkan lebih satu abad dahulu.
Hari ini sudah jelas bahawa tabiat merokok adalah bertentangan dengan prinsip 'halalan toyyiban' (halal dan baik).
Selain dapatan ahli sains perubatan dan kesihatan, tabiat merokok terbukti merosakkan kesihatan orang di sekeliling perokok, membazirkan wang dan ratusan ribu ekar ladang tembakau yang merosakkan sekitaran.
Saya amat berharap agar umat Islam di rantau ini memikirkan isu ini dengan insaf.
Tidak perlu kita mengikut-ikut sahaja sedang sudah ada banyak bukti nyata tentang haramnya merokok.
Lebih utama, kita harus mencari cara untuk menyampaikan fikiran kita tentang perkara ini kepada golongan pemuda dan pemudi Islam dengan cara hikmah dan elok supaya mereka tidak merasakan isu ini sengaja digembar-gemburkan sehingga mereka berasa lebih terasing.
Zainuddin Mohd Ismail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment