Sewaktu aku melalui lorong2 gelap ( muehehehe ) mencarik ada kot Iron Maiden stuffs yang orang buang dan murah tu aku kadang2 jumpa koleksi rare rock melayu terutama bentuk cd.
So far aku jumpa Search 10 Tahun, Wings dan Superfriends warna merah & hijau, Ramli Sarip Ziarah Seni boxset, dan apa lagi eh? ooo Rahim Maarof promo cd, Roslan Shah nye cd from the year 2000. Ni rare ni kot? haha. aku tak tahu sangat dekni tapi skarang dia ngah bergiat kat Malaysia gitu jadi penyanyi, pelakon, host etc. Nanti lain kali aku cerita pasal Roslan Shah nye cd ni k.
click all fotos to enlarge
Tapi ni kali, lets talk about Strangers nye cd. "Here We Are, Born To Be A Strangers". Ni sengaja ke? Atau broken English sey.
Ni band kira dalam golongan " What if? " nye category. " Kalau lah dorang tak berpecah, kalau lah album pertama dapat sambutan, kalaulah Strangers makin bergiat dan makin famous ". Agak cammana eh? Pasal dorang nye 1st album power sey. Dan secara individu dorang dah memang ada nama.
Nan ,Mus, Black, Bad = Strangers
Tapi 1st aku nak mengaku, aku tak pernah ada kaset Strangers waktu zaman aku muda2 dulu k.
Dulu2 tu early 90s, aku suka ikut kawan aku sorang ni gi Queensway Shopping Centre beli kaset. Dia ni majoriti kaset rock melayu semua dia beli. Hardcore giler dia ni. A true Malay Rock supporter. Dia cuma beli kaset original, walau tak pernah dengar nama band pun.
Dubbing2 kaset, dia tak main. Suruh apek kedai main kaset testing tapi tak beli pun bukan dia punye style. Dia ni antara golongan yang memang memajukan dunia muzik rock melayu dulu2 kot? haha.
Dia muda sangat dah kena siang gi sekolah, malam macam2 kerja dia buat, nak bantu family dia, tapi pandai dia asingkan sikit untuk kaset2 dia hahaha. I miss him la. hahaa. Ni dah tua2 ni, kot banyak dosa ke nak mintak maaf haha. Takut besok lusa...oppss. haha.
Tapi aku ingat lagi, dia tak beli kat kedai apek botak k, dia beli kedai yang apek lagi satu yang kecik tu. Yang korang naik tangga tu? ah...tapi dah abis dah kedai tu dah lama dah. So, aku pun tumpang2 ler dengar je koleksi dia hahaa. Ntah mana dia sekarang eh? Budak Commonwealth dia ni, rumah dia ground level. blok? wa dah lupa... sapa kenal please reply muaahaha. Dia punye koleksi kaset agaknye kalo pass kat Hellfire suka kot HF haha.
Ooo back to Strangers. OK, korang peminat rock melayu, mungkin setuju kalo dicakap ni antara kumpulan dan album yang paling wasted sekali pasal habis2 gitu je.
Ada ke kompilasi album2 sekarang taruk lagu dorang? ada ke reissue? takde kan? Strangers dan lagu2 dorang kira tenggelam je gitu.
Berbanding ngan kaset, susunan lagu untuk cd dia lari abis. So kalo aku dengar cd ni kat tempat kerja ( oppsss kantoi, i mean malam je la kalo 3rd shift masa boss smua takde haha ), aku akan taruk under "repeat" and "shuffle". Dan cd ni bleh temankan aku the whole night. Pasal memang awesome dan entertaining lagu2 album ni.
Review/ulasan aku -
- Apa aku perasan tiap2 lagu dia, 9 dari 10 lagu, ada individu dari Strangers sumbang karya lagu atau lirik ( except Black ).
Ada band rock aku suka tu, kalo 10 lagu, tak banyak sangat songwriting/lyrics credits taruk nama2 dorang, orang luar je.
- Bukit Sunyi ( with Ais FM ) -Ni lagu wasted betul, ni lagu sedap giler.. tapi abis2 gitu je. Sapa tau lain kali RTM panggil2 artis2 'lagu rakyat' ramai2 nyanyi lagu ni macam dulu dorang buat lagu Lovehunters tu. Lagu yang tersangat best..
- M Nasir contribute lagu Penentuan * Ramli Sarip contribute lagu Sangsi.
- Arwah Loloq nye liriks cam biasa - kecoh, dan satu benda aku tak paham.
- Kalimantang power siak nak2 part nak solo tu ada " ah Nan ko nye turn pulak! " , " alrite! ".
- Paradoks - I love this song. Ni lagi satu lagu wasted sangat kalo peminat rock melayu tak pernah dengar atau tak tau. Of course liriks by Loloq. Start slow ballad, biasa ah suara Mus kan merdu, lepas tu crash! boom! bang!. " oh wayar gitar! kromium ku!! ". Best giler \m/
- Strangers - serious bebual, aku suka lagu omputeh ni.
dan lain2 lagu lain pun sedap ler. Slow ke fast ke smua ok. Takde yang diskip atau dalam bentuk kaset nye ialah "fast forward".
- ooo lupa cd ni ada 11 tracks. Yang extra last track tu yang 6 saat nasik tambah tu.
- Sound dia, mungkin jugak pasal ni versi cd, tapi sound dia memang bagus..kot pasal dirakam kat Indon, teknologi memang lagi best kot. So ni another reason apsal wasted sangat ramai orang tak tahu pasal album ni.
What happen to Nan after this album eh? Apa album lain eh dia buat macam Strangers ni? Pasal, empat lagu2 dia kat album ni yang aku paling suka sekali. Dan indicated kat cd inlet tu majoriti susunan lagu dia buat.
So korang, aku tahu nak carik cd dia memang susah kot, aku ni pun tak pernah tau ada cd album ni sampai tahun ni. ( ni cd pertama label Warnada kot aku ada? haha aku dah tak simpan apa2 lagi dah...Juara2 Rock pun warnada kan semua, dah abis dah aku buang lama dah, rasa wasted lak fikir balik tapi mana nak simpan kan dulu ),
Anyway, kalo korang jumpa kaset or cd original Strangers, aku rasa korang simpan, pasal ni antara yang best ler kalo terkenang lagu rock melayu zaman dulu2.
15 comments:
deaf..
kalau kau ade jumpa member Commenwealth kau tu...
tanyakan ..ade tape dia lagi tak ??
haha...
kalau tak pakai lagi..pass aku lah...
erm...
jumpa lagi CD/Tape menarik...
info aku ah !!!!!
Lepas tgk gambar tu aku rasa aku kenal sapa Nan ni. Nama dia Aznan Alias. Dalam gambar dia berambut panjang. Skrg dah botak tapi bermisai...hahahhaha. Boleh tgk kelibat dia dlm video klip Kias Fansuri & Mentera Semerah Padi. Dia antara pemain gitar sessionist popular. Banyak main utk projek2 dibawah M.Nasir. Nan after this album dia ada buat group "Saturnine". Saturnine ada dua album Raining Grace & Grey. Album org putih konsep alternatif. Aku ada dua2 album ni.
alemak..kwn engko x main kaset yg dubbing ke bro..aku ni memanjang nye download aje lagu skang.x kose nak beli original! jgn report pulis okeh! agagagga ;p
errk..strangers?? kump apekah?? menagapakah aku x penah dengor??
hf roger. mangga ko.. oppss manja ko aku dah beli secopy, nanti aku pass ler
singgah je, ooo timakasey banyak2 pasal info ni. betul2 nye informatif dan detailed. saturnine eh? ok nanti aku nak try carik ler kalo ada peluang
helloween.. tu ah ko, cammana industri muzik msia nak berkembang. bukan aku repot kat polis, aku repot kat yang anjing boleh hidu vcd tu apa tu? ah...yang anjing2 tu haha.
Strangers tu Mus penyanyi May kenal? Black drummer Wings? kenal?
ooo lupa...ko ni peminat alleycats
bila teringat IRON maiden aku pasti ingat Umah DEP ni (hikhik)
betul lah dep....hang ni peminat setia rupanya. Nanti kalau aku jumpa pasti aku akan beli satu utk mu kay.....
** dep sejak dah boleh posting ni HATIKU gembira pulak(ahak)
laaa...musti la kenal Mus tu & black wings tu bro! takan x kenal.Tp aku lagik suke Lefthanded maa...agagagag ;p kaset alleycats aku da buruk la bro. Yg lama2 tu x brani mau main da.jahanam la radio buruk i! agagaga ;p
skang ni dload aje di jiwang.kwang kwang ;p
napa ko x apdet arini bro?? bz keja laa tu..
and lagik satu...napa engko suke pangge aku Helloween? Cam halloween plak.agagaggagaga ;p
chantek sekali dah beli itu Mangga..eh Manja.
ahhhahahahaha...
Nan ni memang grup Saturnine dulu..
Bassist dia pulak aku rasa antara yang paling banyak join grup..
Start Scandals..Handy Black ..GET..
Leon..Jump-P...arrghh.
rabak ni brader...
wiwien...
tak baik tau download slalu...
sian orang yang buat album tu...
lagipun Tuhan marah tau...
ahahahaha..
ade duit lebey sikit..
kasi grab ori ler...
hehehe..
aku ingat mus ingat dio, ingat dio ingat mus hahahaha mmg best ni album
strangers ni mmg satu je album dia kan...?
side project je la kot...
nan sessionist luncai mas studio,
bad bassist handy black,
mus & black tu biasa la...
byk lagi lagu2 rock melayu yg
berdentam dentum best,
mcm grup 'scream' dulu...
under label dangooros(nasir search)
pun best... tapi terus ilang...
lagi satu grup 'samudera'
dia punya 'dilema seorang dalang'
fuh... mantol...!
lu ada wings/superfriends ke bro..?
huh, lagu kiblat laser(amy) dgn opera imaginasi(m.nasir) memang gua tgh carik...
hehehe...
alemak hf...gua berjimat cermat daa..internet ada senang jek dload.agagagag ;p
psst..jgn report yek! gagagagaggagagagaga
dod!
gambo makan2 please!! huhu
helloween ( ni kan band rock german ko ni!! )
tu ah hf cakap dah...beli original..
mata kucing
dio is the one and only, tadi aku baru upload a few songs masuk mp3 aku termasuk mistreated/catch the rainbow medley dari live inferno..
siak ah, touching siak, nak nangis siak aku haha
eddie
email aku ah
..Nan time ni join project grup ngan Achmad Albar jugak..
namanya Gong 2000...
..wiwien : Tiada Lagi Airmata satu !!!!!! hahhaahaha...
scream dulu pun best...tapi sayang satu album jer...
kuar album pun tak kene zaman...
Vokal pun dah meninggal dah kot..
Lupe..
Samudera ??????
Aku lebih prefer time vokal dia join grup Axthara dulu..
Heavy woo lagu Axthara.Perghhh !!!!!!
helloween band rock german?? alemak bro...aku mana tau band rock kat german tuh! gagagagag eh..engko tipu yekkk??? :p
hf,
woooo anda pun bersubahat kah? aggagagag :p
Salam,
Terima kasih berkunjung ke blog kami.
Tak sempat nak beritahu turun ke Singapura minggu lepas.Kami pun sehari sahaj,tak bermalam.:)
Album Strangers ni aku pernah dgr kaset dulu tapi dah lupa bentuk muziknya.Ada kawan beli dulu.
Zul
Post a Comment